Idea Menu PENCUCI MULUT Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil, KURANG GULA & Dijamin Sihat!
Ibu hamil mesti teringin pencuci mulut berbuka puasa kan? Tapi risau pula kalau tinggi kandungan gulanya. Kami kongsikan menu ini untuk anda!
Setiap kali Ramadan, juadah wajib yang akan tersedia adalah pencuci mulut berbuka puasa. Biasanya pencuci mulut ini adalah makanan manis untuk berbuka puasa.
Cuma bagi ibu hamil, terutama yang ada GDM makanan manis amat perlu dielakkan, jadi sudah pastinya untuk mengawal gula anda perlu sediakan sendiri pencuci mulut untuk berbuka puasa.
Jadi sempena Ramadan yang akan menjelma esok, kami kongsikan menu pencuci mulut berbuka puasa yang sesuai dimakan dan mudah disediakan ibu hamil!
Pencuci mulut berbuka puasa sesuai untuk ibu hamil
Ibu hamil pasti teringin juga pencuci mulut setiap kali berbuka puasa. Walaupun perlu menjaga kadar pengambilan gula, tetapi bila berpuasa ini macam-macam juga yang teringin dan terlintas di fikiran.
Jadi, anda boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini untuk berbuka puasa bersama suami atau seisi keluarga. Bila buat sendiri sudah pasti anda boleh kawal kandungan gulanya kan? Terutama jika anda ada GDM.
Jadi usah murung lagi, buat saja sendiri di rumah dengan resepi yang kami kongsikan ini.
#1. Kuih buah Melaka
Kuih buah Melaka antara menu pencuci mulut berbuka puasa yang paling popular dan boleh dikatakan sangat mudah untuk disediakan. Ibu hamil boleh gunakan gula asli merah untuk menyediakannya.
Jadi ia bukanlah gula proses yang boleh menyebabkan kadar kandungan gula dalam darah tiba-tiba mendadak naik selepas anda makan juadah ini nanti.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- Gula melaka (dipotong kecil seperti dadu)
- Kelapa parut (putih sahaja)
- Sedikit garam
- Pewarna hijau
- Daun pandan
- Sedikit air kapur
Cara penyediaan:
- Gaulkan kepala dengan sedikit garam dan ketepikan
- Satukan tepung pulut dan sedikit pewarna hijau ke dalam bekas dan uli dengan menambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ia tidak lagi melekat di tangan
- Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk
- Ambil doh menggunakna jari, leperkan dan letakkan gula melaka yang telah dipotong kecil di dalamnya
- Masukkan air doh ke dalam air yang sudah mendidih
- Bila kuih sudah timbul, ia bermakna kuih sudah masak dan terus golekkan di atas kepala parut.
- Sedia untuk dimakan!
#2. Roti lapis daging berkeju
Ia lebih kurang seperti lasagna, dan kali ini kita cuba sediakan makanan western pula untuk dicuba oleh ibu hamil. Nampak menarik roti lapis daging berkeju untuk dijadikan menu pecuci mulut berbuka puasa!
Bahan-bahan:
- 8 keping roti
- 8 keping cheese (slice)
- Keju mozarella
(A) Bahan inti
- 1 keping daging kisar (aku guna ramly)
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 3 biji bawang putih (potong dadu)
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 cawan air
- garam secukup rasa
(B) Bahan kuah/sos
- 2 biji telur
- 100ml susu segar
Cara penyediaan:
- Tumis bawang besar dan bawang putih dalam kuali, bila bawang sudah layu, masukkan serbuk kari yag telah dibancuh dengan sedikit air tumis sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar, cerai-ceraikan daging, jangan bagi berketul-ketul dan masukkan satu cawan air.
- Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. jangan letak garam banyak sangat sebab nanti nak letak cheese.
- Masak inti sampai daging tu empuk dan kering dan tutup api.
Cara penyediaan roti lapis:
- Sapukan majerin pada bekas/loyang, jika nak senang letak aluminum foil pada loyang dan sapu majerin lebihkan sikit aluminium foil supaya senang nak angkat keluar.
- Pecahkan telur dalam bekas, tuangkan fresh milk dalam telur dan pukul sebati.
- Celupkan roti dalam campuran telur dan susun dalam loyang untuk lapisan pertama.
- Letak inti daging atas roti, ratakan inti (guna separuh dari inti)
- Susun kepingan cheese di atas inti daging.
- Ulang langkah 3 hingga 5 sampai siap. Ia akan ada 3 lapis roti.
- Jika ada lebihan bacuhan susu dan telur, tuangkan ke semuanya dalam bekas loyang.
- Tabur kan keju mozarella di lapisan paling atas sekali, tabur banyak-banyak.
- Akhir sekali, bakar roti lapis dalam oven selama 40~45 minit pada suhu 18o degree. Makan panas-panas pasti sedap!
Bolehlah ibu-ibu hamil cuba menu pencuci mulut berbuka puasa yang kami kongsikan ini, walaupun dua menu saja, tetapi ia sihat dan kurang gula untuk ibu hamil! Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ceriteraibu
Baca juga: Resepi Sayur Dalam Pantang Mudah, Sayur Sawi Bekalkan Banyak Khasiat & Vitamin