X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product GuideSign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Advertise With Us

Orang berbentuk badan 'pear' hidup lebih lama!

8 Jul, 2013
Orang berbentuk badan 'pear' hidup lebih lama!

Adakah anda tahu bentuk badan anda dan apa implikasinya terhadap kesihatan anda? Jom teruskan membaca bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.

BodyshapesMengetahui bentuk badan anda yang sebenarnya akan memberi banyak manfaat terutama dari segi kesihatan. Terdapat tiga jenis bentuk badan wanita yang popular iaitu ‘hourglass’, pear, dan epal.

Bentuk hourglass

Pasti anda terbayang wanita-wanita seperti Saloma, Marilyn Monroe dan J.Lo apabila menyebut tentang bentuk badan hourglass.

Ukuran dada dan punggung yang seimbang dengan pinggang yang ramping memang menjadi idaman setiap wanita kerana bentuk badan sebegini dianggap bentuk badan yang sempurna bagi seorang wanita.

Malangnya, hanya 8% (ya, lapan) sahaja wanita di dunia ini yang dikurniakan dengan bentuk badan sebegitu.

Wanita bertuah yang memiliki bentuk badan sebegini biasanya mempunyai ukuran dada dan punggung yang lebih kurang sama.Ukuran pinggang pula biasanya 9 inci lebih kecil daripada dada.

Bentuk epal

Sekiranya bahagian badan anda yang paling besar adalah di sekitar bahagian abdominal, dan anda sering mengeluh tentang ‘spare tyre’ yang sukar dikempiskan, maka anda tergolong dalam wanita berbentuk badan epal.

Mereka yang berbentuk badan epal mempunyai bahagian badan yang lebih besar di atas dan kecil di bawah. Risiko kesihatan juga lebih tinggi bagi yang berbentuk badan epal kerana lemak banyak berkumpul di sekeliling organ dalaman. Lemak ini dipanggil lemak ‘visceral’.

Lebih besar nisbah punggung-ke-pinggang, lebih besar risiko kesihatan yang mungkin dialami seseorang itu.

Bentuk pear

Inilah hakikatnya, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan seperti pear – bentuk badan yang kecil di atas dan ‘kembang’ di bawah.

Kebanyakan lemak di dalam badan berkumpul di peha dan punggung. Dan berita kurang enaknya ialah, walaupun seseorang yang berbentuk badan pear berjaya menghilangkan berat badan, badannya tetap kelihatan berbentuk pear.

Berita baik untuk bentuk badan pear!

Jangan kecewa jika anda ditakdirkan mempunyai bentuk badan pear yang akan kekal bentuknya walaupun anda menguruskan badan.

Menurut satu anlisis yang dilakukan oleh Dr. Ashwell, seorang bekas penasihat kerajaan di UK, mereka yang berbentuk badan seperti pear mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding mereka yang berbentuk badan seperti epal.

Oleh kerana bentuk badan epal mempunyai banyak lemak ‘visceral’, keadaan ini meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan gangguan hormon. Risiko masalah jantung dan kencing manis juga meningkat.

Hasil kajian ini mengesyorkan penggunaan nisbah pinggang-ke-tinggi untuk mengukur ‘lemak jahat’ di bahagian tengah badan bagi memberi gambaran sebenar tentang keadaan kesihatan seseorang.

Walaupun Dr. Ashwell berkata teknik ini mengambil masa untuk dibuktikan kebenarannya, beliau menyarankan agar kita mengekalkan ukur lilit pinggang tidak melebihi separuh daripada ketinggian kita.

BERKAIT: Childbirth aftermath: Options to get back in shape

Tips kesihatan mengikut bentuk badan

Tidak kira apa pun bentuk badan anda, anda tetap perlu menjaga kesihatan. Terdapat teknik senaman dan diet tertentu khusus mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Amalkan ia agar anda mendapat hasil yang optimum daripada usaha anda.

Bentuk badan epal:

– Amalkan diet yang rendah karbohidrat terutamanya karbohidrat ringkas seperti roti, pasta dan nasi. Gantikan dengan makanan bijirin penuh seperti barli dan gandum.

– Tingkatkan pengambilan lemak anti-radang seperti minyak zaitun, avokado, siakap dan salmon.

– Apabila bersenam, lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti kardio seperti jogging, berenang, berbasikal, dan aerobik.

– Lakukan teknik senaman ‘Metabolic Disturbance Training’ iaitu membuat aktiviti berintensiti sederhana dan tinggi secara berselang-seli. Ini sangat membantu pembakaran lemak di perut. Contohnya, gunakan ‘stepper’ dan mulakan dengan senaman berintensiti sederhana untuk 2-5 minit. Kemudian, lakukan ‘booster’ di mana anda meningkatkan kadar intensiti senaman anda secara mendadak untuk 30 saat ke seminit. Kemudian kurangkan intensiti ke tahap sederhana semula. Ulang proses itu hingga selesai sesi senaman anda.

BERKAIT: Kurangkan berat badan tanpa ke gym?

Bentuk badan pear:

– Amalkan diet rendah lemak termasuk mengambil produk tenusu rendah lemak (2%) dan bukannya tanpa lemak. Kalsium mengawal cara penyimpanan sel lemak, pembinaan dan penguraian lemak.

– Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu termasuk daging merah, dan juga lemak tepu tersembunyi yang terdapat di dalam makanan berproses.

– Senaman yang sesuai dilakukan ialah kardio dan latihan ketahanan (resistance training). Senaman gerakan ‘curtsy’ dan ‘row’ boleh meningkatkan tisu tanpa lemak (lean tissue) di dalam badan, mengurangkan selulit dan meningkatkan metabolisme anda.

BERKAIT: Smart ways to drop those holiday pounds

Bentuk badan hourglass:

Partner Stories
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

– Selain mengamalkan diet seimbang, senaman jenis ‘circuit training’ amat sesuai untuk membakar lemak dan membentuk tubuh.

– Oleh kerana mereka yang berbentuk tubuh hourglass dipercayai mudah mendapat sakit belakang, anda yang bertuah ini boleh mencuba Pilates untuk menguatkan bahagian dalaman dan memperbaiki postur.

 BERKAIT: Top 3 weight-loss obstacles

 

Rujukan:

A pear-shape figure can ADD 10 years to your life (but the news isn’t so good if you’re shaped like an apple)

Breakthroughs for Your Body Type

How to identify your body type?

How to exercise and eat for your body shape

 

 

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

Faradibah Sudari

  • Home
  • /
  • Senaman
  • /
  • Orang berbentuk badan 'pear' hidup lebih lama!
Share:
  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • "Saya Mencintai Isteri Dan Bentuk Badannya" - Surat Cinta Suami Yang Sungguh Indah

    "Saya Mencintai Isteri Dan Bentuk Badannya" - Surat Cinta Suami Yang Sungguh Indah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Partner Stories

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

    Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

  • "Saya Mencintai Isteri Dan Bentuk Badannya" - Surat Cinta Suami Yang Sungguh Indah

    "Saya Mencintai Isteri Dan Bentuk Badannya" - Surat Cinta Suami Yang Sungguh Indah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Partner Stories

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Pregnancy
    • Labour & Delivery
    • Marriage, Relationship & Sex
  • Baby
    • Baby Names
    • Ages & Stages
    • Parenting Tips
    • Breastfeeding & Nutrition
  • Health
    • Fitness
    • Allergy & Syndrome
    • Illness
    • Healthy Meal Tips
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Lifestyle
    • Home
    • Money
    • Holiday
    • Contests & Promotions
  • More
    • TAP Community
    • Advertise With Us
    • Contact Us
    • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.