Buat Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

Pemeriksaan ibu hamil atau check up kehamilan semasa di awal hingga hujung kehamilan adalah penting bagi memastikan perkembangan bayi normal

Apabila tahu diri sedang mengandung, tentunya soalan pertama yang bermain di fikiran adalah tempat untuk melakukan checkup mengandung sama ada di klinik swasta atau Klinik Kesihatan Kerajaan. Masing-masing ada kelebihan sendiri, semuanya bergantung kepada kesenangan anda.

Disini kami kumpulkan beberapa pandangan para ibu tentang checkup sepanjang tempoh kehamilan ini menerusi aplikasi theAsianparent.

Checkup Mengandung: Kerajaan Atau Swasta?

Sebelum pergi lebih jauh, kami ingin bertanya adakah anda sudah download aplikasi theAsianparent? Ini kerana ada banyak informasi, panduan dan artikel yang anda boleh tahu malah ia jauh lebih mudah buat anda!

Bahkan jika ada banyak soalan dan rasa sangsi tentang perkembangan atau kehamilan, maka anda boleh secara terus bertanyakan soalan kepada para ibu, ayah dan pakar yang berpengalaman tentang hal itu. Mana tahu, sedikit sebanyak anda boleh berkongsi ilmu dengan mereka.

checkup mengandung

Menurut salah seorang pengguna aplikasi theAsianparent yang menggunakan nama Puan Arin, dia memilih hospital swasta untuk pemeriksaan ibu hamil kerana di sana mempunyai doktor pakar.

Malah, ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan rasa lebih selesa dan boleh memilih masa yang sesuai untuk checkup mengandung. Namun, anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk checkup mengandung setiap bulan.

Manakala, ibu bernama Elfinahlis Mabang pula mengatakan dia checkup mengandung di kedua-duanya iaitu scan di klinik swasta manakala check up di klinik kerajaan.

Walau bagaimanapun katanya lagi, ia bergantung kepada kewangan anda kerana keduanya adalah sama cuma ibu wajib buka buku pink di klinik kerajaan.

Bagi Mama Cikin pula, dia lebih prefer swasta kerana tak perlu ambil cuti bahkan di sebelah malam atau hujung minggu juga boleh melakukan check up. Lagi pula, dia sudah selesa dengan doktor yang merawatnya sejak anak pertama lagi.

Apa yang lebih menyeronokkan, pelbagai soalan boleh diajukan yang berbeza dengan doktor kerajaan di mana perlu melayan ramai pesakit lain.

Malah anda juga tidak perlu menunggu lama. Di klinik swasta sekiranya temu janji anda jam 10 pagi, maka 10 pagi lah anda akan berjumpa doktor. Tidak seperti klinik kerajaan di mana semua ibu-ibu hamil perlu hadir sebelum jam 8 pagi. 

Mengapa Ibu Gemar Checkup Mengandung di Klinik Kerajaan?

checkup mengandung

Bagi pendapat Lora Bte Madiwi pula, dia memilih klinik kerajaan kerana cepat jika datang awal di sebelah pagi. Bahkan, pemeriksaan kehamilan juga lebih details.

Jika ada sebarang masalah, jururawat akan terus rujuk kes pada doktor. Malah, jika ibu sudah masuk  ke trimester ketiga ibu perlu hadir setiap minggu untuk melakukan check up. Dari situ, ibu boleh pantau perkembangan bayi dari dalam kandungan.

Berbeza pula dengan Khadijah Ahmad Bakari yang memberi sedikit komen negatif tentang klinik kerajaan dengan mengatakan dia hanya diperiksa ala kadar dan scan juga tidak terang. Apabila tidak berpuas hati, dia akan berjumpa dengan doktor di klinik lain supaya tahu keadaan kandungannya.

Liah Man pula memuji Klinik Kerajaan yang bagus dari segi check up kehamilan kerana lebih lengkap terutama tentang kesihatan ibu semasa mengandung. Namun, ibu semua perlu lebih bersabar kerana turn menunggu yang agak lama.

Perbezaan Checkup Mengandung Klinik Kerajaan & Swasta 

Ini antara kelainan jika anda melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan mahupun swasta. Baca dahulu sebelum membuat keputusan ya.

1. Prosedur buka buku pink 

Klinik kerajaan – Pertama kali melakukan check up di klinik kerajaan apa yang anda perlu buat adalah mengisi maklumat dalam buku pink, ujian air kencing, timbang berat, tekanan darah, ambil ujian darah dan pemeriksaan perut.

Prosedur pertama kali ini memang sedikit lama kerana banyak ujian yang perlu dilakukan kerana doktor perlu tahu sejarah mengandung dan sejarah penyakit keluarga untuk direkodkan.

Klinik swasta – Hanya perlu buka buku kehamilan, ujian air kencing, timbang, tekanan darah dan scan bayi seperti biasa.

2. Waktu appointment checkup

checkup mengandung

Klinik kerajaan – Ibu perlu datang seawal 8.30 pagi bagi mengelakkan menunggu terlalu lama dan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh jururawat sama ada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 2 petang.

Kemudian buku kehamilan perlu diletakkan dalam bakul yang disediakan beserta dengan nombor giliran yang akan dipanggil.

Klinik swasta pula hanya mengambil nombor dan tunggu giliran anda sehingga dipanggil. Anda juga boleh hadir pada bila-bila masa mengikut temujanji anda dengan doktor.

