Minum Air Bersih Menjamin Kesihatan Diri Dan Keluarga, Ini Penapis Air Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah

Keperluan air bersih adalah perkara paling utama untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga jadi pilihlah penapis air yang berkualiti.

Pada hari ini, hampir kesemua kediaman memiliki penapis air. Buat yang masih tidak mempunyai penapis air di rumah, pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka seperti mengapa perlu penapis air di rumah? Penting sangatkah penggunaan penapis air dalam kehidupan harian kita? Berbaloikah perlu bayar setiap bulan?

Ramai orang ingin menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan tambahan dan lain tetapi ada yang lupa bahawa keperluan air bersih adalah perkara paling utama untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Kurang cakna tentang isu pentingnya memastikan air minuman bersih, menjadikan ramai di antara kita tidak kisah minum air yang berkarat, air yang dibeli di mesin yang tidak tahu mana sumbernya dan sebagainya.

Kelebihan Penapis Air

Selain isu kesihatan banyak lagi manfaat pentingnya menggunakan water filter atau water purifier. Di sini kami senaraikan antara kelebihan memiliki penapis air di rumah.

1. Tingkatkan kualiti air

Water filter kini sudah menjadi keperluan untuk kita memastikan mendapat bekalan air bersih kerana belum tentu air di rumah bersih sepenuhnya daripada pencemaran karat, logam berat, mikroorganisma, dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Bahan cemar seperti karat, boleh dilihat dengan mata kasar namun, bahan cemar seperti mikroorganisma dan bahan organik  tidak boleh dikesan melalui mata kasar, mahupun pancaindera manusia.

Sebagai contoh sumber air yang hampir dengan dengan kawasan pertanian mungkin mengandungi bahan cemar organik berbahaya, kesan dari penggunaan racun perosak atau baja yang boleh meningkatkan risiko barah dan merosakkan organ-organ tubuh badan manusia. 

Masalah yang serupa juga boleh berlaku apabila sumber air, berhampiran dengan kawasan perindustrian. Kesan-kesan terhadap kesihatan minum, air yang tercemar seperti di jadual yang berikut.

2. Mudah dan cepat

Tak perlu lagi nak masak air, simpan air dalam botol, atau angkat air berbotol-botol yang sangat berat untuk bekalan di rumah. Dengan adanya water filter ini boleh mudahkan tugas anda sebagai isteri, jadi anda boleh ada lebih masa untuk keluarga dan suami.

Jima tetamu datang dan perlu menyediakan air panas, tidak perlu lagi menunggu untuk masak air. Tekan sahaja butang air panas pada penapis air, anda dah boleh hidangkan air panas yang enak kepada tetamu. Mudah kan?

3. Jimat

Jika tidak suka rasa air paip dan perlu membeli berbotol-botol air mineral, ini akan menjadikan kos yang lebih tinggi dari guna penapis air.

Daripada anda beli air mineral berkotak-kotak sebulan, lebih baik guna penapis air yang disewa. Bahkan perspektif jimat ini juga, boleh dinilai dari sudut kesihatan kerana dengan kualiti air yang lebih baik, kurangnya risiko untuk anda sekeluarga mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya, jimat kos untuk perubatan!

4. Lebih kemas

Dengan penggunaan penapis air ini, rumah anda nampak lebih kemas tanpa botol-botol air. Penggunaan botol-botol air hanya menyemakkan mata dan membuat rumah atau dapur semakin bersepah.

Nak pula, ada segelintir ahli keluarga yang selalunya tidak tutup botol air dengan kemas, nak isi air dalam cawan pun bertumpah sana sini. 

Tips Pemilihan Produk Penapis Air

Setelah kita mengetahui mengapa perlu dan kepentingan water filter, mungkin anda mula terfikir-fikir mahu menggunakan penapis air dan mula mencari jenama dan produk-produk penapis air yang ada di pasaran.

Di sini kami kongsikan juga tips penting pilih produk water filter untuk rujukan dan pertimbangan anda.

1. Status halal

Bagi umat Islam, status halal adalah kriteria yang paling penting. Tidak guna sehebat mana pun penapis air itu menapis air, jika tidak halal tiada gunanya.

Jangan terkejut dan main beli sahaja penapis air di pasaran kerana banyak penapis air terutamanya yang dijual murah diragui status halalnya.

2. Harga dan fungsi

Harga adalah antara kriteria utama yang dilihat pengguna kerana ia melibatkan komitmen yang panjang sekiranya membeli dengan cara sewa beli.

Anda perlu pastikan kadar harga dengan tempoh kontrak bersama fungsi yang ditawarkan. Mungkin anda dapat harga yang jauh lebih murah, tetapi selalunya kontrak akan menjadi lebih panjang.

Mungkin peruntukan kita hanya sekitar RM70 ke bawah sebulan dan matlamat kita pula hanya ingin dapatkan air yang bersih. Tidak kisah dengan rekaan ataupun saiz tangki asalkan mempunyai tiga suhu supaya sedikit sebanyak beban kerja rumah dapat dikurangkan.

3. Kualiti produk

Secara saintifik kualiti sesuatu produk boleh ditentukan dengan pengiktirafan atau sijil yang diberi oleh badan professional. Contohnya nak beli barang elektrik, mesti ada cop SIRIM manakala untuk halal pula mestilah ada status JAKIM. 

Bagaimana pula dengan penapis air? Adakah penapis air yang kita gunakan bebas daripada pencemaran atau hanya membersihkan karat sahaja. Jadi penting kita semak terlebih dahulu produk yang ingin digunakan.

Oleh kerana produk ini ialah untuk meningkatkan kualiti air. Jadi pilihlah produk penulenan air yang mendapat pengiktirafan daripada badan profesional yang berkaitan seperti Water Quality Association (WQA) dan The Public Health and Safety Organization (NSF).

4. Jenama

Pemilihan jenama juga penting ketika memilih sesuatu produk kerana jenama yang sudah stabil bukan sahaja stabil dari segi kualiti produk, tetapi dalam pengurusan.

Ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan dengan segera sekiranya anda mempunyai apa sahaja masalah mengenai produk yang digunakan.

5. Jimat tenaga elektrik

Untuk penapis air yang mempunyai pelbagai suhu, pastinya penggunaan tenaga elektrik diperlukan sama ada untuk panaskan air atau sejukkan air. Teknologi semakin maju dan berkembang, pilih sahaja penapis air yang mempunyai penjimatan elektrik atau mempunyai eco mode.

6. After-sale service

Semak apa manfaat yang anda perolehi selepas membeli penapis air. Ada penapis air yang berharga murah tetapi anda sendiri perlu menukar filter, mencari filter, rosak pun kena baiki sendiri.

Kalau nasib tak baik, ada sesetengah syarikat penapis air yang sudah menamatkan operasinya. Satu hal pula anda nak mencari jenis filter keluaran syarikat tersebut di pasaran. Itu salah satu pentingnya cari yang mencari syarikat atau jenama yang sudah stabil.

Jika boleh pilih produk penapis air yang boleh memberi khidmat menukar filter dan membaiki secara percuma sepanjang khidmat sewa beli tersebut.

Hal ini kerana fungsi penapis air adalah untuk menyingkirkan segala pencemaran. Sudah tentu pencemaran ini akan tersimpan di dalam filter. Oleh itu anda perlu jelas servis selepas jualan ataupun bagaimana filter akan ditukar selepas pembelian.

5 Penapis Air Terbaik Di Pasaran

Penapis Air Terbaik Di Pasaran
Cuckoo Warrior
Penapis Air Terbaik Dengan Pembersihan Auto Faucet
Beli di Shopee
Coway Neo Plus
Penapis Air Terbaik Jimat Tenaga
Beli di Shopee
SK Magic Jiksoo Hyper
Penapis Air Terbaik Tanpa Tangki
Beli di Shopee
LG PuriCare Self-Service Tankless Water Purifier
Penapis Air Terbaik Jenis Penulen Air Layan Diri
Beli di Shopee
Panasonic TK-CS20 Water Purifier
Penapis Air Terbaik Jenis Penulen Air Harga Murah
Beli di Shopee

Cuckoo Warrior

Penapis Air Terbaik Dengan Pembersihan Auto Faucet

Penapis Air Cuckoo membekalkan air beralkali lembut yang kaya dengan mineral dan bebas daripada 99.99% bakteria dan virus berbahaya.

Direka dengan teknologi terkini, air yang dihasilkan lebih bersih, selamat dan sihat memenuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Logam berat berbahaya seperti plumbum, kadmium dan arsenik ditapis oleh Nano Positif Cuckoo water filter iaitu satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kekotoran dan benda asing berbahaya didalam air dengan meninggalkan hanya bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Ada pelbagai model penapis air ditawarkan jenama Cuckoo Malaysia dan yang terbaharu adalah Cuckoo Warrior yang tampil dengan ciri tambahan berbanding model sebelumnnya iaitu Fusion Top.

Fungsi tambahan yang ada pada model ini adalah Mechanical Faucet Sterilization yang berfungsi bagi memastikan picu untuk mengeluarkan air berada dalam keadaan bersih dan bebas kuman setelah pengguna melakukan pembersihan menggunakan fungsi tersebut secara mekanikal.

Cuckoo Malaysia juga mempunyai satu tiub khas yang dipasang yang mengeluarkan air mineral yang bertapis. Air daripada tiub ini bukanlah air buangan atau air kotor tetapi air mineral yang dijamin bersih dan selamat untuk diminum.

Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayuran dan buahan, masakan dan sebagainya, juga memudahkan anda untuk isi air mineral ke dalam botol tanpa had.

Apa yang kami suka :

  • Air yang ditapis oleh Cuckoo water filter adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya.Kadar pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).
  • Sijil dan pengiktirafan yang diterima seperti sijil halal Jakim, sijil halal Korea, sijil Lab Test Report – myTEST, SIRIM, sijil Korea Water Mark, sijil NSF International dan sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea).
  • Cuckoo menggunakan tangki air stainless steel dan anti-bakteria.
  • Rekaan tangki yang lebih tinggi untuk memudahkan  pengguna mengisi air ke dalam botol.
  • Mempunyai 3 jenis suhu air manakala air sejuk pula mempunyai 5 jenis tahap.
  • Servis percuma setiap 4 bulan.

Coway Neo Plus

Penapis Air Terbaik Jimat Tenaga

Penggunaan peralatan rumah seperti water filter adalah untuk kegunaan jangka masa panjang. Dengan memilih penapis air Coway, kualiti produk anda terjamin kerana Coway juga menawarkan waranti penuh sekiranya produk yang anda gunakan mengalami kerosakan.

Dengan kualiti produk Coway, ditambah pula dengan servis yang ditawarkan sekerap 2 bulan sekali (Coway satu-satunya syarikat yang menawarkan servis sekerap ini), penukaran filter baru secara percuma, serta waranti penuh, pilihan untuk menggunakan produk Coway dalam jangka masa yang panjang adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan seisi keluarga.

Dalam kebanyakan model yang ditawarkan, model Neo Plus adalah paling popular yang direka khas dengan bentuk slim supaya mudah muat di mana-mana ruang.

Malah penapis air coway ini juga dilengkapi dengan 'power saving mode' yang mana terdapat light sensor yang mengesan cahaya gelap dan menukarkan mesin kepada 'energy saving' seterusnya menjimatkan tenaga elektrik rumah anda, anggaran RM6 ke RM8 sahaja sebulan walaupun mesin dibuka 24 jam sehari.

Neo Plus juga dilengkapi dengan 'continuous dispenser' untuk mengeluarkan air yang banyak dari tangki secara berterusan seperti menyediakan air mandian bayi, membasuh sayur, masak nasi, bancuh air dalam jug dan sebagainya.

Untuk membantu memudahkan urusan kehidupan anda sekeluarga, penapis air Coway ini dilengkapi dengan 3 suhu utama: panas, sejuk dan suhu bilik, pilih suhu air yang anda inginkan secara mudah dengan pulasan tombol yang disediakan. 
 
Apa yang kami suka :
  • Mempunyai fungsi child lock untuk elakkan anak kecil di rumah terkena air panas. Anda perlu menekan butang childlock terlebih dahulu untuk mengambil air panas. Air panas ini tidak akan keluar sekiranya butang childlock tidak ditekan, seterusnya mengelakkan kemalangan air panas tanpa sengaja, terutamanya bagi kanak-kanak.
  • Dulang bawah boleh ditanggalkan untuk menampung dengan sempurna saiz jag dan botol yang berbeza.
  • Reka bentuknya yang menarik juga telah merangkul Anugerah Reka Bentuk Penapis Air Slim Design sesuai diletakkan di mana-mana penjuru ruang rumah dan dapur. Warna dan bentuknya akan menambah seri bahagian dapur.
  • Tapisan Nanotrap Coway membolehkan aliran air mineral bersih secara lebih pantas.
  • Servis percuma setiap 2 bulan.

SK Magic Jiksoo Hyper

Penapis Air Terbaik Tanpa Tangki

Memperkenalkan penapis air SK Magic Jiksoo, teknologi penulenan air yang paling canggih dengan 304 Stainless Steel Waterway untuk perlindungan terhadap jangkitan mikrob dan memastikan air tidak akan bertakung, bersih, tulen dan penuh mineral.

Berbeza dengan penapis air jenama lain, penapis air SK Magic Jiksoo tidak menggunakan tangki untuk menyimpan air dan tidak akan menyebabkan pencemaran air namun berupaya menghasilkan air pada pelbagai suhu serta dilengkapi fungsi untuk memilih jumlah isipadu air yang diingini, hanya dengan 1 butang isipadu air yang ditetapkan akan keluar dan berhenti secara auto.

Dilengkapi dengan penstrilan uv 99.9% dan akan beroperasi setiap 2 jam bagi memastikan tiada pembiakan kuman dan bakteria pada penapis air.

Untuk model Jiksoo Hyper, penapis air ini menawarkan 7 suhu air untuk anda pilih dari air suhu bilik, panas dan sejuk malah dilengkapi dengan fungsi Infant water untuk suhu air yang optimum untuk susu bayi.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan besi tahan karat sebagai bahan utama untuk saluran didalam penapis air.
  • Kesemua model penapis air SK Magic Jiksoo dilengkapi dengan ciri keselamatan untuk kanak-kanak agar mereka dapat menggunakannya dengan selamat.
  • Rekaan moden yang menarik.
  • Sistem penapisan Nano SK magic menapis virus, mikro-organisma, logam berat sepenuhnya tetapi tidak menapis mineral untuk meningkatkan kualiti air.
  • Servis percuma setiap 4 bulan.

LG PuriCare Self-Service Tankless Water Purifier

Penapis Air Terbaik Jenis Penulen Air Layan Diri

Teknologi tanpa tangki revolusioner LG dalam produk ini membenarkan akses kepada air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisme dan kekal segar pada sebarang suhu.

Penapis air LG yang ditambah baik ini juga mempunyai ciri sterilisasi automatik dan juga penggantian dan langganan penapis yang mudah, membaharui konsep “Layanan Diri Menyeluruh". 

LG Water Purifier membantu membersihkan air minuman anda daripada bakteria dan bahan kimia. Ia adalah tambahan yang bagus untuk rumah anda. Sudah tentu, dengan memastikan anda hanya minum air segar dan tulen tanpa bahan cemar berbahaya.

Fungsi sterilisasi automatik Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare berupaya mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar dengan air panas yang membasmi 99.99% kuman.

Sistem automatik ini mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dalaman sekali seminggu, dan ketetapan boleh ditentukan oleh pengguna mengikut kehendak mereka, dengan menekan satu butang sahaja.

Tambahan lagi, cirian “Layan Diri’ terbaharu ini sangat bermakna bagi pengguna yang sibuk dengan jadual masing-masing; reka bentuk penapis yang ringkas membolehkan pengguna menukar penapis dengan mudah mengikut ketetapan pengguna dan tanpa menunggu perkhidmatan penjagaan pelanggan.

Hanya dengan memulas dan menarik, penapis boleh ditukar ganti dengan yang baharu dalam hanya beberapa saat. Selain itu, perkhidmatan langganan penapis ini menghantar penapis air gantian yang diperlukan setiap enam bulan terus ke rumah pengguna.

Apa yang kami suka :

  • Sistem Penapis Puri 4-Peringkat juga membasmi mikroorganisme, 99.99% norovirus dan 9 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink yang terkandung di dalam bekalan air mentah.
  • Dilengkapi dengan cirian sterilisasi ultraungu (UV), yang mensterilkan dalaman paip keluar setiap jam atau mengikut kehendak pengguna.
  • Aplikasi LG ThinQ pula membenarkan para pengguna memeriksa status mesin penulen air mereka, dan menjadualkan proses sterilisasi pada bila-bila masa melalui telefon pintar. Dengan adanya Panduan Suara, para pengguna akan mendapat arahan langkah demi langkah untuk proses sterilisasi bersuhu tinggi, penukaran penapis, serta tetapan fungsi.
  • Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mempunyai tiga variasi: warna Biru Kelasi  (Navy Blue), Perak (Silver) dan Putih (White).

