Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

Nutritional yeast Malaysia mampu membekalkan nutrisi optimum untuk kesihatan tubuh badan si manja dan ia boleh menggantikan penggunaan MSG dalam masakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah, anda tahu tak tentang nutritional yeast Malaysia atau serbuk perasa yang lebih sihat? Atau adakah anda telah terbiasa menggunakannya sebagai penambah rasa dalam hidangan si kecil secara kerap?

Nutritional yeast adalah produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti ekstrak cendawan yang berfungsi sebagai campuran makanan. Ia berbentuk serbuk dengan bijian yang sedikit kasar.

Nutritional yeast Malaysia atau serbuk perasa cendawan untuk makanan bayi

credit to sources

Kebiasaannya, produk ini memiliki rasa lazat yang sama seperti MSG. Malah ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan untuk kesihatan seperti meningkatkan tenaga dan menyokong sistem imunisasi.

Dalam artikel ini, kami akan mengetahui tentang manfaat nutritional yeast dan bagaimana menggunakannya dalam menu harian anda dan anak anda.

Nutritional yeast Malaysia adalah perasa makanan semulajadi yang diperbuat dari cendawan dan dikenali sebagai Saccharomyces cerevisiae.

Ragi cendawan ditanam selama beberapa hari dalam kandungan gula, misalnya dalam tebu gula. Kemudian ragi dipanaskan, dituai, dibasuh, dikeringkan, dihancurkan, kemudian dibungkus untuk diedarkan.

Biasanya serbuk perasa cendawan digunakan sebagai penyedap dalam makanan kerana rasanya yang enak seperti MSG. Serbuk perasa cendawan turut digunakan oleh mereka yang vegetarian  untuk memenuhi keperluan nutrisi pemakanan mereka selain dari penambah rasa dalam makanan.

Selain daripada penyedap makanan, serbuk perasa ini juga digunakan sebagai:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Perasa keju bagi golongan vegetarian
  • Campuran ke dalam sup
  • Serbuk tabur untuk pasta mahupun popcorn

Kandungan nutrisi dalam serbuk perasa cendawan

Serbuk perasa cendawan mengandungi sumber vitamin, mineral dan protein yang berkualiti tinggi. Biasanya, ¼ cawan yeast mengandungi khasiat:

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 60 kalori
  • 8 gram (g) protein
  • 3 gram serat
  • 11.85 miligram (mg) tiin, atau vitamin B-1
  • 9,70 mg riboflavin, atau vitamin B-2
  • 5.90 mg vitamin B-6
  • 17.60 mikrogram (mcg) vitamin B-12
  • Ia turut mengandungi vitamin B-3, kalium, kalsium dan zat besi

Manfaat serbuk perasa cendawan (nutritional yeast Malaysia) untuk kesihatan

#1. Memenuhi zat yang diperlukan badan

Serbuk perasa cendawan mengandungi asid amino penting diperlukan oleh tubuh. Asid amino tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan, jadi pengeluaran asid ini sangat dipengaruhi oleh pengambilan makanan seharian.

Memetik dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), satu sudu perasa cendawan mengandungi 2 gram protein, yang dapat membantu vegetarian memenuhi protein yang diperlukan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang dijelaskan di atas, serbuk perasa cendawan turut membekalkan banyak mineral kepada tubuh seperti vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12, zink dan selenium

#2. Mencegah kekurangan vitamin B12

Bagi mereka yang vegetarian dan tidak mengambil daging, keperluan untuk vitamin B12 dapat dipenuhi dengan menambah serbuk perasa cendawan. Vitamin B12 sangat bagi mengekalkan sistem saraf, pengeluaran DNA, pembentukan sel darah merah, dan meningkatkan metabolisma tenaga.

Berdasarkan sebuah kajian, satu sudu nutritional yeast mengandungi sebanyak 5 mikrogram vitamin B12. Jumlah ini lebih disarankan bagi orang dewasa.

#3. Menyokong sistem imunisasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Hasil penyelidikan membuktikan S. cerevisiae, yeast dalam serbuk cendawan mampu menyokong sistem imunisasi dan mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bukan itu sahaja, ia turut bermanfaat dalam merawat cirit-birit.

#4. Membantu mengekalkan kulit, rambut dan kuku yang sihat

Beberapa kajian menunjukkan bahawa serbuk perasa cendawan berpotensi dalam menghalang masalah kuku menjadi rapuh dan keguguran rambut. Ia juga membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki masalah kulit biasa yang lain, terutama bagi golongan remaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Nutritional yeast membantu kehamilan yang sihat

Nutritional yeast menjadikan kehamilan lebih sihat. Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan Amerika Syarikat mengesyorkan semua wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil 400-800 mcg asid folik sehari untuk mencegah keabnormalan dan merangsang pertumbuhan janin.

Beberapa jenama serbuk perasa cendawan mungkin mengandungi lebih daripada satu bahagian standard asid folik. Jadi ibu, anda perlu berjumpa doktor sebelum menggunakannya sebagai suplemen.

Adakah penggunaan nutritional yeast memberikan kesan sampingan?

Biarpun serbuk perasa cendawan ini memiliki pelbagai manfaat yang diperlukan oleh badan, namun ia tidak sesuai untuk semua orang.

Penyelidik menyatakan jika seseorang mengalami penyakit usus radang (IBD), glaukoma, dan tekanan darah tinggi perlu mengelakkan penggunaan serbuk perasa cendawan ini  kerana boleh menyebabkan penyakit mereka lebih teruk.

Bagi mereka yang mengalami sensitif terhadap serbuk perasa atau alahan juga perlu berhati-hati dari mengambil nutritional yeast ini

Selain itu, beberapa orang penyelidik turut mengatakan bahawa pesakit gout perlu mengelakkan dari mengambil serbuk perasa cendawan ini.

Kredit foto: Google Images

Baca juga: Serbuk Bilis Homemade Dapat Menaikkan Selera Makan Anak, Ia Tinggi Kalsium & Vitamin A!

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Baca juga: Resepi Berkhasiat Fluffy Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!