MASYUK Buat Duit Di Rumah, Ini Rahsia Arisa Chow Untuk Menjadi Influencer Hebat

MASYUK Buat Duit Di Rumah, Ini Rahsia Arisa Chow Untuk Menjadi Influencer Hebat

Menuju zaman moden ini, segalanya berada di hujung jari termasuklah menjana pendapatan sampingan sebagai influencer terkenal. Kuasai teknik berkesan ini!

Fenomena menjadi seorang influencer dalam media sosial dalam kalangan ibu sudah lama popular sehingga meraih pendapatan sampingan. Tidak hanya mengisi masa terluang, platform sosial kini menjadi lubuk rezeki sekiranya anda bijak memanfaatkannya!

Seorang blogger dan cosplayer popular di Malaysia yang memiliki lebih 13 000 pengikut Instagram, Arisa Chow telah berkongsikan beberapa tips rahsia dalam menonjolkan diri sehingga menjadi seorang influencer terkenal melalui cara yang sangat mudah.

Rahsia memperoleh pendapatan sampingan yang lumayan

Pada mulanya, Arisa melibatkan diri dengan dunia cosplaying (pertunjukan kostum) selama 15 tahun dan kemudiannya langkah semakin perlahan setelah dia berkahwin dan bergelar seorang ibu. Kini, Arisa aktif menyediakan kandungan di Instagram dan bidang penulisan di @arisa_chow.

Minggu lalu kami telah mengadakan webinar eksklusif VIP Parents dengan Arisa Chow bagi mendapatkan petua  bagaimana membina kandungan kreatif untuk Instafeed anda, ketika berhubungan dengan jenama. Antaranya:

#1. Menjadi seorang yang kreatif

Salah satu petua penting disebutkan oleh Arisa dalam webinar adalah menjadi kreatif dan pastikan bahan yang dipromosikan secara relevan dengan:

cara menjana pendapatan sampingan

  • Mengetahui produk terlebih dahulu dan fahami sasaran audiens. Jadi, anda akan mengetahui jenis kandungan yang ingin disampaikan dan menguasai cara mengambil gambar dengan sudut betul sehingga mampu mengagumkan pengguna media sosial.
  • Jika hanya mengambil gambar secara rawak, anda mungkin tidak dapat meraih perhatian yang baik berbanding gambar yang dirancang.
  • Kaji produk sebelum mengambil gambar. Jika ingin mempromosikan lampin, pastikan anda memasukkan gambar bayi melalui beberapa momen indah. Ini akan menjadikannya lebih relevan dan kreatif.
  • Hasil gambar yang baik tidak bergantung sepenuhnya pada kamera atau Photoshop. Anda boleh menggunakan telefon pintar dan bijak bermain dengan cahaya, barulah kerja mengedit gambar menjadi kurang!
  • Jadikan tripod sebagai sahabat anda. Arisa sering menggunakan pemasa tripod dan kamera untuk mengambil gambar. Jadi, ibu-ibu tidak perlu bergantung kepada jurugambar untuk mendapatkan shoot yang terbaik.
  • Elak menonjolkan aset sebagai sesuatu yang boleh dijual, ia tidak akan membawa anda pergi lebih jauh.

#2. Penggunaan kapsyen menarik

  • Pastikan anda menggunakan ayat yang memiliki sentuhan peribadi seperti seolah-olah bercakap dengan kawasan.
  • Elak menyalin semula kapsyen dari jenama kerana ia mungkin lebih mempromosikan barangan.
  • Bagi mendapatkan respon dari audiens, kemukakan beberapa soalan yang boleh mendorong mereka untuk menjawabnya di bahagian komen.

#3. Elakkan jualan langsung (hard-sell)

  • Cuba menonjolkan produk secara samar-samar. Contohnya, jika produk mandian bayi, anda perlu berfikir di luar kotak bagaimana ingin menggunakannya selain daripada mandi. Ibu boleh meniup buih mandian dengan sedikit catatan kreatif!
  • Tarik perhatian pengguna dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana anda menggunakan produk. Contohnya, bra penyusuan ditunjukkan bahawa ia mempunyai pelbagai guna. Anda boleh bersenam dan meletakkan bayi di sebelah anda- ini memberikan sentuhan peribadi kerana ia berkaitan dengan sifat keibuan.

#4. Mempunyai etika kerja yang baik

menjana pendapatan sampingan

  • Berkomunikasi dengan pelanggan. Jangan mengambil mudah penerangan dari pihak klien. Anda perlu bertanyakan soalan dan mencadangkan beberapa idea bersesuaian.
  • Memandangkan anda seorang ibu, tetapkan tempoh masa mencukupi dan elakkan bekerja dalam keadaan terburu-buru.
  • Sentiasa mempunyai hitam putih (dokumen) sebelum anda memulakan kerja - nyatakan berapa kali suntingan anda buat dan berapa banyak semakan yang boleh mereka minta. Pastikan anda mempunyai batasan untuk melindungi diri.
  • Hormati deadline. Sekiranya anda memerlukan masa tambahan, jangan takut untuk memintanya. Ini adalah etika kerja asas dan menunjukkan anda boleh dipercayai.

#5. Berdepan dengan komen negatif

  • Sekiranya komen menyinggung perasaan, abaikan sahaja, sekat orang tersebut atau padamkan komen. Ini akan mengganggu anda sepanjang hari. Abaikan pembenci, mereka tidak memberi faedah kepada anda.
  • Jadilah diri sendiri. Jangan biarkan apa-apa memberi tekanan menguasai diri. Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Kesukaran hidup memberikan banyak peluang untuk anda menerokainya. Jadi jangan takut untuk mencuba sesuatu seperti pertama kali menjadi seorang ibu.

Kerja dari rumah 2020 paling mudah dan populor

Kalau anda yang mempunyai waktu terluang sambil bekerja di rumah, apa kata mohon jadi VIP Parents dalam aplikasi theAsianparent Malaysia. Di sini, ada banyak manfaat yang anda bakal peroleh!

influencer jana pendapatan sampingan

  • Mendapat peluang mengulas produk dan meraih pendapatan untuk setiap ulasan.
  • Ganjaran eksklusif yang tidak ditawarkan kepada ahli komuniti lain.
  • Dapat jemputan ke acara eksklusif dari TAP atau klien TAP dan banyak lagi!

Jom lihat kriteria jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari VIP Parents

  • Jika anda seorang ibu atau sedang mengandungkan bayi
  • Mempunyai 1 000 atau lebih followers di Facebook mahupun Instagram. Jika mempunyai blog sendiri, ia adalah satu kelebihan yang kami mahukan!
  • Anda perlu bersedia post tajaan dari TAP di platform media sosial.
  • Anda tidak boleh menjadi sebahagian dari program kesetiaan, ganjaran, keahlian yang dianjurkan oleh komuniti atau platform keibubapaan yang lain.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

MASYUK Buat Duit Di Rumah, Ini Rahsia Arisa Chow Untuk Menjadi Influencer Hebat

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner