Penawar Demam Denggi Dari Daun Betik Berhasil Tingkat Platelet Darah,Tapi Harus Hati-Hati Jika Hamil

Sebatian fenolik dan kandungan fitonutrien yang terdapat dalam daun betik bertindak sebagai antioksidan kuat yang boleh menjadi penawar demam denggi

Demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes boleh membawa maut. Justeru apabila ia menyerang memang akan mendatangkan kebimbangan terutama kepada mereka yang hamil. Jadi kali ini kami kongsikan penawar demam denggi yang dikatakan boleh meningkatkan bacaan platelet darah pesakit. 

Sesetengah makanan mempunyai profil nutrien yang tinggi dan kuat, seperti daun betik. Sebatian fenolik dan kandungan fitonutrien yang terdapat dalam daun betik, bertindak sebagai antioksidan kuat yang meningkatkan imuniti badan dan membantu melawan penyakit seperti denggi.

Ia dikatakan berupaya meningkatkan bacaan platelet darah pesakit denggi. 

Peningkatan Jumlah Kes Denggi Di Malaysia

Jumlah kes membabitkan demam denggi masih meningkat di Malaysia. Malah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Mei lalu, jumlah kumulatif kes denggi direkodkan setakat bulan tersebut bagi tahun ini sahaja adalah sebanyak 12,942 kes berbanding 9,270 kes bagi tempoh sama pada tahun 2021. Bermakna, ia meningkat sebanyak 3,672 kes atau pada kadar 39.6 peratus. 

Amaran mengenai peningkatan kes denggi dalam negara juga pernah dilaporkan yang mana jumlah kes demam denggi tertinggi bagi minggu epidemiologi 15-21 Mei direkodkan sebanyak 1,420, meningkat 32.2% iaitu sebanyak 346 kes.

Ia merupakan jumlah kes tertinggi pernah dilaporkan sejak 2021.  Walaupun operasi kawalan vektor intensif masih diteruskan terutamanya di kawasan kluster denggi yang lebih besar, namun terdapat langkah cekap yang boleh dilakukan oleh individu termasuklah menghindar tempat pembiakan nyamuk aedes. 

Bagaimana Daun Betik Membantu Pencegahan Dan Menjadi Penawar Demam Denggi

Khususnya di Asia, daun betik telah lama dikenali sebagai ubat tradisional untuk banyak penyakit termasuklah penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, sakit gastrik dan penyakit virus lain.

Selain daripada menyebabkan demam panas dan ruam pada kulit, salah satu bahaya menghidap demam denggi adalah ia mengurangkan kiraan platelet darah dalam individu yang mana sel darah kecil yang membantu badan membentuk pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Pengurangan mendadak dalam bilangan platelet boleh membawa maut bagi sesetengah kes. 

Bacaan platelet untuk demam denggi yang anda kena fahami:

  • Bacaan platelet 150 hingga 400 adalah berada dalam keadaan yang normal dan hanya air yang perlu dimasukkan ke dalam saluran darah. 
  • Jika bacaan platelet menurun bawah daripada 150, maka platelet perlu ditambahkan

Walau bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan bahawa daun betik yang mempunyai sebatian fitokimia dan carpaine membantu meningkatkan bacaan platelet pada jenis sel darah tertentu. 

Secara khusus, kajian menunjukkan bahawa daun betik mungkin bermanfaat dalam menyokong pemulihan kiraan platelet darah dan mengurangkan keperluan kemasukan ke hospital bagi pesakit denggi. Disebabkan itu, ia dianggap sebagai salah satu penawar demam denggi yang terbaik. 

Gejala Demam Denggi

Apabila nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti menggigit anda, virus denggi yang dihantar ke badan anda akan menyebabkan anda mengalami demam denggi.

Mengikut pandangan WHO yang dikeluarkan pada 2009, demam denggi mempunyai dua jenis dan dua tahap keterukan. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali digigit nyamuk, perhatikan gejala berikut:

  • Demam
  • Sakit kepala dan sakit badan
  • Ruam
  • Pening dan muntah
  • Leucopenia (kiraan WBC rendah)

Tanda-tanda bahawa penyakit itu semakin teruk adalah:

  • Muntah yang berterusan
  • Sakit perut
  • Pembengkakan hati
  • Kelesuan/gelisah
  • Perdarahan mukosa
  • Denggi teruk/ Demam Denggi berdarah
  • Demam panas
  • Kebocoran plasma yang teruk membawa kepada kejutan
  • Kebocoran plasma yang teruk membawa kepada masalah pernafasan
  • Pendarahan yang teruk
  • Kerosakan organ dalaman

Demam denggi ringan lebih mudah untuk dirawat dan diberikan penawar. Setelah dijangkiti, suhu tinggi badan anda akan berterusan selama sekurang-kurangnya tujuh hari.

Tempoh untuk seseorang itu sembuh sepenuhnya pula boleh mengambil masa sehingga sebulan walaupun ubat denggi telah diambil.

Cara Menggunakan Daun Betik Untuk Mencegah Denggi

Daun betik merupakan salah satu cara merawat demam denggi yang baik dan mudah. Terdapat banyak cara untuk menggunakan daun betik yang mana bukan sahaja mencegah gejala demam denggi tetapi juga untuk merawatnya.

Kaedah tradisional adalah melibatkan pengekstrakan jus daripada daun betik. Cara-caranya mudah. Minum sebanyak 30 mililiter atau tiga sudu besar jus daun betik yang disediakan daripada dua helai daun betik matang setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Sebaiknya, tambah sedikit madu atau gula untuk mengimbangi rasa pahit semulajadi daripada daun.

Untuk kaedah yang lebih mudah bagi melawan denggi, anda juga boleh mengambil makanan tambahan yang diperbuat daripada ekstraknya, seperti Tonik Daun Betik Difermentasi Bio Akesi yang juga membantu penghadaman, mengekalkan usus yang sihat dan menyokong sistem imun badan.

Enzim, vitamin dan fitonutrien pada buah dan daun betik memberikan profil nutrien yang sangat baik. Proses penapaian unik daripada gabungan daun betik, buah betik dan delima akan menghasilkan produk yang padat dengan nutrien yang menjadikannya lebih mudah diserap oleh badan, tanpa memerlukan sumber gula tambahan.

Ini bermakna Tonik Daun Betik Difermentasi Bio adalah 100% semulajadi dan bebas gula, memberikan alternatif yang lebih baik untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Anda hanya perlu ambil satu sudu besar dan makan secara terus atau larutkan di dalam air terlebih dahulu.

Kanak-kanak berumur lebih dari tiga tahun disyorkan untuk mengambil setengah sudu sebanyak tiga kali sehari. Walaupun Tonik Daun Betik Difermentasi Bio Akesi boleh diambil dengan atau tanpa makanan pada bila-bila masa sepanjang hari, bagi individu yang hamil, menyusu atau mengalami gangguan imun, mereka disyorkan untuk berunding terlebih dahulu dengan doktor kesihatan mereka mengenai penggunaannya.

Petua Lain Untuk Mencegah Demam Denggi

Selain daripada mengambil ekstrak daun betik sebagai ubat demam denggi, yang mana ia merupakan cara yang mudah tetapi sangat berkesan untuk mencegah dan merawatnya,  amalan kebersihan yang betul juga penting untuk memerangi denggi secara lebih berkesan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mencegah demam denggi:

  • Tukar air setiap hari di ruang simpanan dan pastikan ia ditutup
  • Bersihkan lubang yang tersumbat
  • Periksa persekitaran anda dengan kerap untuk lihat jika terdapat takungan air
  • Gunakan ubat nyamuk, sediakan kelambu ketika tidur
  • Pakai pakaian yang menutup badan anda sepenuhnya

Oleh kerana nyamuk Aedes iaitu vektor demam denggi, menggigit pada waktu siang, anda digalakkan untuk menggunakan krim penghalau serangga dan losyen pada bahagian badan yang terdedah. Semburkan juga racun serangga di sudut-sudut rumah anda untuk langkah pencegahan lebih baik.

  1. Sinar Harian (Mei 5, 2022). Kes Denggi di Malaysia Meningkat. www.sinarharian.com.my/article/200963/berita/nasional/kes-denggi-di-malaysia-meningkat

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Makanan Tinggi Protein Untuk Ibu Hamil, Elak Kelesuan Akibat Morning Sickness

Baca juga: Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?

Baca juga: 10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

Penulis

Athirah