Dihina dan disindir, itulah dilema yang perlu dihadapi oleh para ibu bersalin secara pembedahan. Lebih menyedihkan lagi ramai tidak sedar bahawa pantang bersalin caesar memerlukan masa hingga bertahun untuk pulih.
Kebanyakan orang menganggap bersalin secara pembedahan ini, kesakitannya tidak seteruk sakit bersalin secara normal.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Pantang bersalin caesar dijadikan isu, doktor luah rasa kecewa
- Kesan dari pembedahan, perlukan lebih masa untuk sembuh
- Cara pantang bersalin caesar yang ibu perlu tahu
Dua kaedah bersalin ini sentiasa dibuat perbandingan, itulah yang kerap kali terjadi. Bahkan sehingga ke hari ini, mentaliti sebegini masih lagi kekal wujud.
Pantang bersalin caesar dijadikan isu, doktor luah rasa kecewa
Menjawab persoalan ini, ikuti perkongsian oleh Dr. Sandra Raman yang cukup pantang bersalin caesar ini dijadikan sebagai satu isu dan juga dipertikaikan.
“Tak kisahlah lahir caesar ke, normal ke, vakum ke, forcep ke semua adalah wanita itu berkorban bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak itu.
Korang tau tak, tuhan buat tu deliver normal dari bawah, sakit macam mana pun, koyak macam mana pun nanti dia akan sembuh natural, yang ketat balik pun natural juga.
Tapi kalau nak caesar tahu tak caesar itu adalah salah satu pembedahan yang major untuk seorang wanita dan boleh menyebabkan kematian.
Bukannya dibius penuh, masih boleh rasa semua sakit bila tarik bayi keluar, masih boleh rasa bila nurse diri di atas cuba nak tolak bayi dalam perut sebab bayi itu berat semua rasa.”
Kesan dari pembedahan, perlukan lebih masa untuk sembuh
Dr. Sandra Raman juga berkata kesan yang dialami oleh wanita yang melahirkan anak secara caesar mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan wanita yang bersalin secara normal.
“Tahu tak sakit nak lega dari operation itu macam mana? Dia punya scar atau parut itu bawa sampai mati. Ada yang sakit perut atau dipanggil additional colic, belum tambah lagi dengan ada sakit pinggang, sakit belakang, perut gelebeh, buat exercise macam mana pun akan flat sekejap sahaja dan jadi balik.
Tahu tak betapa susahnya dia? Lepas bersalin normal semua akan kembali okay dalam tempoh sebulan tapi kalau caesar akan bawa sampai mati.
Belum tambah lagi boleh bau kulit atau daging bila kena cautery (benda untuk stopkan pendarahan) macam BBQ, belum lagi kalau ada komplikasi.” Ujarnya dengan tegas.
Mengakhiri videonya itu, Dr. Sandra juga meninggalkan pesanan :
“So please belajar educate diri sendiri especially untuk husband-husband tolonglah sayang isteri, jangan compare dengan ibu ke nenek ke.
Jangan berani rendahkan wanita yang caesar!”
Cara pantang bersalin caesar yang ibu perlu tahu
Berbeza dengan bersalin normal, cara pantang bersalin secara pembedahan adalah berbeza dan lebih berdisiplin. Ibu perlulah :
- Rehat dengan secukupnya.
- Jangan angkat benda berat.
- Setiap kali anda ingin bersin atau batuk, pastikan anda menahan bahagian perut supaya luka caesar tidak terbuka dan untuk kurangkan sakit.
- Amalkan pemakanan yang sihat. Ambil vitamin C dan lebihkan sumber protein untuk penyembuhan luka yang cepat.
- Pastikan luka caesar sentiasa bersih dan kering.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat dan menutup bahagian luka dan menyebabkan berpeluh.
- Sentiasa cuci luka dengan kerap.
- Jika demam, luka menjadi bengkak dan kemerah-merahan, terbuka atau keluar cecair di bahagian luka segera berjumpa doktor.
Pembedahan caesar adalah alternatif untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Ianya bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat oleh para doktor mahu pun ibu. Terdapat pelbagai risiko dan komplikasi yang akan terjadi ke atas ibu dan juga bayi.
Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai kebaikan hati, usahlah memandang serong kepada ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya. Walau apa pun pilihan yang dibuat, cuba fahami dan sentiasa hormati. Usahlah dibanding-bandingkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Lengkap Buah-Buahan Ibu Berpantang Boleh Makan & Perlu Elak Sebaik Mungkin
Baca juga: Penutup Pantang: Jangan Ambil Mudah, Para Ibu Wajib Ambil Tahu
Baca juga: Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik