Waspada Suspek Pedofilia Aktif Di Facebook, Sasarkan Para Ibu Yang Perlu Bantuan Duit!

Pedofilia sering dilaporkan berlaku di Malaysia. Baru-baru ini pengguna Facebook berkongsi pengalaman hampir 'terjerat' dengan perangkap suspek di Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenayah pedofilia biasanya terjadi dengan cara yang cukup ‘halus’ sehingga ramai ibu ayah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah diperangkap. Hal ini kerana adalah agak sukar untuk mengenal pasti penjenayah kerana ada dalam kalangan mereka terdiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Jika dahulu kita akan berasa gembira apabila ada yang berbuat baik dengan anak kecil. Namun pada zaman kini ibu ayah dinasihatkan lebih berhati-hati, tidak terlalu mempercayai sesiapa dan membiarkan mereka bermain sendirian dengan golongan pedo ini.

Suspek pedofilia guna pelbagai cara untuk memenuhi ‘kepuasan’ mereka

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Aliff Irfan Shahmimie, dia memuat naik beberapa tangkap layar perbualan dengan suspek Pedofilia yang menggunakan gambar seorang wanita.

PERHATIAN!

Tengok dekat komen group mana entah, dia ada buat program untuk kanak-kanak dan menjanjikan bayaran tertentu kepada sesiapa yang berkongsi gambar anak.

Bila kita mesej dia, ini yang dia balas. Gila seks ke apa orang ini. Seram, hati-hati semua. Sebab sebelum block dia tadi tengok dia masih lagi membalas komen dekat group yang ibu-ibu perlukan bantuan kewangan.

Masa dia balas kajian kulit anak bawa 9 tahun perempuan dan doktor ingin buat pemeriksaan melalui gambar, saya dah mula tidak sedap hati. Tapi tetap balas lagi sebab nak tengok macam mana respon dia. Macam tu sekali. Adoi! ngeri. Terus block sebab takut.

Pedofilia mensasarkan para ibu yang memerlukan bantuan kewangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak hanya dia sahaja yang hampir terkena perangkap penjenayah seksual kanak-kanak ini, malah ada seorang lagi pengguna Facebook lain berkongsikan perkara yang sama.

Nur Airin Atiqa berkongsi melalui kumpulan Facebook Bantuan Bendera Putih PKP, meminta ibu ayah berwaspada sekiranya ada yang ingin berikan bantuan, namun kena sertai program scan kulit anak perempuan.

Assalam semua, saya nak bagitahu kawan-kawan yang ada anak kecil. Please kalau ada orang ini add korang dan dm cakap nak beri bantuan tapi kena join program scan kulit anak perempuan, tolong JANGAN PERCAYA.

Sebab saya sudah terkena. Dan korang boleh baca kitorang punya chat di bawah. Salah saya juga sebab mulanya percaya. Saya amat perlukan bantuan buat masa sekarang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar budak yang saya share tu saya dah tutup bahagian kemaluan. Saya rasa orang ni chat saya sebab nampak posting saya dekat sini. So please kawan-kawan yang ada anak perempuan kecil tolong jangan percaya perempuan ini. Dia dah pun BLOCK SAYA…

Fakta mengenai jenayah Pedofilia di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard mengatakan bahawa pedofilia adalah orientasi seksual di mana seseorang itu memiliki nafsu seksual terhadap kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Sering kali masalah ini berpunca daripada lelaki dewasa yang tertarik denga kanak-kanak lelaki atau perempuan secara seksual. Meskipun tidak melibatkan perbuatan menyentuh anak kecil, hanya dengan keinginan seksual ini sudah cukup untuk melabelkan mereka sebagai pedofilia.

Terdapat banyak kes culik dan kanak-kanak dirogol di Malaysia. Walau bagaimanapun ramai yang masih tidak menyedari bahawa kes ini berkait rapat dengan jenayah pedofilia.

Polis Bukit Aman merekodkan sebanyak 2,436 kes jenayah fizikal dan bukan fizikal dilakukan golongan ini terhadap kanak-kanak sejak 3 tahun lalu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Lebih membimbangkan apabila kes jenayah seksual ini menunjukkan peningkatan mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan 1,065 kes sepanjang tahun lalu.

”Berdasarkan statistik, kes gangguan seksual fizikal (amang seksual fizikal) pada kanak-kanak sepanjang tahun lalu (2020) sebanyak 993 kes iaitu meningkat berbanding 732 kes pada 2019 dan 591 kes (2018).” jelas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia UKM, Dr Rusyda Helma Mohd menegaskan agar ibu ayah mengajar anak-anak mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat supaya mereka tidak menjadi mangsa pedofilia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gila! Lelaki Pedofilia Ambil Kesempatan RABA Kemaluan Budak Perempuan Di Surau