6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

lead image

Pastinya ibu-ibu akan mengalami rasa payudara sakit ketika menyusu. Tapi ia boleh dielak jika ibu tahu dari awal kenapa payudara sakit ini terjadi. Ini antara 6 sebabnya.

6 sebab mengapa payudara sakit ketika menyusu

Bermula dengan sakit semasa mengandung yang membawa banyak perubahan pada tubuh badan, disusuli dengan sakit bersalin, tidak kira secara normal atau pembedahan. Kemudian, bermula sakit lain pula…. payudara sakit ketika menyusu.

Lihatlah betapa banyaknya pengorbanan seorang ibu.

Pasti mereka yang pernah melalui kesakitkan ini tahu bagaimana mencabarnya rasa payudara sakit ketika menyusu.

Namun ia boleh dielak dan dirawat jika ibu-ibu mengetahui mengapa ia terjadi. Kali ini kami kongsikan 6 sebab mengapa payudara anda sakit ketika menyusu.

1. Payudara sakit kerana bengkak susu dan penuh 

 

payudara sakit

Mengurut boleh mengurangkan bengkak susu

Payudara kita akan mengeluarkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi ia secara automatik akan penuh secara semulajadi mengikut jadual menyusu bayi anda.

Untuk mengelakkan ia menjadi bengkak, anda harus mengosongkannya, sama ada dengan mengepam atau mengurut atau menyusukan anak.

Sekiranya anda gagal mengosongkan payudara, ia akan menjadi terlalu penuh dan bengkak. Tapi, di awal kelahiran, bayi belum pandai menyusu dengan betul.

Ini juga boleh menyebabkan payudara anda bengkak. Beberapa sebab mengapa bayi tidak dapat menyusu dengan baik adalah kerana:

  • bayi pra matang tidak cukup kuat untuk menghisap susu
  • bayi ada masalah tounge tie
  • saluran susu tersumbat

2. Payudara sakit kerana jangkitan atau Mastitis

Saluran tersumbat yang tidak dirawat dengan baik bukan saja menyebabkan payudara menjadi bengkak dan sakit, tapi ia juga meningkatkan risiko jangkitan payudara.

Jangkitan payudara bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jangkitan payudara atau Mastitis menyebabkan keradangan. Kesan sampingan lain termasuklah demam.

Anda harus segera berjumpa doktor jika payudara anda terlalu bengkak dan sakit, selalunya anda akan diberikan antibiotik.

3. Puting luka kerana posisi menyusu salah

 

payudara sakit

Posisi penyusuan yang salah boleh menyebabkan sakit

Satu lagi yang sering terjadi kepada ibu menyusu ialah puting luka. Puting luka sama ada melecet atau terbelah.

Luka pada puting amat menyakitkan lebih-lebih lagi jika bayi anda kerap menyusu.

Salah satu punca utama mengapa puting melecet atau luka ialah kerana posisi penyusuan yang salah. Sebab itulah posisi penyusuan yang betul amat penting. 

Antara tip yang biasa dikongsikan para ibu untuk puting luka ialah:

  • menyapu susu ibu dan biarkan ia kering
  • sapu air liur bayi dan biarkan ia kering
  • sapu balm seperti cocoa butter 
  • dapatkan rawatan dari klinik sekiranya semakin serius seperti iritasi.

4. Payudara sakit ketika menyusu kerana Vasospasm

Ini adalah keadaan yang jarang terjadi tapi masih boleh berlaku. Vasospasm ialah puting menjadi sangat sensitif terhadap udara sejuk.

Puting akan berubah warna kepada putih selepas sesi menyusu malah menjadi kebiruan atau ungu.

Ia sangat menyakitkan. Apa yang boleh anda lakukan ialah menggunakan pad panas untuk memastikan payudara anda hangat sebelum dan selepas sesi menyusu.

5. Payudara sakit kerana jangkitan kulat susu

6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

Oral Thrush atau kulat susu yang boleh berjangkit pada payudara

Lidah atau mulut bayi, sentiasa berbekas dengan susu. Disebabkan ini, mereka mudah dijangkti kulat. Ini juga lebih dikenali sebagai kulat susu atau Oral Thrush.

Kulat ini boleh berjangkit pada puting ibu semasa mereka menyusu. Jangkitan kulat susu sangat menyakitkan dan jika menjadi serius, ia boleh menyebabkan puting luka.

Antara kesan terkena kulat ialah:

  • puting terasa hangat dan pedih
  • kulit pada puting terdapat satu lapisan kulat
  • luka

Untuk mengelakkan terjadinya kulat, anda  harus kerap membersihkan mulut dan lidah bayi. Dan juga puting anda,. Sekiranya terkena kulat pada puting, dapatkan nasihat doktor.

6. Payudara sakit kerana digigit

Perkara yang paling digeruni ibu menyusu. Bayi tumbuh gigi memang nampak sangat comel. Tapi sekiranya terkena gigitan mereka, ia sungguh menyakitkan.

Sedangkan digigit dengan gusi pun sudah cukup menyakitkan, inikan pula dengan gigi. Apa yang anda boleh lakukan sekiranya ini terjadi ialah:

  • memicit hidung mereka seketika
  • memasukkan jadi kelingking anda untuk menggantikan puting payudara anda 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner