Sebelum Nak Pergi Beraya, Ibu Ayah WAJIB Ajarkan 14 Perkara Penting Ini Pada Anak-Anak

Pantang larang beraya di rumah orang haruslah sentiasa dijaga, diajar, dan dipraktikkan khususnya kepada ibu bapa yang berapa bersama anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim raya memang lazim dengan amalan ziarah-menziarahi sesama sanak-saudara, adik-beradik, rakan taulan, dan jiran tetangga. Beraya seorang diri sudah tentu tidak sama dengan beraya bersama keluarga dan anak-anak. Ada pantang larang beraya yang perlu kita amalkan untuk menjaga silaturrahim antara kedua-dua belah pihak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 14 pantang larang beraya di rumah orang
  • Didik anak supaya “behave” setiap kali di luar

Setiap tahun pasti ada sahaja kes viral anak-anak “buat hal” dekat rumah orang masa beraya. Ada yang pecahkan televisyen, pinggan mangkuk, gelas dan teko pecah, kehilangan barang dalam rumah, kerosakan harta benda, dan banyak lagi. Belum lagi hal anak-anak termuntah atau terberak dekat rumah orang.

14 pantang larang beraya di rumah orang

Sebagai ibu bapa, inisiatif yang paling selamat boleh dipraktikkan kepada anak-anak sejak kecil adalah dengan mendidik mereka tentang pantang larang beraya ke rumah orang. Antara pantang larangnya adalah:

#1. Sentiasa ingat ini bukan rumah sendiri

Penting untuk sentiasa ingatkan diri sendiri dan anak-anak bahawa ini bukan rumah anda. Sematkan dalam fikiran, ini bukan rumah anda. Jadi anda tiada hak dalam rumah tersebut dan tidak boleh keterlaluan sepanjang berada di sana.

#2. Jangan geledah bilik tanpa kebenaran

Anak-anak memang tidak mudah jika disuruh untuk duduk diam sahaja. Mereka hanya boleh fokus dan mendengar arahan tidak sampai beberapa minit. Kemudian, siaplah perangai sebenar mereka akan beraksi. 

Walau bagaimanapun, pastikan anak-anak mempunyai had kawalan dalam rumah orang lain. Maksudnya, jangan beri keizinan mereka mengeledah bilik tuan rumah tanpa kebenaran terutamanya ruang peribadi seperti bilik tidur.

#3. Jangan buka peti ais dengan sesuka hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hak milik peribadi tuan rumah seperti peti ais memang menjadi perhatian utama anak-anak. Hal ini kerana, mereka tahu di dalamnya ada banyak makanan ringan dan minuman yang menyegarkan. 

Kadang-kala tuan rumah pun segan bila peti ais mereka dalam keadaan tidak bersih. Takut-takut menjadi bahan umpatan tetamu pula. 

#4. Ingat tentang tanggungjawab

Berkunjung di rumah orang, bukan bermakna kita terlepas dari tanggungjawab sebagai ibu bapa. Kita membawa nama dan perangai anak-anak pada mata orang lain di luar. Oleh kerana itulah, jika anak berkelakuan tidak senonoh, individu yang pertama di sebut adalah ibu bapanya jua. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Jangan lari dari tanggungjawab

Anak-anak yang tidak sengaja atau sengaja merosakkan sesuatu di rumah tuan rumah contohnya seperti memecahkan gelas air perlu dipertanggungjawabkan. Sebagai ibu bapa, anda perlu ganti, bayar dan minta maaf serta pujuk tuan rumah sebaik mungkin. 

Jangan pula menyebelahi di pihak anak sahaja. Sama ada dia salah atau tidak, jangan pernah lari dari tanggungjawab anda.

#6. Menerima kesalahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingatkan anak-anak apabila tuan rumah tegur, dengar dan jangan marah atau terasa. Tuan rumah biasanya dalam lingkungan umur seperti kita sendiri.

Jadi sudah tentu adab terhadap orang yang lebih tua dan adab dalam ziarah-menziarahi sangat berkait rapat. Anak-anak perlu diajar, dan didedahkan dengan perkara tersebut sejak di usia dini.

#7. Jaga mulut dan tingkah laku

Cukup-cukuplah dengan perangai suka komen pasal rumah orang lain. Ini tidak cantik, itu tidak menarik, makanan tidak sedaplah, dan bermacam-macam lagi. Citarasa kita sudah tentu berbeza dengan orang lain. 

Jangan fikir apa yang kita minat, orang lain pun perlu minat juga. Ingatlah, anak-anak melihat, dan mendengar apa jua yang keluar dari mulut ibu bapanya. Mereka cenderung menjadikan kita sebagai contoh terdekat.

#8. Beritahu sebelum datang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada orang tidak suka beritahu tuan rumah jika mahu berkunjung ke rumahnya kerana risau tuan rumah bersusah payah untuk membuat persiapan seperti masak dan sebagainya. Sebenarnya amalan memberitahu tuan rumah sebelum datang, adalah sesuatu yang sangat digalakkan.

Hal ini kerana, untuk memastikan kehadiran kita dapat diterima dengan hati yang lapang, terbuka, dan mereka sudah bersiap-sedia untuk menerima tetamu.

#9. Sentiasa bersiap sedia dari awal

Ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Kita kenal dan faham perangai sebenar anak-anak kita. 

Oleh itu bersiap sedialah dari awal dengan memberikan nasihat dan kawal sentiasa pergerakan mereka sepanjang berada di sana. Jangan harapkan orang lain untuk mengawal anak kita.

#10. Jangan lupa pintu keluar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Common sense” penting apabila kita ziarah ke rumah orang ketika hari raya. Jangan duduk lama-lama di rumah orang sampai lupa pintu keluar. Dari Asar ke Isyak, langsung tidak mahu beredar.

Kita perlu ingat, tuan rumah pastinya malu untuk menegur. Sepatutnya kita sendiri yang perlu faham dan bijak dalam bertindak.

#11. Jangan terlalu santai di rumah orang

 Jangan terlalu santai di rumah orang. Baring di sofa tuan rumah dengan kaki melunjur ke depan, itu bukanlah akhlak peribadi yang baik. Tidak perlu terlebih pandai ubah sana sini perabot tuan rumah pula. 

#12. Gunakan tanda dengan berhemah

Masuk ke tandas dengan tujuan yang betul untuk “melepaskan hajat”. Selesai guna, jangan lupa flush tandas, tutup pintu semula, dan tutup lampu setelah guna. Jangan usik apa-apa barang peribadi tuan rumah dalam tandas sepertti berus gigi dan pencuci muka. 

#13. Beri perhatian sekiranya ada binatang peliharaan

Bila tuan rumah ada binatang peliharaan, perkara yang perlu kita titikberatkan adalah kebersihan anak-anak dan binatang tersebut. 

#14. Praktikkan adab semasa makan

Makan dengan berhemah, dan berhenti sebelum kenyang. Itulah adab makan yang terbaik. 

Didik anak supaya “behave” setiap kali di luar

Untuk mendidik anak-anak zaman sekarang memang perlukan kesabaran yang tinggi. Terlalu banyak cabarannya dari dalam rumah, di luar, di sekeliling, dan teknologi juga.

Lebih-lebih lagi jika kita ada anak yang sedang membesar dan sibuk explore banyak perkara. Ada cara yang bijak untuk kita menanganinya, hanya sahaja kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa bijak dan kreatif.

Cerminan akhlak anak-anak akan mengambarkan bagaimana didikan orang tuanya. Jika baik yang didik, maka baiklah juga hasilnya. Oleh itu, jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin di hari raya ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi Pantang Larang Melawat Bayi Baru Lahir, Boleh Jadi Punca Jangkitan Penyakit!

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan