TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

20 Nov, 2019
Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

Ada wanita yang tidak bersedia untuk menerima kehadiran bayi dalam hidup, terutamanya jika tiada sokongan dari orang sekeliling. Dia berasa malu dan tertekan sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya...

Mengandung anak luar nikah kebiasaannya merupakan satu kehamilan tidak diinginkan oleh si ibu dan merupakan faktor utama berlakukan kes pembuangan atau pembunuhan bayi.

Ini kerana kandungan luar nikah adalah isu yang taboo terutamanya di kalangan sesetengah masyarakat. Ibu hamil merasa malu dan tertekan kerana kesilapan sendiri ataupun kerana dirogol, dan menyebabkan dia mengambil keputusan drastik berdasarkan emosi.

Ini yang berlaku kepada seorang ibu atas kehamilan tidak diinginkan olehnya sehingga menyebabkan kematian kepada bayinya yang baru lahir!

Akibat Kehamilan Tidak Diinginkan, Ibu Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh

kehamilan tidak diinginkan

Sutina, 36 tahun yang berasal dari Palembang, Indonesia telah hamil anak luar nikah bersama teman lelakinya Andi. Malang bagi wanita tersebut apabila Andi tidak mahu bertanggungjawab kepada ibu dan bayi yang dalam kandungan itu.

Dia yang mengenali teman lelakinya menerusi media sosial mengakui tidak mengetahui alamat lelaki tersebut. Walaupun setelah 8 bulan berkenalan, dia hanya mengetahui si lelaki bekerja di sebuah bengkel.

Selepas bayinya dilahirkan, Sutina yang berasa malu tidak mempunyai suami bertindak membalut anaknya dengan selimut dan menyembunyikan bayi itu dalam mesin basuh.

Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

Sutina juga menjelaskan dia tidak berniat untuk membunuh bayinya dan hanya mahu meletak anak kecil itu di dalam mesin basuh untuk seketika. Namun perbuatannya diketahui apabila bayi tersebut ditemui oleh rakan sekerja yang mendengar tangisan bayi tersebut.

“Saya cuma letak baby dalam mesin basuh tetapi mesin tak dihidupkan. Saya balut dengan selimut kerana saya malu.” “Pertama malu, takut orang tahu. Padahal saya memang sudah rancang mahu membawanya ke rumah anak yatim. Tiada niat nak membunuh,”

Malangnya anak kecil itu disahkan meninggal dunia selepas ditemui. Pihak berkuasa sedang melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. 
 
Sementara itu, suspek ditahan dan didakwa membunuh bayi di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan bersalah. 

Menangani Emosi Akibat Kehamilan Tidak Dirancang

hamil tanpa suami

Kehamilan tidak rancang seperti kes Sutina biasanya membuatkan wanita terkejut dan tidak bersedia untuk menerima kehidupan baru dengan si kecil, apatah lagi jika kehamilan tidak diingini seperti kandungan luar nikah.

Ini membuatkan si ibu tidak dapat berfikir secara waras dan bertindak melulu selepas bayi dilahirkan. Isu ini boleh dikurangkan sekiranya si ibu redha dan dapat menangani perasaan dengan lebih baik.

Ini beberapa tips untuk menghadapi keadaan ini dengan lebih baik secara psikologi yang diharapkan dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sepanjang hayat.

#1 Jujur Dengan Diri Sendiri

Ibu pasti masih terkejut dan mengalami pelbagai perasaan. Tulis emosi ini dalam buku nota peribadi, dan baca semula setelah emosi lebih tenang supaya ibu sedar yang perasan itu tidak penting dari sekarang.

#2 Percayakan Diri

Walaupun ia mungkin mencabar, cuba ketepikan isu-isu yang tidak berkait seperti pekerjaan, pendidikan, dan pendapat keluarga. Sesuaikan diri dengan apa saja yang terdapat dalam diri anda dan beri tumpuan sepenuhnya.

#3 Visualkan Kehidupan di Masa Hadapan

kehamilan tidak dijangka

Ya, ibu mungkin sedang takut sekarang. Tetapi ibu cuba bayangkan visi yang lebih positif yang boleh berlaku kelak bersama keluarga dan si manja. Bincang bersama pasangan tentang visi itu dan jadi lebih bertanggungjawab.

#4 Hadapi Ketakutan 

Walaupun bagi wanita yang telah merancang kehamilan, kebanyakkannya tetap risau sekiranya mereka tidak dapat menjadi ibu yang cukup baik.

Ingatlah bahawa kita tidak dapat mengawal semua aspek kehidupan kita dan semasa anda menjalani proses ini, bersikap jujur ​​tentang apa yang dirasakan ya ibu.

#5 Dapatkan Bantuan Dari Pihak Yang Tidak Akan Menghakimi

Bercakaplah dengan komuniti di sekeliling yang tidak akan menghakimi dan memberi nasihat yang seimbang. Pada ketika ini, sokongan sebegini sangat penting untuk mengekalkan kewarasan dan emosi ibu.

Ibu bolej juga menyertai komuniti theAsianparent dimana ibu-ibu tidak akan dihakimi dan boleh berkongsi pendapat dan luahan hati dalam satu platform yang mudah. Jika ibu berasa khuatir, gunakan saja fungsi anonymous untuk bertanyakan pendapat tanpa orang lain mengenali anda.Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

#6 Dapatkan Bantuan Profesional

Sekiranya ibu berasa lebih tenang, tetapi masih perlukan bantuan dan sokongan, jalan sebaiknya adalah mendapatkan bantuan profesional.

Stories Rakan Kongsi
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

#7 Kehamilan Adalah Pengalaman Peribadi

Sama ada dirancang atau tidak dirancang, kehamilan adalah pengalaman yang sangat peribadi. Jadi nikmatilah dan percayakan diri sendiri yang ibu mampu menjadi yang terbaik!

Ibu, teruskan perjuanganmu dan jangan putus asa ya. Si kecil masih memerlukan anda, jadi terimalah kehamilan ini sebagai satu rahmat dan mungkin satu pembuka jalan untuk kehidupan yang lebih bermakna. 🙂

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: psychcentral.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham