X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Alat Perancang Kehamilan Pertama Kali Bakal Dipasarkan Untuk Lelaki, Suami Anda Sudah READY?

4 min bacaan
Alat Perancang Kehamilan Pertama Kali Bakal Dipasarkan Untuk Lelaki, Suami Anda Sudah READY?

Alat cegah kehamilan untuk kaum lelaki? Eh, betul ke tak lama lagi akan berada di pasaran?

Heboh baru-baru ini di laman sosial apabila tular berita alat pencegah hamil bakal dipasarkan untuk kaum lelaki bagi mengelak isteri mengandung tanpa perancangan.

Hal ini kerana, banyak insiden berlaku yang membabitkan isteri yang baru bersalin namun selepas dua bulan mereka hamil lagi sedangkan rahim belum rehat dan badan belum pulih sepenuhnya.

Ya, dengar macam nak gelak bila orang lelaki pula perlu mengambil suntikan atau alat pencegah hamil, tapi bila dipandang pada sudut yang berbeza ia mungkin sangat diperlukan bagi pasangan yang berisiko untuk mengandung dalam jangka masa pendek.

Alat pencegah hamil untuk kaum lelaki bakal dipasarkan

pencegah hamil

Bila bercakap tentang kaedah perancang keluarga, biasanya ia dikaitkan dengan kaum mak-mak kerana mereka perlu mendapatkan pil perancang, suntikan, pasang implan, IUD dan sebagainya bagi mencegah kehamilan yang tidak dirancang.

Namun begitu, bagi kaum lelaki pula ada beberapa kaedah yang digunakan seperti vasektomi dan penggunaan kondom sebagai langkah pencegahan ini.

Akan tetapi, tiada lagi produk perancang keluarga yang diperkenalkan bagi orang lelaki supaya usaha untuk menjarakkan kehamilan isteri.

Sungguhpun itu, dalam laporan The Hindustan Times mengatakan The Indian Council For Medical Research telah menyiapkan alat kontraseptif khas yang dibuat bagi kaum lelaki dan kadar keberkesanannya adalah 97.3% tanpa sebarang kesan sampingan!

Suntikan perancang pertama bagi lelaki di dunia

cegah hamil bagi lelaki

Alat kontraseptif ini berfungsi pada bahagian vas deferens yang akan disuntik iaitu pada tiub yang mengandungi sperma dan ia berdekatan dengan organ testikel.

Buat pengetahuan anda, suntikan alat ini mengandungi sejenis polimer yang dipanggil Steryene Maleic Anhydride yang dihasilkan pada tahun 1970-an sebagai penghalang kepada produksi sperma lelaki.

Berkesan cegah kehamilan sampai 13 tahun

Berdasarkan laporan berkenaan lagi, suntikan ini efektif selama hampir 13 tahun. Fungi suntikan tersebut direka khusus sebagai jalan alternatif untuk pembedahan vasektomi.

Apatah lagi, suntikan pertama di dunia bagi lelaki ini dianggarkan bakal mendapat kelulusan dalam tempoh enam bulan sebelum ia dikilangkan.

Meskipun ramai yang tertawa atau mengatakan ia alat yang mengarut, namun percayalah ramai lelaki yang memerlukan alat kontraseptif ini sebagai mencegah kehamilan isteri. Itu yang dilaporkan oleh The Independent.

Lebih mengejutkan hampir 1/3 warga Britain ingin menggunakan kaedah ini dan ia meningkat sebanyak 40% di kalangan lelaki berusia 25 hingga 49 tahun.

Dengan alat kontraseptif ini nampaklah bahawa bidang perubatan dan kesihatan sedang berkembang seiring dengan permintaan orang ramai yang semakin meluas.

Petua tradisional untuk mengelak kehamilan

mencegah mengandung

Di zaman yang serba canggih ini, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya dapat mengelak kehamilan isteri dari berlaku terutama bagi isteri yang baru bersalin, anak yang masih kecil, masalah dalaman kesihatan dan sebagainya.

Dalam pada itu, apa kata anda amalkan tiga petua tradisional ini yang mungkin boleh membantu.

– Tembak luar

Ramai wanita yang takut mengambil ubat dan suntikan melakukan tembak luar supaya dapat mencegah kehamilan.

Proses ini dilakukan apabila suami mengeluarkan air mani di luar kawasan faraj dan kaedah ini dapat mengurangkan sperma dari bertemu dengan telur yang membolehkan kehamilan berlaku.

– Periksa lendir faraj

Kalau anda nak tahu lendir faraj yang keluar itu sebenarnya menunjukkan tahap kesuburan seseorang perempuan. Sekiranya anda berada dalam fasa waktu subur, lendir faraj akan menjadi semakin pekat. Namun, sebaiknya anda periksa lendir ini sewaktu pagi kerana cecair faraj ini boleh dipengaruhi aktiviti yang anda lakukan di sebelah petang.

– Ramuan tradisional

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Amalkan ramuan ini seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 10 biji lada hitam
  • 1/4 keping ragi
  • Air perahan limau nipis

Langkah-langkah membuat:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut
2. Tumbuk halus semua bahan tadi
3. Campurkan ke dalam air suam dan diminum
4. Sesuai diminum selepas haid tamat

Semoga bermanfaat. 

Alat Perancang Kehamilan Pertama Kali Bakal Dipasarkan Untuk Lelaki, Suami Anda Sudah READY?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sirap Limau, Mens Formula

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Suami tak suka kondom & isteri tak suka pil perancang, apa kalian patut buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Alat Perancang Kehamilan Pertama Kali Bakal Dipasarkan Untuk Lelaki, Suami Anda Sudah READY?
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham