Dah Ready Nak Buat Kuih Raya? Ini 9 Jenama Oven Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah

Mencari oven sesuai dengan hobi baking anda dan keluarga? Pilih oven yang mempunyai pelbagai fungsi dan mudah dikendalikan supaya anda dapat menyediakan pelbagai hidangan menarik di rumah.

Oven atau ketuhar adalah kawan baik para ibu (dan bapa) yang gemar membuat biskut, kek dan roti, terutama sekali semasa hujung minggu dan apabila menjelang musim perayaan. 

Selain untuk tujuan baking, ketuhar juga adalah pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pemakanan yang sihat kerana oven juga boleh digunakan untuk memanggang atau mengril ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran. 

Makanan yang dimasak dengan cara ini adalah lebih sihat berbanding makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak atau deep-fried

Disebabkan ini, kami berpendapat setiap rumah wajib mempunyai ketuhar kerana ia pasti akan merancakkan lagi aktiviti di dapur rumah anda.

Perbandingan Jenis Oven 

Jenama tempatan dan antarabangsa kini berlumba-lumba mengeluarkan dan memasarkan ketuhar dengan pelbagai fungsi tambahan yang canggih dan reka bentuk yang menarik. 

Sebelum anda membuat keputusan memilih ketuhar pujaan hati, berikut adalah beberapa perbandingan jenis oven yang kami telah kumpulkan untuk anda.

1. Oven konvensional atau konveksi

Seperti namanya, oven konvensional adalah ketuhar yang paling asas. Ketuhar jenis ini menggunakan plat besi pemanas yang memanaskan ruang dalam ketuhar untuk memasak sesuatu makanan. Ketuhar ini biasanya dijual dengan harga yang lebih murah, mudah dikendalikan dan amat sesuai untuk aktiviti baking di rumah.

Oven konveksi pula ialah ketuhar yang mempunyai kipas kecil di dalamnya. Tugas kipas ini adalah untuk meniup dan menyebarkan haba di dalam ruang ketuhar itu secara menyeluruh. Dengan adanya bantuan kipas ini, beberapa dulang makanan dapat dimasak serentak dengan lebih sekata. 

2. Oven gas atau elektrik

Oven gas berfungsi sama seperti dapur gas dimana ia menggunakan gas memasak yang disambungkan dengan hos terus ke ketuhar itu. Sesetengah home-baker masih mencari ketuhar gas ini kerana lebih mudah untuk mereka mengira kos atau perbelanjaan setiap kali tong gas ditukar.

Oven elektrik adalah pilihan yang lebih banyak dijual di pasaran sekarang dan mudah untuk dikendalikan. Anda hanya perlu memasukkan sahaja plug dan tekan suis semasa hendak menggunakannya dan tutup suis apabila selesai.

3. Oven berdiri bebas, built-in atau atas meja

Oven berdiri bebas (freestanding) adalah sebuah ketuhar yang mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti freestanding cooker dimana ia boleh berdiri sendiri di ruang dapur anda tanpa sokongan kabinet atau meja.

Oven built-in pula adalah jenis yang perlu ditanam dalam kabinet yang direka khas mengikut size ketuhar tersebut. Tanpa kabinet, ketuhar ini tidak dapat berdiri dengan stabil dan tidak selamat digunakan.

Akhir sekali adalah ketuhar atas meja (table top) yang kebiasaannya datang dalam saiz yang lebih kompak dan perlu diletakkan di atas meja atau permukaan yang lebih tinggi.

Pemilihan Jenama Oven Terbaik

Jika anda sedang dalam proses membeli ketuhar baru untuk menggantikan oven lama ataupun baru pertama kali ingin membeli ketuhar untuk keperluan dapur atau bisnes, anda akan sedikit keliru bagaimana untuk memilih jenama oven terbaik untuk anda.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan antaranya;

1. Apa yang ingin dimasak

Mungkin anda ingin menggunakan ketuhar itu hanya untuk mencairkan coklat masakan atau mentega? Atau anda hanya ingin gunakan oven tersebut untuk memanaskan kembali makanan anda?

Jika ini jawapan anda, maka anda hanya perlukan ketuhar yang mempunyai ciri asas sahaja. Memang terdapat beberapa model ketuhar yang sesuai untuk kegunaan asas seperti ketuhar pembakar roti.

2. Kemampuan ketuhar

Pastikan anda mengukur dahulu saiz ketuhar yang anda ingin beli dan pastikan juga anda mengukur keluasan ruangan dalam ketuhar tersebut.

Keluasan bahagian dalam bergantung kepada keperlua memasak dan model yang ada. Secara kasarnya, pastikan terdapat ruangan sebesar 2.5 inchi di bahagian tepi dan 1.5 inchi di bahagian atas dan bawah oven.

Selain itu,anda perlu tentukan jenis ketuhar yang anda perlukan sama ada jenis yang berdiri sendiri atau jenis yang boleh digabungkan sekali dengan kabinet dapur.

3. Teknologi memasak

Bahagian terknologi ketuhar  ini agak teknikal bagi kebanyakan orang. Antara rungutan ramai baker diluar sana yang mempunyai oven, adalah ketuhar yang mereka gunakan tidak memanas dengan sekata keseluruh bahagian ketuhar dan ada di antara mereka yang mengatakan oven yang mereka gunakan memanas dalam tempoh yang sangat singkat.

Pembuat oven berusaha sebaik mungkin dalam menghasilkan model terbaru, tujuannya untuk tidak memastikan masalah haba tidak sekata tidak berlaku.

Seperti yang anda tahu, terdapat beberapa teknologi pemanasan dalam ketuhar di pasaran,ada yang menggunakan wap air,ada yang menggunakan inframerah dan menggunkan convection technology.

Dikatakan ketuhar dengan convection technology dapat menyebarkan haba secara sekata keseluruhan ketuhar dengan baik.

4. Penggunaan kuasa dan kapasiti oven

Penggunaan kuasa oleh oven yang anda gunakan sama pentingnya dengan ruang dalam ketuhar tersebut. Ketuhar yang mempunyai kuasa tinggi sudah tentu dapat memasak dengan lebih pantas akan tetapi penggunaan elektrik rumah turut akan meningkat dengan banyak.

Kebanyakan ketuhar yang terdapat di pasaran mempunyai sekurang-kurangnya 800watts, ini sesuai bagi kebanyak resepi masakan. Terdapat juga ketuhar yang mempunyai kuasa sehingga 1200watts.

Selain penggunaan kuasa sesuatu model ketuhar, anda juga perlu mengambil kira saiz keseluruhan oven tersebut. Kebanyakan syarikat pengeluar akan memberikan saiz keseluruhan ketuhar, tetapi tidak memberitahu tentang jumlah ruangan dalamannya.

5. Ciri tambahan yang anda perlukan

Jika anda hnya menggunakan oven tersebut untuk kegunaan harian,seperti memasak atau memanaskan makanan, anda hanya perlu ketuhar dengan ciri yang asas.

Tetapi jika anda perlukan ketuhar yang mempunyai untuk kegunaan yang lebih kompleks seperti mengukus dan juga untuk kegunaan bisnes bakeri, anda boleh pertimbangkan ketuhar dengan kemampunan yang lebih berbanding ketuhar yang asas.

9 Jenama Oven Terbaik Di Pasaran Untuk Kegunaan Di Rumah

Jika anda pergi ke kedai yang menjual barang dapur dan elektrik, terdapat terlalu banyak jenama ketuhar yang dijual. Setiap darinya mempunyai pelbagai fungsi tambahan dan dijual dengan harga yang berbeza.

Untuk membantu anda buat keputusan pembelian ketuhar untuk rumah anda, jom lihat 6 jenama oven terbaik di pasaran sekarang.

Oven Terbaik
Innofood Digital Electric Oven
Jenama Oven Terbaik Dengan Sensor Suhu
BELI DI SHOPEE
ELBA VOLTO EBO-K5677(SS) Built-In Oven
Jenama Oven Terbaik Dengan Fungsi Memanggang (rotisserie)
Beli di Shopee
FOTILE One Oven HYZK26-E1 Combi Portable Oven
Jenama Oven Terbaik Dengan Fungsi Stim Dan Air Fry
Beli di Shopee
The Baker Digital Oven
Jenama Oven Terbaik Dengan Panel LED
Beli di Shopee
Khind 28L Electric Oven OT2800
Jenama Oven Terbaik Dengan Saiz Kompak
Beli di Shopee
Zanussi Freestanding Electric Oven
Jenama Oven Terbaik Boleh Berdiri Sendiri
Beli di Shopee
Panasonic Convection Steam Cubie Oven (20L) NU-SC180BMPQ
Jenama Oven Terbaik Untuk Sajian Sihat
Beli di Shopee
Pensonic Vintage Multifunction Electric Oven 20L PEO-2007X
Jenama Oven Terbaik Dengan Rekaan Vintaj
Beli di Shopee
Russell Taylors Oven Toaster
Jenama Oven Terbaik Jenis Ketuhar Pembakar Roti
Beli di Shopee

Innofood Digital Electric Oven

Jenama Oven Terbaik Dengan Sensor Suhu

Innofood adalah jenama oven terbaik jenama Malaysia yang semakin popular dalam kalangan baker tempatan. Ketuhar jenis atas meja ini datang dalam warna hitam yang tampak kemas dan kukuh.

Ciri-ciri menarik:

  1. Mempunyai 8 tingkat rak untuk pembakaran serentak.
  2. Menggunakan teknologi konveksi dengan 2 kipas untuk penyebaran haba yang sekata.
  3. Mempunyai pemasa sehingga 120 minit dengan fungsi berhenti secara automatik.
  4. Pilihan penetapan suhu antara 50°C-300°C, sesuai untuk pelbagai jenis pastri, kek dan biskut.
  5. Permukaan dalam ketuhar mudah dicuci kerana ia mempunyai lapisan enamel. 

ELBA VOLTO EBO-K5677(SS) Built-In Oven

Jenama Oven Terbaik Dengan Fungsi Memanggang (rotisserie)

Ketuhar built-in jenama ELBA ini mempunyai kapasiti sebesar 56L dan datang dengan 7 fungsi yang menjadikannya amat berguna untuk menyediakan pelbagai jenis masakan. 

Ternyata ketuhar ini termasuk dalam kategori jenama oven terbaik.

Apa yang kami suka :

  1. Mempunyai fungsi memanggang (rotisserie), dimana rod pemanggang itu akan berputar secara automatik.
  2. Pintu ketuhar yang selamat disentuh (<50°C) walaupun semasa ketuhar sedang digunakan.
  3. Rekaan luaran yang menggunakan stainless steel yang tampak mewah dan kemas.
  4. Mempunyai tetapan suhu maksima 250°C.
  5. Permukaan dalam ketuhar mempunyai lapisan enamel yang mudah dicuci.

FOTILE One Oven HYZK26-E1 Combi Portable Oven

Jenama Oven Terbaik Dengan Fungsi Stim Dan Air Fry

Ketuhar jenama FOTILE dengan slogan One Oven to Cook It All ini adalah ketuhar jenis konveksi yang direka dengan pelbagai fungsi tambahan dan cara masakan.

Apa yang kami suka :

  1. Mempunyai fungsi stim, penyahhidratan (dehydrating) dan penggoreng kering (air fryer) yang jarang ada pada ketuhar lain.
  2. Mempunyai 40 senarai menu dengan ketetapan yang sudah diprasetkan yang memudahkan lagi kerja anda.
  3. Peringatan untuk pembersihan selepas fungsi stim digunakan selama 50 jam secara terkumpul.
  4. Dibuat daripada kaca tahan pecah dan stainless steel.
  5. Reka bentuk yang menarik dan kompak, sesuai untuk diletakkan di atas kaunter dapur anda. 

The Baker Digital Oven

Jenama Oven Terbaik Dengan Panel LED


Lagi satu ketuhar atas meja jenama tempatan yang popular dikalangan baker. Ia juga mempunyai reka bentuk moden dan saiz yang amat besar, sesuai untuk mereka yang ini melakukan perniagaan kek dan biskut dari rumah.

Apa yang kami suka :

  1. Mempunyai 2 plat pemanas, atas dan bawah yang boleh dikawal secara berasingan.
  2. Dilengkapi dengan kipas untuk menyebarkan haba secara sekata di dalam ketuhar.
  3. Jarak antara rak yang sesuai untuk pembakaran serentak yang sekata.
  4. Kapasiti yang amat besar, iaitu 100L dimana anda boleh membakar 8 buku roti dalam satu masa!
  5. Panel LED dengan paparan digital untuk set suhu dengan lebih tepat.

Khind 28L Electric Oven OT2800

Jenama Oven Terbaik Dengan Saiz Kompak

Ketuhar dengan warna-warna pastel daripada jenama Khind ini adalah jenis asas yang amat mudah digunakan. Saiznya yang kecil ini amat praktikal untuk mereka yang mempunyai ruang dapur yang terhad.

Ciri-ciri menarik:

  1. Ruang yang cukup luas untuk membakar seekor ayam dengan sekata.
  2. Reka bentuk retro dengan 3 pilihan warna menarik iaitu merah jambu, kuning air dan hitam.
  3. Mempunyai pilihan untuk menggunakan pemanas atas sahaja, bawah sahaja atau kedua-duanya sekali.
  4. Mempunyai tetapan suhu antara 100°C – 220°C, sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
  5. Datang dengan lampu untuk memudahkan anda untuk melihat makanan semasa ia sedang dimasak.

Zanussi Freestanding Electric Oven

Jenama Oven Terbaik Boleh Berdiri Sendiri

Ketuhar jenama Zanussi yang berasal daripada Italy ini adalah salah satu jenama di bawah kumpulan Electrolux. Ketuhar ini adalah jenis berdiri sendiri yang mempunyai kapasiti sebesar 62L.  

Apa yang kami suka :

  1. Menggunakan elektrik untuk berfungsi.
  2. Mempunyai kipas yang membantu penyebaran haba dengan lebih sekata.
  3. Boleh berdiri sendiri dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
  4. Permukaan dalam ketuhar mempunyai lapisan enamel yang mudah dicuci.
  5. Mempunyai fungsi berhenti automatik mengikut tempoh masa yang ditetapkan pada pemasa.

Panasonic Convection Steam Cubie Oven (20L) NU-SC180BMPQ

Jenama Oven Terbaik Untuk Sajian Sihat

Bukan sekadar untuk membakar, wap kuat yang dihasilkan Panasonic Cubie Oven ini membolehkan anda memasak hidangan yang sihat dan lazat dengan mudah dimana stim dijana melalui dandang dengan tangki air 800 ml yang besar untuk menyediakan masakan stim yang lama dan sempurna.

Malah terdapat dua mod stim iaitu stim untuk roti, daging atau makanan laut dan Steam-Low untuk telur rebus, udang atau dada ayam.

Apa yang kami suka :

  1. Tangki air mudah dikeluarkan dengan hanya memegang kedua-dua belahnya dan menariknya keluar. Paparan besar dengan lampu LED terang dan panel operasi dengan hanya empat butang bermakna ia cukup mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.
  2. Suhu memasak secara perolakan berjulat dari 100°C hingga 230°C. Anda boleh melaraskan suhu dengan halus untuk memasak pelbagai jenis hidangan bakar.
  3. Convection cooking 2 peringkat membolehkan anda membakar dengan banyak sekali gus untuk sajian keluarga besar. Udara panas beredar ke seluruh ketuhar untuk memasak makanan secara sekata.
  4. Mengukus digabungkan dengan convection cooking membolehkan anda dengan mudah membuat hidangan yang sukar dan perlu direneh untuk masa yang lama, seperti sup herba, hanya dengan menekan satu butang.

Pensonic Vintage Multifunction Electric Oven 20L PEO-2007X

Jenama Oven Terbaik Dengan Rekaan Vintaj

Jika anda mementingkan rekaan untuk disesuaikan dengan tema dapur anda, ketuhar Pensonic ini adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja menampilkan rekaan vintaj malah harganya juga sangat berpatutan berbanding dengan jenama lain yang mempunyai kapasiti 20L.

Apa yang kami suka :

  1. Kawalan suhu sehingga
  2. 4 elemen pemanas keluli tahan karat
  3. Pemasa 60 minit dengan bunyi loceng
  4. Pemegang pintu S.S
  5. Pemanasan atas dan bawah, sajian akan masak sekata

Russell Taylors Oven Toaster

Jenama Oven Terbaik Jenis Ketuhar Pembakar Roti

Memasak sebenarnya tidak susah kerana terdapat banyak peralatan dapur untuk memudahkan aktiviti memasak pada zaman moden ini. Jadi, jika anda bertanggungjawab untuk menyediakan makanan di rumah anda, Russell Taylors 23L Oven Toaster OT-23 akan menjadi tambahan yang bagus untuk dapur anda. 

Ketuhar pembakar roti boleh menawarkan banyak kelebihan berbanding ketuhar bersaiz penuh. Saiznya yang lebih kecil membolehkan anda memanaskan masakan dengan lebih cepat, mengambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk dipanaskan berbanding selama 15 minit untuk ketuhar konvensional.

Oven Russell Taylors ini menggunakan lebih sedikit tenaga yang boleh menjimatkan wang anda untuk bil elektrik anda. Ketuhar pembakar roti perolakan mengurangkan masa memasak, memberikan anda potensi untuk menjimatkan lebih banyak tenaga!

Apa yang kami suka :

  1. Reka bentuk ketuhar segi empat dan menegak ini dapat menjimatkan ruang dapur anda jika dibandingkan dengan ketuhar berkapasiti sama yang lain.
  2. Keupayaan untuk memasak pelbagai jenis makanan secara sekata adalah elemen terpenting dalam ketuhar pembakar roti terbaik ini.
  3. Rak boleh laras membolehkan anda mengalihkan makanan lebih dekat atau lebih jauh daripada elemen pemanas, rak yang meluncur keluar membantu memastikan anda tidak akan melecur tangan anda apabila mengeluarkan makanan dari ketuhar dan dulang serbuk boleh tanggal memudahkan pembersihan.
  4. Kawalan pada ketuhar mudah dibaca dan difahami, jadi anda tidak perlu terus-menerus merujuk manual. Anda juga boleh memilih antara membakar atau memanggang untuk memberi anda banyak pilihan untuk memasak.

Perbandingan Harga Jenama Oven Terbaik

Jenama Harga (RM)
Innofood Digital Electric Oven RM799.00
ELBA VOLTO EBO-K5677(SS) Built-In Oven RM669.00
FOTILE One Oven HYZK26-E1 Combi Portable RM2299.00
The Baker Digital Oven RM499.00
Khind 28L Electric Oven OT2800 RM219.00
Zanussi Freestanding Electric Oven RM1365.00
Panasonic Convection Steam Cubie Oven (20L) NU-SC180BMPQ RM1573.00
Pensonic Vintage Multifunction Electric Oven 20L PEO-2007X RM145.00
Russell Taylors Oven Toaster RM109.99

 

Cara Pembersihan Dan Penjagaan Ketuhar

Nak bersihkan ketuhar tapi kesan kotoran susah tanggal? Maklumlah, jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan ketuhar tanpa guna banyak tenaga.

Petua yang dikongsi ini memang mudah, hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba, pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.

1. Gunakan air

Isikan air di dalam mangkuk atau bekas yang tahan panas dan letakkan di dalam oven. Pasangkan ketuhar pada suhu yang tinggi lebih kurang 20 minit. Cara ini mampu menanggalkan gris, minyak dan kerak pada setiap permukaan ketuhar.

Apabila ketuhar sudah sedikit sejuk, lapkan setiap permukaannya dengan kain yang bersih. Anda boleh cuba menggunakan kaedah ini setiap kali selepas menggunakan ketuhar supaya ia senang untuk dibersihkan.

2. Cuka

Celupkan kain kedalam bancuhan 1 liter air dan 8 sudu cuka dan sapukan pada permukaan oven yang kotor. Biarkan selama 15 minit kemudian boleh dilap dengan menggunakan air yang bersih. Semua kesan-kesan hitam pada ketuhar akan hilang.

Cuka ini bukan sahaja baik untuk menghilangkan kesan kotoran tapi sifat keasidan yang terdapat pada cuka juga turut menjadi pelindung anti-kulat.

3. Soda bikarbonat

Campurkan soda bikarbonat dengan sedikit cuka dan biarkan ia menjadi pes. Sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan kotoran dan biarkan selama 1 hingga 12 jam. Makin lama makin berkesan tetapi bergantung juga pada kesan kotoran yang terdapat pada permukaan ketuhar, kemudian lap dan bilas.

4. Lemon atau limau nipis

Sifat keasidan yang terdapat pada lemon atau limau nipis dapat bertindak sebagai pencuci semulajadi dan dapat memberi bauan yang segar pada ketuhar.

Campurkan perahan lemon atau limau nipis bersama dengan soda bikarbonat dan sapukan pada permukaan yang kotor. Biarkan pes ini selama 1 jam atau lebih. Gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kotoran dalam ketuhar. Ini dapat menanggalkan kesan kotoran degil dengan lebih berkesan.

Diharap artikel ini dapat membantu anda mencari ketuhar atau oven terbaik untuk kegunaan harian mahupun hujung minggu anda!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mesin Basuh Terbaik Untuk Kediaman, Pilih Yang Paling Berbaloi, Jadi Tak Perlu Ke Dobi Lagi!

Baca juga: Tak Perlu Beli Roti Di Luar Lagi, Uli Sahaja Guna Bread Maker Yang Mudah & Berkualiti Ini!

Baca juga:  5 Pembersih Udara Terbaik Di Malaysia, Pilih Satu Untuk Bilik Si Manja!

Penulis

Najibah