3. Prosedur pemeriksaan kehamilan

Klinik kerajaan 

  • Setiap pagi sampai saja di klinik perlu buat ujian air kencing
  • Cek tekanan darah
  • Ambil darah untuk semak HB (hemoglobin darah) dan adakah zat besi cukup di dalam badan
  • Timbang berat
  • Melakukan ujian minum air gula 
  • Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga menghidap kencing manis, anda perlu melakukan ujian air gula dua kali
  • Jumpa jurururawat kalau ada kencing manis dan sebagainya perlu jumpa doktor
  • Cek degupan jantung bayi

Klinik swasta

  • Perlu melakukan ujian air kencing, timbang berat dan tunggu masa untuk scan baby
  • Tiada ujian darah dilakukan
  • Ujian minum air gula
  • Semasa scan doktor akan memberitahu setiap perkembangan bayi dalam kandungan
  • Detail scan juga akan dilakukan untuk mengira kromosom bayi, waktu ini akan menentukan bayi anda normal atau kemungkinan down syndrome
  • Doktor akan check saiz, degupan jantung, berat bayi, jumlah air ketuban dan sebagainya

4. Bayaran dan ubat

Klinik kerajaan tiada bayaran dan ubat atau vitamin kehamilan juga adalah percuma. Sementara di klinik swasta pula anda perlu membayar sendiri mengikut harga yang telah ditetapkan oleh klinik berkenaan.

Pokok pangkalnya tidak kisah pemeriksan ibu hamil di mana sekalipun asalkan ibu dan bayi sihat sehingga melahirkan. Yang penting, wajib pergi lakukan pemeriksaan. Jangan sesekali skip temujanji tau!

Kelebihan & Keburukan Buat Checkup Mengandung Di Klinik Swasta

Antara kelebihan buat checkup mengandung di klinik swasta adalah seperti:

1. Bebas mengatur & menetapkan temujanji pada bila-bila masa

Pemeriksaan kehamilan di klinik swasta membolehkan anda hadir mengikut masa dan waktu yang sesuai. Contohnya, anda tidak dapat mengambil cuti pada waktu bekerja, anda boleh tukar temujanji selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu.

2. Tidak perlu menunggu lama

Anda tdak perlu membuang masa untuk menunggu lama nama dipanggil. Kebiasaannya urusan akan selesai dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam bergantung pada pemeriksaan doktor.

3. Bilik rawatan yang selesa dan boleh ditemani oleh suami

Sudah pasti anda akan berasa lebih selesa dan seronok jika ditemani oleh suami sepanjang pemeriksaan kandungan dilakukan oleh doktor berkenaan.

4. Mempunyai lebih privasi

Selain boleh ditemani oleh suami semasa checkup dijalankan, pesakit juga mempunyai lebih privasi yang mana mudah untuk berinteraksi lebih lama dengan doktor tentang keadaan semasa dan tempoh menghadapi kelahiran bayi kelak. 

Namun, ada juga keburukannya yang perlu anda ambil kira iaitu:

1. Harga rawatan dicaj

Bayaran akan dikenakan setiap kali anda checkup mengandung di klinik swasta. Malah, bayaran juga berbeza-beza mengikut jenis klinik dan ubat-ubatan yang mungkin anda perlu ambil.

2. Komplikasi kandungan 

Kebiasaannya, klinik swasta tidak berani mengambil risiko bagi kelahiran dengan komplikasi. Jadi, pertimbangkan dahulu keadaan kandungan sebelum membuat keputusan untuk memilih pemeriksaan kehamilan di klinik swasta. 

Kelebihan & Keburukan Buat Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan

Berikut antara kelebihan buat checkup mengandung di klinik kerajaan:

1. Rawatan percuma

Tidak perlu mengeluarkan belanja sesen pun jika anda memilih untuk checkup mengandung di klinik kerajaan.

2. Pemeriksaan yang menyeluruh

Pemeriksaan kehamilan di klinik kerajaan tidak akan mengambil mudah, lebih-lebih lagi tentang sejarah penyakit dan penyakit semasa yang dihidapi oleh bakal ibu memungkinkan risiko pada kandungan. 

Dari ukur timbang berat sehinggalah kepada sesi pengambilan makanan seimbang dan kepentingan susu ibu kepada bayi yang bakal dilahirkan. 

3. Kenalan baru

Anda boleh berkenalan dengan para ibu yang hadir sama untuk menjalani pemeriksaan kehamilan. Melalui cara ini, anda boleh saling bertukar cerita mengenai kebimbangan dan cadangan untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Tetapi, ada juga keburukan apabila checkup mengandung di klinik kesihatan iaitu:

1. Layanan kurang mesra

Tidak semua klinik kesihatan tetapi ada sesetengah petugas di klinik kesihatan mungkin memberi layanan yang kurang mesra. Apatah lagi, jika anda ibu baharu yang belum mempunyai apa-apa pengalaman. 

Pun begitu, ibu perlu kekal positif dan tidak terlalu menyimpan perasaan sedih keterlaluan kerana bimbang memberi kesan pada kandungan.

2. Mengambil masa yang begitu lama

Bukan anda sahaja yang mempunyai temujanji pada hari itu, kalau buat checkup disini bagi yang bekerja lebih baik anda mengambil cuti separuh hari supaya tidak tergesa-gesa.

3. Tidak berjumpa dengan doktor 

Pemeriksaan mengandung setiap bulan tidak semestinya anda perlu berjumpa dengan doktor. Anda lebih banyak berjumpa dengan misi berbanding doktor melainkan terdapat masalah semasa mengandung yang perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor terutama apabila kandungan telah memasuki usia 28 minggu dan ke atas. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Masa Buat Dengan Suami Ok Pulak”- Ramai Ibu Luah Kena Sound Nurse Ketika Layan Contraction

Baca juga: Tiap Kali Scan Bayi Selalu Sorokkan Jantina? Rahsianya Ibu Kena Minum Banyak Air Kosong!

Baca juga: Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Pilihan Kebanyakan Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!