Kenali Apa Itu Pedofilia, Ciri Ciri Pedo Dan 10 Tips Elak Anak Jadi Mangsa Pedo

Pedofilia adalah penyakit gangguan mental yang telah merosakkan kehidupan ramai kanak-kanak. Oleh itu, anda perlu ambil tahu apa itu pedo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes pedofilia yang semakin meningkat sekarang amat meruncingkan apatah lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memulakan persekolahan atau yang telah mula bersekolah. Perkongsian kali ini adalah mengenai pedofilia agar anda lebih memahami gangguan mental ini.

Apa maksud pedofilia?

Pedofilia merujuk kepada tarikan seksual yang berterusan terhadap kanak-kanak yang belum mencapai tahap akil baligh. Pedofilia bermaksud fantasi seksual yang berulang, dorongan seksual atau tingkah laku yang lemibatkan aktiviti seksual dengan kanak-kanak yang belum mencapai tahap akil baligh.

Biasanya, anak yang berumur 13 tahun ke bawah menjadi mangsa kepada pedofilia. Kerap kali, pedofilia adalah lelaki dan mereka boleh tertarik kepada salah satu jantina atau kedua-duanya sekali.

Selalunya, individu yang mengalami gangguan pedofilia boleh didiagnos sekiranya mereka bersedia untuk mendedahkan mereka menghidap penyakit ini. Namun ada juga individu yang menafikan tarikan terhadap kanak-kanak tetapi mempunyai ciri-ciri  pedofilia.

Apa punca pedofilia?

Punca pedofilia masih tidak dapat disahkan secara saintifik.

Namun begitu, beberapa kajian mendapati pedofilia mungkin berlaku dalam keluarga, walaupun tidak jelas sama ada ini berasal daripada genetik atau tingkah laku yang dipelajari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah penderaan seksual semasa kanak-kanak berpotensi untuk menjadi menghadapi pedofilia tetapi ia juga belum terbukti.

Berdasarkan satu pembelajaran tingkah laku, seorang kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa atau pernah menonton perlakuan seksual juga mungkin akan meniru tindakan tersebut.

Individu-individu ini, yang kekurangan hubungan sosial dan seksual normal, mungkin mencari kepuasan melalui cara yang kurang diterima secara sosial.

Ciri Ciri Pedofilia

1. Introvert

Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa ialah bahawa kadang-kadang pelaku pedofilia adalah dari kalangan yang rapat dengan keluarga. Pada pandangan pertama, pelaku mungkin tidak menunjukkan minat seksual terhadap kanak-kanak.

Mereka cenderung untuk menjauhkan diri daripada orang dewasa dan mengelakkan interaksi sosial. Namun, semasa bermain atau berbual dengan kanak-kanak, pelaku akan bersemangat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Obsesif

Pelaku akan menunjukkan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak yang mereka mahukan. Pelaku akan terus memerhatikan dan mendekati mangsa dengan memberikan makanan atau benda yang disukainya sehingga mangsa tertarik untuk berinteraksi dengan si pelaku. Namun, jika kaedah ini tidak berhasul, mereka tidak akan teragak-agak untuk berkasar.

3. Bijak Berpura-Pura

Ini antara ciri-ciri yang ibu bapa perlu berwaspada. Pelaku pedofilia akan berpura-pura menjadi individu yang baik agar kanak-kanak lebih mudah tertarik untuk berkomunikasi dengan mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati jika ada orang dewasa yang hanya kelihatan baik apabila bersama kanak-kanak, termasuklah orang terdekat.

4. Bersifat Agresif

Setelah pelaku berjaya mendapatkan kanak-kanak yang mereka mahukan, pelaku akan cenderung untuk bersifat agresif. Mereka mempunyai emosi yang tidak stabil dan ini boleh berakhir dengan penyeksaan terhadap kanak-kanak tersebut. Disebabkan emosi yang tidak stabil, mereka cenderung menunjukkan sikap yang berubah-ubah.

5. Menyasarkan Mana-Mana Kanak-Kanak

Jika kanak-kanak yang mereka mahukan tidak ada, mereka akan menyasarkan mana-mana anak kecil lain tidak kira lelaki ataupun perempuan. Oleh itu, ibu bapa kena pastikan anak anda sentiasa berada di bawah pengawasan apabila bermain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Elak Anak Jadi Mangsa Pedo

1. Mengenali Tubuh Badan

Ajarkan anak untuk mengenali tubuh badan mereka dengan nama sebenar bagi setiap bahagian tubuh, bukan nama yang terlalu umum seperti “bawah”, “atas”, “depan”, atau “belakang”. Khususnya, ajar mereka tentang bahagian tubuh yang sangat peribadi seperti alat kelamin. Ingatkan mereka untuk tidak mendedahkan tubuh mereka kepada sesiapa kecuali ibu bapa.

2. Larangan Merakam Imej Tubuh

Beritahu anak bahawa tidak ada siapa pun yang boleh melihat atau merakam imej tubuh mereka. Ini penting kerana pemangsa pedofilia boleh berada di mana-mana dan gambar anak anda berisiko tersebar di kalangan mereka.

3. Sempadan Sentuhan

Ajar anak untuk menetapkan sempadan sentuhan kulit ke kulit. Mereka perlu tahu bahawa tiada siapa pun yang boleh menyentuh, memegang, atau meramas tubuh mereka tanpa kebenaran.

4. Tidak Berahsia

Katakan kepada anak bahawa mereka tidak boleh merahsiakan apa-apa daripada ibu bapa. Pemangsa pedofilia sering memujuk, memaksa, atau mengugut mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perlakuan mereka. Oleh itu, penting untuk anak tahu mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa mereka.

5. Lari dari Situasi Kecemasan

Ajar anak untuk berkata “tidak” atau “jangan” dan menolak sebarang ajakan atau pelawaan individu yang tidak dikenali. Jika keadaan mendesak, ajar anak untuk menjerit sekuat hati dan cuba melarikan diri. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memasukkan anak ke kelas mempertahankan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Pedofilia

1. Elakkan Memuat Naik Gambar Tidak Sopan

Jangan memuat naik gambar anak yang tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan, baik anak lelaki mahupun perempuan.

2. Jangan Berkongsi Lokasi

Jangan berkongsi lokasi sekolah atau tempat keberadaan anak anda di laman sosial.

3. Pakaian yang Sopan

Pakaikan anak dengan pakaian yang tidak terlalu menonjol dan sopan.

4. Perhatikan Reaksi Anak

Perhatikan jika anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang individu tertentu.

5. Pengawasan Dewasa

Jangan biarkan anak yang berumur 13 tahun ke bawah berseorangan tanpa pengawasan individu dewasa yang dipercayai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Elakkan Duduk di Riba

Jangan biasakan anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, terutama sekali seorang lelaki.

Dengan langkah-langkah ini, ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka daripada bahaya pedofilia. Penting untuk sentiasa berkomunikasi dengan anak dan memastikan mereka merasa selamat untuk berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa mereka.

Rawatan untuk pedofilia

Kini, kemajuan dalam bidang perubatan, beberapa jenis ubat-ubatan, serta psikoterapi boleh digunakan untuk merawat kesan pedofilia.

Ubat-ubatan bertujuan untuk mengurangkan nafsu seks. Walau bagaimanapun, bukan semua jenis ubat-ubatan boleh menyasarkan gangguan fantasi seks.

Menurut penyelidik, rawatan tingkah laku kognitif boleh sangat berkesan dalam membantu individu yang mempunyai masalah pedofilia. Rawatan tersebut boleh merangkumi pelbagai kaedah seperti:

1. Sistem pengawasan – bantuan keluarga dalam memantau tingkah laku pesakit.

2. Penyelenggaraan sepanjang hayat dan latihan ketegasan – melibatkan pengurusan masa yang teratur dan latihan kemahiran sosial.

3. Pengkondisian aversif/empati kepada mangsa – prosedur yang melibatkan pendedahan kepada kesan fizikal dan mental yang teruk yang ditanggung mangsa selepas dicabul dan konfrontasi gangguan kognitif.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Utamakan Keselamatan Di Jalan, Kanak-Kanak Pakai Helmet Ketika Main Basikal Buat Ramai Terhibur

Baca juga: Pihak Taska Salah Cara Angkat Anak, Ibu Terkilan Tangan Anak Lembik & Tulang Terkeluar Dari Sendi

Baca juga: Awasi Keselamatan Anak-Anak Di Musim Perayaan: Ketahui Cara Membezakan Jatuh Biasa dan Patah Tulang serta Cara Merawatnya

Penulis

Anis