Pelancong Malaysia melancong ke Jepun dan buat “taik”
Malu… itulah perasaan yang timbul setelah berita ini tersebar.
Dek kerana terlalu mengikut kehendak darah muda, 3 lelaki ini membuat onar di homestay yang mereka duduki di Osaka.
Namun, setiap perbuatan pasti ada akibatnya, dan kali ini, nama Malaysia mendapat tempias apabila homestay popular tersebut bertindak melarang pelancong Malaysia daripada menginap di sana.
Minggu lalu, viral di media sosial rakaman CCTV 3 pemuda Malaysia mengugut seorang staf homestay tersebut hingga menumbuk dinding.
Menurut pemilik homestay tersebut, mereka bukan sahaja merosakkan dinding malah juga perabot!
Selain telah membuat kerosakan di ruang rehat rumah tumpangan itu, mereka juga telah membuang air besar di tempat mandi.
Kerosakan dan acah samseng yang dibuat di Jepun!
Menurut pemilik homestay tersebut, anggaran kerosakan yang telah dilakukan oleh 3 pemuda tersebut iaitu Ramadhan Sinclair, Hidayat Kamal dan Ahmad Faris bernilai RM5,1104 atau 130,000 Yen.
Mesej bersama yang disampaikan semasa pihak homestay menyatakan yang pelancong Malaysia tidak lagi di alu-alukan di sana ialah –
“bilik mandi adalah tempat membersihkan badan, bukan untuk membuang najis”.
Aduh!
Menurut pemilik homestay itu lagi, ini adalah kejadian yang ketiga pelancong Malaysia membuat perkara yang tidak diingini.
Beliau juga berpesan agar warga Malaysia lebih bersopan kerana membawa imej negara mereka.
Menurut beliau lagi, mereka sudahpun melarang orang Korea dan China dari menginap di sana dan kini Malaysia juga termasuk di dalam senarai tersebut.
Homestay mereka terkenal di kalangan pelancong Malaysia kerana kadarnya yang mampu milik serta makanan halal yang disediakan.
Mereka memberikan penjelasan tentang hal di Jepun
Untuk membela namanya, Ramadhan telah memuat naik video penjelasan tentang tindakannya di Jepun dan memohon maaf.
Dia juga telah membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan kecaman netizen di media sosial dan bimbang dengan keselamatan dirinya.
Namun bak kata pepatah, ayam terlepas, tangan berbau tahi.
Perbuatan buruk yang tidak mendatangkan hasil malah malu semata-mata.
Sebab itulah kita sering kali dinasihatkan untuk berfikir dahulu sebelum bertindak.
Apabila terjadi perkara sebegini lebih-lebih lagi seorang remaja yang baru berusia 17 tahun, nama ibu bapa juga yang akan terpalit sama.
Cara didikan akan persoalkan. Sedih bukan?
Peranan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak
Sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mendidik anak sedari kecil tentang disiplin diri.
Tanamkan dalam diri mereka berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. Berikut adalah perkongsian tentang bagaimana mendisiplinkan dan memupuk nilai murni di dalam diri anak-anak.
Anda boleh baca pelbagai artikel tentang disiplin diri seperti yang saya sertakan di bawah.
Semoga berita ini memberi kesedaran pada semua ibu bapa di luar sana!
Artikel yang berkaitan dan WAJIB dibaca oleh anda:
1 – Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak
2 – Berhenti Melihat Sahaja Anak-Anak Membuat Kacau – Disiplinkan Mereka!
3 – 8 Cara Disiplin Yang Salah
4 – Cara Bijak Untuk Mendisiplinkan Anak Anda Pada Setiap Usia
5 – Cara Mendisiplinkan Kanak-kanak Hingga Remaja Tanpa Impak Yang Negatif
Sumber: NST
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia