Suami Tanya Isteri Tak Kerja Buat Apa Kat Rumah, Sekali Dia Buka Mulut Terus 'Insaf' Si Suami

Penat seorang isteri yang bergelar suri rumah tangga tidak dilihat oleh kebanyakan suami. Mereka sebenarnya struggle jaga anak-anak di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita di Facebook, Mikael Noah berkongsikan kisah apabila dia diajukan soalan daripada suami tercinta mengenai apa yang dibuatnya ketika berada di rumah. Tidak dinafikan bahawa penat seorang isteri yang bergelar suri rumah adalah melebihi kesemua jenis pekerjaan yang ada di dunia.

Haritu suami aku ada terlajak kata, dia tanya ‘‘Apa yang sayang buat kat rumah?’’ Jadi hari ini aku buat keputusan nak cerita dekat dia apa yang aku buat dalam waktu setengah hari di rumah.

Wanita buka mulut ceritakan rutin harian dan penat seorang isteri yang 'duduk' di rumah

Mungkin tak cukup jadi Superwoman atau Multitasking lagi di matanya. Tapi tak mengapa, sesungguh Salzelin ini sangatlah seorang yang penyabar. Sangat sado hatinya.

Aku tak marah dia. Tapi mungkin dia tak faham. Jadi sekarang aku nak bagi dia fahamlah. Jadi posting di sini untuk renungan suami-suami dalam friendlist FB aku juga.

Sepenat-penat kau bekerja mencari nafkah, ingatlah ada isteri di belakang yang sama-sama struggle. Bezanya kau bergaji dan dia tidak kerana hanya suri rumah tangga.

Kau dapat jumpa kawan-kawan dan suri rumah kau pula terperuk di rumah, ditemani tangisan dan rengekan anak seharian.

Edit: Cerita yang aku beritahu dekat suami ini hanya waktu tengahari je, belum pagi, petang dan malam. Pagi aku memang settlekan Mikael sekolah je, kadang settlekan kain baju.

Belum lagi cerita struggle nak suap anak makan dan tidurkan mereka waktu malam. Belum lagi kes anak bergaduh, menjerit dan melalak. Dan suami aku ni, kalau dia kerja memang sejenis susah tengok telefon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluar awal pagi dan balik lewat malam. Nak sembang pun tak dapat. Faham-faham jelah.

P/S: Kalau macam kes aku, aku bukanlah selalu sangat main telefon. Kadang orang komen dekat status, aku tak sempat pun nak balas. Aku selalu online sebab nak cari job lakonan untuk aku dan anak-anak, deal job dan sttlekan group-group yang ada.

Ramai suri rumah tangga meluahkan hal yang sama

Setakat artikel ditulis, perkongsian wanita ini telah meraih lebih 2,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang lain.

''Ramai lelaki ingat, bila kita duduk rumah ini bersenang-lenang. Kita ini malas dan tidak berbuat apa-apa. Rumah bersih setiap hari siapa yang sapu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu ada baju nak pakai, siapa juga yang cuci, sidai dan lipat baju tu? Balik tu ada je makanan, siapa yang masak dan buang sampah setiap hari semua.

Kita ini dah jadi macam orang gaji, tapi tiada gaji boleh pula dia tanya buat apa kat rumah. Aish sakit hati betul la. Lagi-lagi dah ada anak, banyak masa habis dekat mereka. Tak tolong takpe, tapi janganlah pandang rendah sangat dekat kita dan mengata.''

''Penat seorang isteri. Aku suri rumah dan berniaga. Sebelum pergi niaga dah kemas rumah. Allahuakbar bersepah rumah. Sabar, sabar. Memang ubat migraine sentiasa ada dalam beg. Walaupun rasa stress, kaki tangan mak ini jalan juga. Tapi suami aku dah tak bagi masak.

Dia kata tengahari makan je apa yang dia beli, malam pula makan je lauk nasi yang kami niaga untuk tamping perut. Sebab dia tahu penatnya buat kerja rumah dari pergi niaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan anak kecil yang semakin hari semakin lasak. Isnin hingga Jumaat pergi hantar dan ambil anak sekolah 1 jam dari rumah. Kau rasa aku ada masa untuk sakit jiwa atau otak? Tapi apapun, aku reda. Demi Allah, demi anak-anak. Cuma sentiasa doa supaya diri sendiri tidak jatuh sakit dahla.''

''Kena letak cctv bagi suami-suami tengok betapa strugglenya isteri-isteri buat kerja rumah.''

Tidak kurang dengan itu, ada juga mendoakan yang baik-baik agar pengorbanan isteri dalam menguruskan hal suami dan anak diberikan ganjaran daripada Yang Maha Esa.

''Semoga Allah angkat tinggi darjat wanita dan masukkan wanita-wanita hebat ini ke dalam syurga. Memang hebat betul wanita ini. (tak termasuk saya)

Kudrat tidak sama macam lelaki, tapi boleh pikul semua. Saya ni tak buat banyak kerja pun penat. Penat mengandung dengan beranak pun tak habis-habis lagi. 7 tahun kahwin anak dah 4 orang. Semuanya hero. 6 tahun, 4tahun, 3tahun, 1 tahun. Agak-agak penat tak jadi saya?''

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom 'Sunyi' Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ramai Pesakit Darah Tinggi & Depression Terdiri Daripada Golongan Suri Rumah, Ini Buktinya!

Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan