Ibu Tidak Perlu Pendam Perasaan Sedih Depan Anak, Luahan Hati Buat Anak Bersikap Lebih Terbuka

Pendam perasaan sedih dan tertekan sering dilakukan ramai wanita. Namun pakar menyarankan untuk anda meluahkannya pada anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, kaum ibu pastinya tidak terlepas daripada dilanda pelbagai perasaan. Adakalanya suka, duka, tertekan dan murung. Ia lumrah dalam menjalani kehidupan setiap hari. Namun tahukah sebenarnya anda tidak patut pendam perasaan sedih sendirian terutamanya ketika bersama anak-anak?

Tidak dinafikan bahawa menjadi ibu bapa ketika zaman moden ini memberikan cabarannya tersendiri. Setiap hari boleh dikatakan menguji kesabaran apabila berdepan jadual yang padat dan pelbagai ragam anak-anak.

Pendam perasaan sedih sendirian, ini sebab kaum ibu patut luahkannya pada anak

Seorang ibu, Wawa Shauqi telah berkongsi penulisannya di Facebook mengenai pengalamannya pendam perasaan sedih dan tertekan daripada orang lain.

Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance.

Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa. Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa.

Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang. 

Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut.

Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.

“Mama ok?”

“Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata.

Anak kecil jadi semangat untuk ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.” Katanya.

Dengan anak saya yang ni, memang saya terbuka untuk bercerita tentang perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pula datang mengadu, saya pula jadi kaunselor dia.

“Mama kena buat apa ya Aqlan? Mama kena berhenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?”Saya cuba menguji dia.

“Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.” Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.

Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis. “It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”

Ibu meluahkan dan tidak pendam perasaan sedih adalah baik untuk anak

Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza. Maknanya:

1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri.

2) Bila kita lebih terbuka dan tidak pendam perasaan sedih sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam.

4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin.

5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu.

6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah :

🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak

🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

🟡 Bertaawuz

🟡 Berdoa minta petunjuk Allah

🟡 Deep breathing

🟡 Peluk untuk dapatkan support

🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.

Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa.

Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.

It’s hard. But possible. Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom ‘Sunyi’ Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Baca juga: 5 Cara Ajar Anak Sulung Tidak Terlalu Manja & Pandai Berdikari, Besar Nanti Jadi Anak Yang Hebat!

Baca juga: Ramai Pesakit Darah Tinggi & Depression Terdiri Daripada Golongan Suri Rumah, Ini Buktinya!