Sejak dari dulu lagi, wanita hamil mempunyai pelbagai pantang larang yang harus dielak ketika hamil. Ia untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini kepada ibu dan kandungan.
Pantang larang ketika zaman dulu sememangnya banyak yang berkaitan pemakanan, dan mengurangi aktiviti fizikal. Bagaimana pula dengan pantang larang ketika mengandung pada zaman sekarang?
Aktiviti Wanita Zaman Model Boleh Mempengaruhi Kehamilan
Namun pada zaman sekarang, wanitamoden pastinya melakukan lebih banyak perkara dan aktiviti baru yang belum diketahui kemudaratannya kepada kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, aktiviti-aktiviti ini mungkin kelihatan biasa sahaja. Tambahan lagi ibu bapa anda mungkin masih tidak tahu mengenainya, jadi mereka jarang bercakap tentang pantang larang ketika mengandung ini.
Namun, risiko bahaya untuk kandungan masih ada. Ini merupakan pantang larang ketika mengandung yang harus wanita masa kini ambil tahu!
Pantang Larang Ketika Mengandung #1 Menyingkirkan Rambut Menggunakan Laser
Walaupun kaedah waxing untuk menghilangkan rambut dianggap selamat, namun ini berbeza sekali dengan kaedah laser. Kaedah laser sangat berisiko, di mana bahan kimia yang digunakan boleh menembusi kulit menyebabkan iritasi kulit dan reaksi alahan.
Kesan negatif lain belum diketahui lagi, namun kaedah ini diharamkan sama sekali dilakukan oleh wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Pantang Larang Ketika Mengandung #2 Suntikan Botox
Ini merupakan trend yang dilakukan oleh wanita masa kini untuk mendapatkan kulit yang sentiasa tegang walaupun semakin berusia.
Sebenarnya, tiada fakta yang mengesahkan suntikan botox boleh membahayakan kandungan. Tidak banyak maklumat yang kajian yang boleh mengaitkan botox dan kehamilan.
Namun, pakar mengesyorkan anda mendapatkan pandangan dan nasihat doktor sebelum mendapatkan suntikan botox, lebih-lebih lagi sekiranya anda mengandung atau merancang untuk hamil.
Pantang Larang Ketika Mengandung #3 Asid Beta Hidroksi
Jika anda sedang berusaha menghilangkan jerawat menggunakan produk yang mengandungi asid salicylic, tolong hentikan dengan kadar segera.
BHA atau Asid Beta Hidroksi merupakan salah satu asid salicylic yang boleh menyerap ke dalam kulit dan bertindak sebagai agen penghakis kulit. Semak label pada produk kecantikan anda, elakkan sama sekali sekiranya mengandungi bahan-bahan tersebut.
Pantang Larang Ketika Mengandung #4 Pembesaran Payudara
Dalam kebanyakkan kes, wanita yang melakukan pengubahsuaian saiz payudara masih boleh menyusukan anak, tetapi berdasarkan kajian, perkara ini akan menyebabkan masalah laktasi sebanyak 3 kali ganda.
Jadi, sebarang pembedahan yang tidak perlu untuk wanita mengandung adalah sebaiknya dielakkan sama sekali. Penggunaan anesthesia adalah berisiko tinggi dan bayi dalam kandungan terlalu terdedah kepada bahaya.
Pantang Larang Ketika Mengandung #5 Mengurut Pada Trimester Pertama
Urutan sememangnya suatu perkara yang melegakan bagi wanita mengandung. Namun, sebaiknya anda menunggu sehingga tamat trimester pertama.
Walaupun selepas trimester pertama, urutan semasa mengandung masih berisiko malah banyak spa yang tidak menawarkan perkhidmatan ini. Pilih tukang urut yang berkelayakan dalam urutan semasa hamil untuk mengelakkan keguguran.
Pantang Larang Ketika Mengandung #6 Minuman Ekspresso
Pengambilan ekspresso dihadkan kepada 1 cawan sehari. 200mg pengambilan kafein sehari tidak akan meningkatkan risiko gugur dan kelahiran pramatang. Namun, pengambilan ekspresso boleh menyebabkan keresahan dan stress.
Dengan lambakan kerja dan aktiviti wanita masa kini, pasti ada yang memerlukan kopi ekpresso untuk memulakan hari. Nampaknya anda terpaksa berkorban untuk tidak minum ekpresso dengan berlebihan sepanjang 9 bulan ini ya?
Pantang Larang Ketika Mengandung #7 Kelas Boot Camp
Trend kelas seperti zumba dan boot camp sepatutnya tidak diambil oleh wanita hamil.
Aktiviti seperti ini tidak sesuai bagi anda kerana ia melibatkan pergerakan dan kordinasi di mana kedua-duanya boleh memberi kesan kepada kehamilan.
Pantang Larang Ketika Mengandung #8 Membersihkan Litter Box Kucing
Tempat pembuangan air kucing mengandungi Toxoplasmosis yang menyebabkan kerosakan pada bayi.
Toxoplasmosis adalah jangkitan parasit yang dibawa oleh kucing. Jadi jika anda mempunyai kucing, jauhi dari litter box atau minta orang lain yang bersihkan!
Pantang Larang Ketika Mengandung #9 Makan Untuk 2 Orang
Orang dulu menyarankan ibu makan untuk 2 orang, bermaksud anda dan bayi anda. Hakikatnya, badan ibu hanya memerlukan hanya tambahan sebanyak 200 kalori dari biasa semasa mengandung. Jadi, jangan percaya dengan mitos “makan untuk dua orang” itu ya!
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.