TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bersenam Secara Konsisten & Urus Stres Dengan Baik, Antara 6 Cara Untuk Elak Darah Tersumbat

4 min bacaan
Bersenam Secara Konsisten & Urus Stres Dengan Baik, Antara 6 Cara Untuk Elak Darah Tersumbat

Jangan dibuat main kalau pembuluh darah tersumbat kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Ini beberapa cara untuk merawatnya.

Penyakit jantung terjadi apabila adanya pembuluh darah tersumbat yang boleh dikurangkan dengan beberapa cara. Namun sebelum itu, anda perlu tahu dulu apakah punca berlakunya pembuluh darah tersumbat ini.

Sistem peredaran darah penting supaya dapat memindahkan darah yang beroksigen ke seluruh badan. Ia sekaligus membantu fungsi di seluruh tubuh anda.

Saat oksigen habis, badan anda mengeluarkan karbon dioksida dari paru-paru. Kemudian anda akan menghirup kembali oksigen dan perjalanan darah kembali normal.

Semasa pembuluh darah berfungsi dengan baik, maka darah yang terhasil dapat mengalir dengan bebas. Namun, jika ada tersumbat, maka pembuluh darah akan menimbulkan masalah terutama bila adanya kolesterol yang menempel pada dinding arteri.

Apabila sistem imun tubuh ada masalah, ia akan menghantar sel darah putih menyerang kolesterol ini sehingga menyebabkan berlakunya keradangan.

Bila ini terjadi, sel akan membentuk pada plak kolesterol lalu tersumbat. Kadang-kadang ia menyebabkan serangan jantung sekaligus menghalang aliran darah di bahagian arteri.

6 Cara Semula Jadi Untuk Hilangkan Pembuluh Darah Tersumbat 

Meskipun tiada penelitian tentang cara menghilangkan pembuluh darah tersumbat, namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan menurunkan berat badan, melakukan senaman atau mengurangkan makanan berkolesterol tinggi. 

Walau bagaimanapun, fokus anda adalah mempertingkatkan kesihatan jantung dengan amalan gaya hidup yang sihat.

#1. Amalkan makanan yang tinggi asid lemak omega 3 

darah tersumbat

Makanan yang mempunyai lemak omega tiga ini dapat meningkatkan kolesterol baik dan menyingkir kolesterol jahat. Jika anda konsumsi secara teratur ia dapat menurunkan risiko arteriosklerosis, hipertensi dan serangan jantung.

Antara makanannya seperti:

  • Ikan sardin, salmon, mackerel, tuna
  • Kacang dan bijian
  • Alpukat
  • Minyak zaitun
  • Kacang soya

#2. Selalu bersenam

Lakukan senaman setiap minggu supaya dapat memiliki peredaran darah yang baik dan sistem pernafasan yang lebih sihat.

#3. Mengamalkan diet seimbang

Dengan mengamalkan diet seimbang dapat membantu mempertahankan berat badan yang sihat sekaligus menjaga kadar kolesterol dalam badan.

Anda juga harus berpada-pada mengambil gula dan garam dalam makanan.

Antara diet seimbang yang dimaksudkan seperti:

  • Makan buah dan sayuran segar
  • Ambil bijian dan kekacang
  • Makan daging segar dan ikan tanpa lemak.

#4. Urus depresi dan stres dengan baik 

kesan pembuluh darah tersumbat

Sekiranya ada terus menerus dalam keadaan stres dan tekanan maka ia dapat menyebabkan masalah pada arteri atau saluran darah.

Ini kerana degupan jantung meningkat dan tekanan darah juga naik sekaligus memberi kesan buruk pada kesihatan.

#5. Hindari makanan berkolesterol tinggi

Ya, tubuh anda memerlukan sejumlah kolesterol bagi melakukan proses tertentu tapi jika diambil terlalu banyak akan menyebabkan ia tertumpu pada arteri hingga menyebabkan sakit jantung.

Maka hindari makanan seperti berikut:

  • Daging merah
  • Mentega , produk susu tinggi lemak
  • Makan proses, makanan segera
  • Makanan berminyak
  • Kuih dan manisan

#6. Kurangkan minuman beralkohol dan merokok

Minuman berlakohol dan rokok boleh merosakkan arteri dan pencetus pada masalah jantung yang serius.

Malah, dengan merokok juga dapat menurunkan kolesterol baik dan meningkatkan peluang untuk terkena hiperkolesterolemia.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Faktor saluran darah tersumbat 

Bersenam Secara Konsisten & Urus Stres Dengan Baik, Antara 6 Cara Untuk Elak Darah Tersumbat

Kredit: Oh Media

#1. Usia

Semakin lanjut usia, maka risiko untuk seseorang mengalami penyempitan pembuluh darah akan terus meningkat.

#2. Jenis kelamin

Lelaki dikatakan memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyempitan di bahagian pembuluh darah berbanding orang perempuan yang mana mengalami risiko ini apabila menopause.

#3. Penyakit keturunan

Jika ada riwayat sakit jantung dalam keluarga, ia juga turut mempengaruhi risiko untuk seseorang mengalami saluran darah tersumbat.

Faktor-faktor lain

– Menghisap rokok atau terdedah dengan asap rokok lebih berisiko tinggi untuk mengalami penyempitan pembuluh darah.

– Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga akan menyebabkan pembuluh darah menjadi tebal dan mengeras hingga sempit untuk aliran darah.

– Kadar kolesterol jahat yang tinggi dapat menyebabkan plak menempel pada dinding pembuluh darah.

– Kurang melakukan aktiviti bersenam dan olahraga. Serta gaya pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi gula, garam dan lemak.

– Stres berpanjangan dan emosi yang tidak menentu

– Obesiti dan tekanan darah tinggi

Justeru sayangi diri anda dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bersenam Secara Konsisten & Urus Stres Dengan Baik, Antara 6 Cara Untuk Elak Darah Tersumbat
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham