8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

Kadangkala, feminine wash yang salah boleh membuatkan masalah kegatalan jadi lebih teruk. Cuba di antara 8 pencuci wanita terbaik ini.

Penggunaan feminine wash digunakan di sekitar bahagian luar bahagian intim bertujuan memberikan keselesaan dan kesegaran berterusan. Ada beberapa pencuci wanita terbaik di pasaran Malaysia yang memberikan ‘feel’ ini disamping beberapa kebaikan lain, malah produk-produk ini juga mudah didapati di kedai dan atas talian.

Bagi wanita, kulit bahagian vulva lebih rapuh berbanding bahagian badan yang lain. Oleh itu, ia mempunyai risiko lebih tinggi terkena alahan dan kerengsaan. Sekiranya ada yang lebih teruk daripada keputihan yang tidak normal dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan, itu boleh menyebabkan faraj gatal!

Kenali Vulva dan Vagina

Adalah penting untuk kita sebagai wanita tahu bahawa vulva dan vagina adalah dua bahagian intim yang berbeza, sekaligus ia memerlukan penjagaan yang berbeza. 

1. Vulva

Vulva merupakan sebahagian dari kemaluan wanita yang mana terletak di bahagian luar tubuh, merangkumi labia, klitoris, pembukaan vaginal dan pembukaan kepada urethra (lubang di mana urin keluar). 

2. Vagina

Sementara vagina adalah hanya satu bahagian dari vulva, yang mana vagina merupakan saluran yang menghubungkan servik kepada uterus, atau kata nama lain liang faraj. Ia adalah laluan di mana bayi dan darah haid keluar dari tubuh wanita. 

Sering kali kita dengar yang mana wanita menggunakan perkataan ‘vagina’ apabila sebenarnya mereka memaksudkan adalah vulva. Seperti mana yang kita tahu bahawa pakar penyakit puan melarang penggunaan pencuci intim di bahagian vagina, dan ia adalah benar.

Ini kerana apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah melarang penggunaan pencuci bahagian intim memasuki liang faraj wanita iaitu vagina kerana vagina atau liang faraj tidak memerlukan produk pencuci dan ia merupakan satu organ tubuh yang mempunyai sifat ‘self-cleaning’, sebaliknya vulva memerlukannya.

Menurut Dr. Kimberly Langdon, OB-GYN, penasihat medikal di Medzino, sebuah syarikat kesihatan secara digital di California, Amerika Syarikat mengatakan vagina yang sihat mempunyai ekologi bakteria yang efektif yang membantunya mengekalkan tahap pH yang tepat.

Ia adalah di antara pH 3.5 ke 4.5, yang mana sedikit asidik. Pada tahap pH ini, vagina wanita boleh mencegah bakteria ‘jahat’ daripada membiak.

Mencuci di bahagian dalam vagina atau menyembur air ke dalam liang faraj boleh mengganggu keseimbangan semula jadi ini, yang mana boleh menyebabkan iritasi, vaginosis bakteria, atau jangkitan yis.  

Malah, pakar juga mengatakan yang menyembur air ke dalam vagina meningkatkan risiko untuk menolak masuk STIs ke atas terus ke tiub fallopio dan boleh menyebabkan penyakit radang selvik (PID) yang boleh mengakibatkan kemandulan.

Jadi, adakah vulva memerlukan cucian? Ya! Mencuci vulva sememangnya perlu menjadi rutin cucian harian anda sebagai wanita. 

Memilih Feminine Wash Terbaik Di Pasaran

Bagi mendapatkan pencuci wanita terbaik, sebaik-baiknya cari yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. pH yang seimbang PH faraj wanita berasid antara 3.8-4.5 pada skala pH. JANGAN sekali-kali menggunakan sabun kerana paras pH sabun sekurang-kurangnya 8 atau lebih!
  2. Bahan semulajadi Pilih cucian feminin yang baik yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau berasaskan tumbuhan. Semak label di botol dan membaca kandungan dengan teliti. 
  3. Elakkan bahan kimia atau sintetik
  4. Tidak mengandungi wangian Feminin wash yang terbaik tidak akan mengandungi wangian, kerana wangian sering boleh menyebabkan kerengsaan “di bawah sana"!
  5. Akhir sekali, elakkan pencuci vagina yang mengandungi gliserin.  Gliserin seringkali ditambahkan ke dalam pencuci vagina untuk bertindak sebagai agen pelembap,  tetapi ia adalah bahan berasaskan gula yang dapat menimbulkan masalah yis.

8 Pencuci Wanita Terbaik Di Pasaran

Berikut adalah senarai 8 pencuci wanita terbaik di Malaysia yang tidak akan mengganggu anda dan juga menjadikan kawasan ‘V’ anda berbau segar.

8 Pencuci Wanita Terbaik Di Pasaran
Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash
Terbaik Dalam Mencuci Dan Mencerah
Beli di Shopee
Lactacyd Feminine Hygiene White Intimate
Terbaik Dalam Mengekal Tahap pH
Beli di Shopee
Betadine Daily Use Feminine Wash
Terbaik Dengan Formula Tri-Care Untuk Masalah Gatal
Beli di Shopee
Sebamed Feminine Wash pH 3.8
Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Beli di Shopee
Agnesia Feminine Wash Natural
Terbaik Dengan Ramuan Herba
Beli di Shopee
HH Feminine Intimate Fresh Cleansing Soothing Spray
Terbaik Jenis Spray
Beli di Shopee
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Terbaik Dengan Herba Tradisional
Beli di Shopee
Sumber Ayu Feminine Hygiene Wash - Whitening
Terbaik Mencerah & Melindungi Vulva
Beli di Shopee

Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash

Pencuci Wanita Terbaik Dalam Mencuci Dan Mencerah

Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash membersihkan miss v sambil memberikan kesegaran sepanjang hari. Produk feminine wash ini bersifat organik yang juga membantu mencerahkan kulit di sekitar celahan dan kaya mineral serta antioksidan yang sememangnya bagus untuk penjagaan bahagian intim!

Bukan itu sahaja, Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash selamat digunakan untuk semua jenis kulit kerana bebas dari SLES, paraben, pewarna sintetik dan tidak diuji ke atas haiwan.

Menariknya, jenama pencuci wanita Good Virtues Co Feminine Wash ini mempunyai 3 lagi produk feminine wash lain iaitu Firming Feminine Hygiene Wash, Refreshing Feminine Hygiene Wash & Soothing Feminine Hygiene Wash.

Apa yang kami suka?

  • 100% organik
  • Bebas paraben
  • Tanpa pewarna sintetik
  • Disahkan halal
  • pH seimbang
  • Bebas alkohol
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak diuji pada haiwan

Lactacyd Feminine Hygiene White Intimate

Pencuci Wanita Terbaik Dalam Mengekal Tahap pH

The Lactacyd Feminine Wash merupakan produk pembersih bahagian intim pencerahan kulit yang membuatkan peluh dan bakteria yang menggelapkan kulit dapat dijauhkan dengan berkesan!

Kandungan yang terdapat di dalam pencuci wanita lactacyd seperti ekstrak susu semula jadi dan asid laktik dalam cuci vagina dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH di bahagian intim. 

Ibu yang sedang hamil juga selamat menggunakan pencuci wanita lactacyd kerana ia diperbuat 100% dari bahan semulajadi, bebas paraben, bebas alkohol. Yang paling penting, pencuci wanita lactacyd disahkan halal. 

Apa yang kami suka?

  • Dermatologi diluluskan
  • Kulit lebih cerah dengan penggunaan biasa
  • 100% semula jadi
  • Bebas paraben
  • Bebas alkohol
  • Disahkan halal
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Betadine Daily Use Feminine Wash

Pencuci Wanita Terbaik Dengan Formula Tri-Care Untuk Masalah Gatal

Betadine Daily Use Feminine Wash dapat membantu mencegah ketidakselesaan di bahagian intim dengan menyeimbangkan tahap pH. Buat wanita yang ada masalah gatal, bolehlah mencuba sabun miss v ini yang menggunakan formula Tri-Care bagi mengatasi masalah tersebut dengan semulajadi.

Apa yang kami suka?

  • Formula lembut dan semula jadi
  • Mengurangkan kemerahan
  • Bebas dari paraben & pewarna
  • Mengandungi antioksidan
  • Menghilangkan bakteria & kulat
  • Melindungi dari bau dan melekit

Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8

Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Bagi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif, Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 adalah pilihan yang bagus kerana ia bukan hanya membantu mengimbangi flora dalaman, tetapi juga melindungi dari agen berjangkit. Produk Sebamed Feminine Wash mempunyai sifat antibakteria yang menghalang kulit dari masalah kegatalan.

Cara penggunaannya mudah sahaja, jadikan buih lembut di tapak tangan anda dengan beberapa titis sebamed feminine wash, kemudian bersihkan kawasan kemaluan dan bilas dengan air bersih.

Apa yang kami suka?

  • Diperakui oleh pakar
  • Semula jadi
  • Menenangkan
  • Mempunyai sifat antibakteria
  • Melindungi keseimbangan kelembapan
  • Lembut

Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash

Pencuci Wanita Terbaik Dengan Ramuan Herba

 

Jenama Agnesia mungkin lebih popular di Malaysia sebagai talkum, namun Agnesia Feminine Wash Natural diformulasikan dengan ramuan herba seperti kacip Fatimah, manjakani dan prebiotik.

Sabun miss V ini dapat melembapkan dan memutihkan kawasan intim dan membantu menjaga keseimbangan vagina serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Apa yang kami suka?

  • Diluluskan pakar dermatologi
  • Menyeimbangkan pH
  • Bebas paraben
  • Bebas gliserin
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

HH Feminine Intimate Fresh Cleansing Soothing Spray

Pencuci Wanita Terbaik Jenis Spray

Produk ini lebih mudah digunakan kerana menggunakan kaedah spray, jadi memang pilihan yang terbaik sekiranya dibawa travel. Setiap semburan pencuci wanita ini mempunyai aroma yang menyenangkan dengan campuran minyak pati. Masalah gatal-gatal, radang dan bau haid dapat dielakkan dengan segera!

Apa yang kami suka?

  • Menyeimbangkan pH
  • Ekstrak botani organik
  • Bebas paraben
  • Bebas gliserin
  • Hypoallergenic
  • Tidak beracun
  • Pelbagai jenis pilihan: Citrus Cool, White Lychee, Black Currant, Woody and Fresh Floral

Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash

Pencuci Wanita Terbaik Dengan Herba Tradisional

Terdapat lagi satu produk pencuci wanita dari Cosmoderm iaitu Manjakani. Cosmoderm feminine wash ini berasaskan bahan organik iaitu herba tradisional seperti Manjakani, Aloe Vera, Kacip Fatimah dan Sireh yang dipercayai sejak turun temurun. Dengan gabungan pelbagai herba tradisional, ia membantu mengembalikan keasidan miss V, mencerahkan kulit dan membatu meredakan iritasi pada kulit.

Teksturnya yang berwarna yellowish dan sedikit likat, tetapi tidak terlalu cair menjadikan ia mudah digunakan. Pencuci wanita sireh ini juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin, selamat digunakan semasa berpantang.

Tidak hairanlah jika rata-rata pengguna wanita sukakannya kerana ia berbau haruman lembut dan eksotik yang menenangkan.

Apa yang kami suka?

  • Diformulasi dengan 99% Manjakani dan herba tradisional lain seperti Aloe Vera, Kacip Fatimah dan Sireh
  • Tesktur likat dan sedikit berbuih
  • Seimbangkan kadar pH untuk melindungi vulva
  • Membantu meredakan iritasi kulit
  • Haruman segar sepanjang hari
  • Tiada paraben, SLS & SLES
  • Sesuai untuk semua wanita, tidak kira usia

Sumber Ayu Feminine Hygiene Wash – Whitening

Terbaik Mencerah & Melindungi Vulva

Pencuci wanita dari Sumber Ayu diformulasi dengan ektsrak pemutih semulajadi seperti Kayu Rapet, Manjakani, Susu dan Sengkuang akan membantu memberikan kesegaran dan mencerahkan kawasan vulva yang sedikit gelap, terutama di sekitar pangkal paha. Bukan itu sahaja, kedua-dua gabungan bahan Sumber Ayu ini membantu menguatkan dan mengetatkan kawasan feminin wanita. 

Tidak dinafikan, pencuci wanita sireh ini terbaik dalam mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan dan sesuai untuk digunakan ketika berada dalam pantang untuk memastikan kawasan feminin sentiasa bersih dan kembali segar seperti sedia kala.

Apa yang kami suka?

  • Diformulasi dengan ekstrak pemutih semulajadi seperti Kayu Rapet dan Manjakani, terbaik untuk penjagaan miss V
  • Tidak berbuih dan lembut pada kulit
  • Tidak merengsakan kulit sensitif
  • Membersih dan menyegarkan kawasan V tanpa menghapuskan bakteria baik
  • Melindungi dari terkena jangkitan kuman berbahaya
  • Harganya yang berpatutan dan berbaloi
  • Sesuai untuk semua peringkat umur kaum wanita

Perbandingan Harga Feminine Wash Terbaik

Jenama Isipadu kandungan Harga Pasaran (RM) Harga/ml (RM)
Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash 150ml 8.91 0.06
Lactacyd Feminine Hygiene White Intimate 250ml 17.37 0.07
Betadine Daily Use Feminine Wash 100ml 17.67 0.17
Sebamed Feminine Intimate Wash 200ml 32.91 0.16
Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash 150ml 9.79 0.06
HH Feminine Intimate Fresh Cleansing Soothing Spray 50ml 56.00 1.12
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash 150ml 8.52 0.05
Sumber Ayu Feminine Hygiene Wash 200ml 12.55 0.06

Sebab Pentingnya Cucian Vulva

 

Ia penting untuk anda mencuci vulva demi menjamin kebersihan bahagian intim sekaligus mengelakkan sebarang jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan masalah iritasi dan jangkitan yis.

Vulva merangkumi klitoris, labia, pembukaan vaginal dan pembukaan urethra (saluran kencing), yang mana memerlukan cucian setiap kali selepas membuang air kecil, setelah melakukan hubungan seks, ketika mandi serta terutama sekali sewaktu haid.

Mencuci vulva dengan pencuci wanita terbaik juga dapat memberikan keselesaan dan kesegaran buat wanita, apatah lagi apabila mengalami masalah keputihan

Tips Mencuci Vulva Dengan Selamat Menggunakan Feminine Wash Terbaik

  1. Cuci menggunakan air suam, tidak terlalu panas, dan tidak juga terlalu dingin.
  2. Gunakan produk yang paling mild.
  3. Elakkan produk yang mengandungi bahan seperti pewangi kerana ia boleh menyebabkan bahagian intim kekeringan dan mengubah tahap pH vagina
  4. Pilih produk yang diuji secara dermatologi, hypoallergenic, dan bebas pewangi. 

Sebelum kita beralih kepada senarai produk feminine wash terbaik di Malaysia, seeloknya anda tahu akan cara bagaimana untuk memilih produk pembersih bahagian intim wanita yang terbaik demi menjaga kesihatan dan kebersihan vulva dengan sempurna. 

Tips Penjagaan Vagina Sihat Dan Bersih Dari Pakar Sakit Puan

1. Jalani pemeriksaan tubuh secara menyeluruh

Makan sihat, kawal berat tubuh dan bersenam. Tidak hanya ia baik untuk seluruh tubuh anda, malah ia juga baik untuk organ seksual. Sebaliknya, kondisi kronik boleh meletakkan wanita di dalam risiko.

Sebagai contoh, pengendalian diabetes yang teruk boleh meningkatkan kebarangkalian wanita akan dijangkiti jangkitan yis dan jangkitan pada saluran kencing (UTIs).

2. Lakukan saringan 

Kekal up-to-date dengan pemeriksaan kesihatan, dan lakukan temujanji bersama pakar penyakit puan untuk rutin penjagaan. Ingat, pemeriksaan berselang untuk pap smear berubah berdasarkan usia dan hasil ujian Pap smear anda.  Buat wanita muda, suntikan HPV adalah penting untuk mengelakkan risiko kanser servik. 

3. Guna kondom

Umum tahu bagi yang beragama Islam, amalan seks sebelum bernikah adalah dilarang sama sekali. Namun hendaklah anda tahu bahawa penting untuk anda melindungi diri daripada penyakit berjangkit yang berpindah menerusi amalan seksual serta kehamilan yang tidak diinginkan. Jadi penggunaan kondom dengan pasangan adalah perkara penting.

4. Air 

Seperti yang telah kami maklumkan di atas bahawa vagina merupakan satu organ yang mempunyai sifat ‘self-cleaning‘, jadi penggunaan bahan kimia yang berat, tisu basah, atau menyembur air ke dalam liang faraj (vagina) boleh mengganggu proses cucian semula jadinya secara normal.

Amalan mencuci vulva atau bahagian luar kemaluan adalah dibenarkan.

Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, perhatikan juga setiap sabun mandi dan shampu rambut yang anda gunakan ketika mandi. Malah, sabun cuci pakaian, pengering pakaian, dan sesetengah gel pelincir faraj juga boleh menyebabkan iritasi. 

5. Gunakan pakaian dalam yang selesa

Pakaian dalam dan fabrik yang selesa turut menyumbang kepada vagina yang sihat. Material kapas adalah pilihan yang terbaik. Ia mempunyai sifat kelembapan untuk membatasi jumlah kelembapan yang dapat mendorong pertumbuhan bakteria.

Menukar pakaian dalam yang basah boleh membantu mengehadkan isu ini juga. Tidak kira jika anda mempunyai pakaian dalam kesukaan anda sendiri, tetapi pastikan ia ditukar setiap hari. 

6. Amalan pengambilan makanan anda juga memberi impak pada vagina 

Pernahkah seorang doktor memberitahu anda yang mana mengambil lebih yogurt atau probiotik ketika mengambil antibiotik? Ini kerana tubuh anda, dan vagina khususnya, memerlukan bakteria baik di dalamnya untuk kekal kihat dan membasmi sebrang jangkitan.

Makanan yang diperam dengan kandungan probiotik yang tinggi, seperti yogurt atau kimchi, boleh membantu mengelakkan jangkitan yis dan memastikan bioma vagina dalam keadaan seimbang. 

7. Tukar tuala wanita lebih kerap

Peraturan amnya adalah tukar tuala wanita setiap 4 ke 8 jam. Ini tidak hanya menjamin kebersihan vagina, malah juga untuk keselesaan anda sewaktu datang bulan. Sebelum buang, pastikan tuala wanita telah dibungkus elok dan dibuang ke tong sanitari. 

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kepada semua gadis dan wanita – Faraj anda tidak sepatutnya bau seperti bunga

Baca juga: Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: 5 Jenis Cecair Yang Selalu Keluar Dari Faraj, Apa Maksudnya Dari Segi Kesihatan Anda?