TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Pandai, Ayah Pun Pandai, Anak Anda Akan Lebih Pintar & Otak Cerdas Dari Kanak-Kanak Lain!

4 min bacaan
Ibu Pandai, Ayah Pun Pandai, Anak Anda Akan Lebih Pintar & Otak Cerdas Dari Kanak-Kanak Lain!

Sebelum ini ramai yang kata kepintaran dan otak cerdas anak berkait rapat dengan kepintaran ibunya. Tetapi sebenarnya ia diwarisi dari kedua-dua ibu bapa.

Ada pendapat yang mengatakan, kepintaran anak diwarisi daripada ibunya. Jika ibunya pandai automatik dia akan lahirkan anak yang pandai dan mempunyai otak cerdas.

Tapi sebenarnya menurut physicist, Zamir Mohyedin, jika diselusuri kertas-kertas kajian, kepintaran diwarisi daripada ibu dan bapa. Bukan ibu saja. Malah, sudah banyak laman-laman popular membidas kenyataan ini.

Anak pandai, otak cerdas hasil gentik kedua ibu bapa

otak cerdas

kredit: beberosia

Persekitaran dan genetik, kedua-dua ibu bapa memberikan sumbangan terhadap kepandaian anak dan kecerdasan otaknya.

Ibu pandai, tapi ayah tak pandai? Anak anda biasa-biasa saja kepintarannya. Tapi kalau ibu pandai, ayah pun pandai, anak anda akan lebih pintar daripada purata (average).

Kalau anda fikir lelaki tak perlu pandai sebagai ayah, jangan hairan kalau anak anda tidak sepandai ibunya.

Namun katanya, apa-apa pun, jangan putus harapan. Genetik dan persekitaran, kedua-dua ibu bapa berikan pengaruh dalam pembentukan anak.

Kalau anda fikir anda tidak pintar, anda boleh perbaiki persekitaran yang baik untuk anak-anak. Jadi, tidak hairan ada kes ibu bapa tidak pintar, tapi anak pintar.

Bagaimana latih bayi jadi pintar sejak dalam kandungan

otak cerdas

kredit: klikdokter

Menjadikan seseorang itu pintar tidak datang dengan percuma, ia perlukan usaha. Jadi bagaimana untuk buat anak pintar sejak dalam kandungan?

#1. Elakkan persekitaran yang berbahaya

Jika ibu bekerja di pejabat, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi, hingga peluang terkena penyakit yang senang dijangkit.

Jika boleh, elakkan juga lalu lintas yang tersekat dan penuh dengan pencemaran. Sudah terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa zat-zat kimia berbahaya dapat mencemarkan plasenta yang membekalkan oksigen pada bayi. 

#2. Makan makanan sihat & bersukan

Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti sukan yang ringan, seperti berenang dan jalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi agar bayi ada otak cerdas, rajn-rajinlah bersenam ya ibu-ibu semua.

Mengambil diet seimbang juga akan membantu anda mencapai berat badan optimum semasa hamil. Ini salah satu faktor penting bagi perkembangan otak janin.

#3. Jangan minum alkohol

Minum alkohol dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan kerosakan serius pada otak janin, yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’, atau sindrom alkohol pada janin.

 Alkohol terbukti boleh menembusi plasenta, yang kemudian terdedah pada janin.

#4. Jangan merokok, elak terdedah asap rokok

Ini semua orang tahu bahawa merokok berbahaya untuk janin. Merokok akan membataskan aliran darah ke otak janin yang sedang berkembang. 

Menjadi secondary smoker juga berbahaya. Pastikan jika suami merokok mereka mandi dulu dan tukar pakaian sebelum dekat dengan anda.

Partikel asap rokok yang melekat pada rambut, kulit atau baju juga boleh memberi kesan pada kandungan anda.

#5. Ambil asid folik

otak cerdas

kredit: malaysiapost

Kekurangan asid folik atau vitamin B9 berkait rapat dengan pelbagai penyakit bawaan serius, sepert hiperaktif dan masalah pertumbuhan lainnya pada anak.

Untuk memastikan ibu mendapat asid folik yang cukup, ambil suplemen asid folik tiga bulan sebelum kehamilan. Ini bermakna sebaik sahaja anda merancang untuk mengandung, terus makan asid folik ini!

Amalkan juga makanan yang kaya dengan asid folik, seperti sayuran hijau, gandum dan jus jeruk.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

#6. Ambil suplemen minyak ikan

Seperti kalsium bagi tulang, omega-3 DHA/EPA sangat penting bagi otak, ibu-ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat ini.

Oleh itu ibu sebaiknya mengambil suplemen minyak ikan salmon yang tinggi kandungan omega-3 DHA/EPA nya. Elok diambil terutama pada trimester akhir kehamilan, yang mana otak janin berkembang paling pesat dan paling memerlukan banyak omega-3.

#7. Berjemur di pagi hari

Cacat mental pada bayi sering dikaitkan dengan ibu yang hamil kurang pendedahan vitamin D semasa hamil. Sebagai contoh, di negara empat musim, bayi yang lahir pada musim dingin lebih berkemungkinan untuk menderita penyakit skizofrenia.

Beruntung bagi kita yang tinggal di negara dengan sinar matahari sepanjang tahun. Ibu hamil tidak perlu menambahkan suplemen vitamin D dalam pengambilan harian, sebaliknya cukup sahaja berjalan-jalan atau duduk santai di bawah sinar matahari pagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: alodokter

Baca juga: 30 makanan yang memperkuatkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan

Baca juga: Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?

Baca juga: Bila anak sudah pandai cakap ikut logik mereka, pasti banyak kisah lawak seperti ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Pandai, Ayah Pun Pandai, Anak Anda Akan Lebih Pintar & Otak Cerdas Dari Kanak-Kanak Lain!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham