Proses bersalin, tidak kira bersalin normal atau secara pembedahan Caesarean, pastinya amat menyakitkan. Untuk sebulan yang pertama ibu mungkin perlu berpantang sebaiknya termasuklah tidak dibenarkan pandu kereta.
Namun bagi seorang yang aktif dan rajin bekerja, ibu mungkin bertanya bilakah masa yang sesuai bagi wanita lepas bersalin untuk mula memandu kereta?
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Pandu kereta selepas bersalin, doktor tetapkan 9 syarat yang perlu ibu berpantang ikut
Pandu kereta selepas bersalin, doktor tetapkan 9 syarat yang perlu ibu berpantang ikut
Menurut perkongsian Doktor Imelda menerusi laman Facebooknya, masa sesuai untuk memandu kereta selepas bersalin adalah apabila dapat menepati sembilan syarat ini.
Menurut Doktor Imelda, masa yang sesuai untuk mula memandu selepas bersalin adalah bergantung pada syarat berikut;
#1 Tidak terlalu mengantuk
Syarat paling penting sekali yang perlu diingat adalah tidak terlalu mengantuk. Adakah anda boleh menumpukan perhatian kepada jalan raya sekiranya tidak cukup tidur?
Ini adalah untuk keselamatan diri anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana wanita yang baru bersalin, tidak kira secara Caesarean atau normal, kebanyakannya akan ada masalah tidak cukup tidur.
Tindakbalas mereka juga akan menjadi lambat sehinggakan sukar untuk mengelakkan kemalangan.
#2. Memandu kereta selepas bersalin- Can you slam the brakes?
Pastikan anda tidak terlalu sakit untuk tekan brek dengan segera jika berlaku kecemasan.
Selagi tidak boleh tekan brake, maka dinasihatkan untuk tidak memandu kereta.
Menurut perkongsian Doktor Imelda lagi, jika zaman dulu, doktor akan menasihatkan untuk menunggu selama 6 minggu selepas bersalin Caesarean untuk memandu kereta.
Ini kerana waktu itu ramai yang memandu kereta jenis manual. Perlu tekan brake dan clutch sekaligus dengan kedua-dua kaki. Dan, ia lebih sukar untuk dilakukan sejurus selepas pembedahan jika dibandingkan dengan tekan brake dengan sebelah kaki sahaja.
#3. Bawa kereta ketika pantang: Mudah pakai tali pinggang
Pemakaian tali pinggang keselamatan adalah penting setiap kali anda ingin memandu.
Bagi wanita yang baru lepas bersalin, perlu pastikan tidak rasa sakit pada bahagian abdomen setiap kali anda pakai tali pinggang keselamatan.
Jangan pula tidak pakai tali pinggang keselamatan, ya!
#4. Pusing roda stereng tanpa masalah
Adakah anda boleh memusingkan roda stereng tanpa rasa sakit? Ini kerana jika anda mempunyai kereta jenis yang tidak ada power steering, maka ia lebih berat dan lebih sukar untuk memandu selepas bersalin.
#5. Duduk dengan selesa
Anda boleh duduk dengan selesa bila pandu kereta atau tidak? Ada wanita yang tidak boleh duduk dengan betul selepas bersalin normal jika bahagian vagina masih bengkak.
Ini boleh mengganggu penumpuan ketika memandu jika tidak boleh duduk tanpa rasa sakit.
#6. Drive selepas bersalin: Boleh toleh kepala
Anda boleh pandang kiri dan panda kanan supaya boleh melihat blind spot.
#7. Gunakan car seat bayi
Jika ingin membawa bayi yang baru lahir, pastikan anda menggunakan car seat untuk bayi.
Selain itu, pastikan juga anda boleh menumpukan perhatian pada jalan raya serta pengguna yang lain sekiranya bayi menangis.
#8. Periksa polisi insurans
Tambah Dokto Imelda dalam perkongsiannya itu, sewaktu dia bekerja di negara UK, ibu di sana tidak boleh memandu selama 10 minggu selepas pembedahan Caesarean Section.
Ini kerana syarikat insurans di sana mempunyai polisi untuk tidak memberikan cover kemalangan sehingga 10 minggu selepas pembedahan.
#9. Pantang 44 hari tidak semestinya duduk rumah
Menurut Doktor Imelda lagi, berpantang selama 44 hari dan hanya duduk di rumah adalah zaman dulu.
Tidak salah wanita yang baru lepas bersalin untuk keluar dan memandu kereta tetapi kena pastikan semua syarat ini dipenuhi dan tubuh anda kuat untuk keluar.
Jangan paksa diri untuk memandu jika keadaan diri tidak mengizinkan. Semoga bermanfaat!
Kredit gambar: Mek Onie
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ini Kongsi TIps Memandu Sendirian Jarak Jauh Bersama 2 Anak-Anak Kecilnya, Hebat Betul!
Baca juga: Anak Menangis Duduk Dalam Car Seat? Ini Cara Melatih Anak, Ibu Ayah Bolehlah Memandu Dengan Tenang!
Baca juga: Idea Makanan Berpantang Selepas Bersalin Sedap & Mudah Buat Ibu Tidak Jemu Makan