Panasonic TK-CS20 Water Purifier

Penapis Air Terbaik Jenis Penulen Air Harga Murah

Ada yang tidak mampu komited untuk membayar penapis air yang disewa setiap bulan jadi anda boleh pertimbangkan untuk beli penapis air Panasonic ini. 

Panasonic water filter TK-CS20 adalah penulen air yang paling murah, mempunyai sijil halal Jakim, mudah dipasang dan mampu menapis air sebanyak 6 liter dalam masa satu minit.

Reka bentuk yang kecil menjadikan penapis air Panasonic ini sesuai diletakkan dimana-mana ruangan dapur.

Selain itu, katrij Panasonic water filter ini terdapat gabungan dua bahan iaitu (non-woven fabric) dan (powdered activated carbon) yang bertindak sebagai penapis untuk menghilangkan 95% sisa klorin dan 90% kekeruhan dari air.

Untuk pengetahuan anda fungsi non-woven fabric adalah menyekat zarah-zarah debu dan kotoran kasar di dalam air manakala, powdered activated carbon pula bertindak menapis sebahagian besar bahan cemar seperti klorin, karat, dan sedimen halus.

Penulen air ini juga mempunyai jangka hayat katrij yang panjang yang mana boleh bertahan sehingga 12,800 liter penggunaan. 

Apa yang kami suka :

  • Rekaannya yang kecil mudah diletak di mana-mana.
  • Harganya yang murah tidak perlu membayar setiap bulan.
  • Tanpa tangki, boleh mengeluarkan air yang banyak

Perbandingan Harga Penapis Air Terbaik Di Pasaran

Jenama Saiz Tangki Bayaran Sewa Bulanan Harga Beli
Cuckoo Warrior 5.2 L RM98 (1 - 3 tahun)RM80 (4 - 5 tahun) RM3200.00
Coway Neo Plus 5.8 L RM65 (7 tahun) RM3640.00
SK Magic Jiksoo Hyper Tanpa tangki RM99 (5 tahun) RM3220.00
LG PuriCare Self-Service Tankless Water Purifier Tanpa tangki RM90 (5 tahun) RM3200.00
Panasonic TK-CS20 Water Purifier Tanpa tangki Tiada RM269.88

Penjagaan Penapis Air

Pasti di setiap rumah akan ada mesin penapis air ini tidak kira yang berjenama mahal atau yang mampu milik penapis air ini merupakan satu perkara yang sangat penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita ini.

Disebabkan kebanyakan daripada kita memilih untuk menyewa beli mesin penapis air, anda perlu menitikberatkan penjagaan penapis air agar dapat dipakai lama meskipun selepas tamat tempoh sewaan nanti. Antara penjagaannya adlah seperti di bawah;

  • Elakkan meletak produk water filter berhampiran dapur. Ini kerana dapur mempunyai haba yang kuat yang boleh merosakkan permukaan produk penapis air.
  • Elakkan meletak sebarang objek diatas produk. Ia boleh merosakkan permukaan produk kerana mendapat bebanan daripadaa objek yang berada diatas produk water filter.
  • Pastikan produk penapis anda sentiasa diservis mengikut jadual yang diberi. Ini bagi menjamin produk anda sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan berkuasa supaya dapat memberikan air berkualiti kepada anda.
  • Pastikan produk penapis anda sentiasa ditukar filter mengikut jadual yang ditetapkan. Ini bagi menjamin produk anda sentiasa dalam keaadaan yang baik.
  • Anda di nasihatkan untuk menutup atau mematikan suis mesin air tersebut lebih-lebih lagi ketika tiada orang di rumah. Ini kerana pemanas air sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air. Cuba anda fikirkan, tiada air dan pemanasnya masih berfungsi seperti biasa. Apa agaknya yang akan terjadi? Ia mungkin boleh menyebabkan kebakaran!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buat Air Panas Dengan 8 Pemanas Air Elektrik Terbaik Ini, Cepat Dan Efisien Untuk Penggunaan Harian

Baca juga: Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Minum Air Kosong, Bahayakan Nyawa!

Baca juga: Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Penulis

Nursyamimi