Dipaksa Menari Hiburkan Pengunjung, 'Dumbo' Ini Akhirnya Mati Selepas Kakinya Patah!

lead image

Anak gajah tersebut menjalani kehidupannya melakukan persembahan di khalayak ramai, dan terseksa, namun orang ramai yang melihatnya pula bergelak ketawa melihat telatahnya!

Penderaan haiwan merupakan satu kezaliman yang sering berlaku tanpa kita sedari, khususnya apabila manusia kian lalai dengan apa yang dianggap sebagai hiburan.

Yang menyedihkan, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk ‘menjaga’ haiwan-haiwan ini telah gagal sepenuhnya apabila berlakunya kes pengabaian haiwan, dek kerana mahukan keuntungan semata-mata.

Inilah yang berlaku pada seekor gajah yang dipelihara di sebuah zoo di Phuket.

penderaan haiwan, hidupan liar, dumbo phuket zoo, penganiayaan terhadap haiwan, animal cruelty, persembahan gajah, kezaliman terhadap haiwan, berita viral 2019

Penderaan Haiwan: Kaki ‘Dumbo’ Rapuh dan Akhirnya Patah Tanpa Disedari Pihak Zoo

Seekor anak gajah yang digelar “Dumbo” di Zoo Phuket telah maut setelah lama menderita tanpa rawatan dari pihak zoo tersebut. Dikatakan, hanya selepas anak gajah itu mati, barulah pihak zoo menyedari kecederaan yang dialaminya!

“Dumbo” merupakan salah seekor haiwan yang dipaksa melakukan persembahan di zoo tersebut, dimana dia melakukan tarian dengar alunan muzik rave dan memainkan alat muzik untuk pengunjung.

Pihak badan amal telah mengeluarkan petisyen untuk menyelamatkan anak gajah tersebut tetapi semuanya terlambat apabila Dumbo mati akibat penderaan haiwan…

penderaan haiwan, hidupan liar, dumbo phuket zoo, penganiayaan terhadap haiwan, animal cruelty, persembahan gajah, kezaliman terhadap haiwan, berita viral 2019

Dumbo membuat persembahan semasa hayatnya

Dalam satu kemalangan, kaki depan si anak gajah tersebut telah terperangkap di dalam lumpur dan dia tidak dapat mengeluarkannya. Dia cuba untuk mengeluarkan diri dari lumpur tersebut tetapi gagal kerana tulang kakinya sudah terlalu lemah dan rapuh.

Tekanan untuk menyelamatkan dirinya itu menyebabkan kakinya patah! Walaupun pihak zoo berjaya menyelamatkannya, namun semuanya sudah terlambat apabila gajah itu mati 3 hari kemudian.

Sadisnya.

“Pihak Zoo Tidak Melakukan Sebarang Kesalahan, Malah Masih Boleh Mengambil Anak Gajah Lain”

Amy Jones, pengasas bersama Moving Animals, berkata:

“Ini adalah akhir tragis dan kejadian mengerikan berlaku dalam kehidupan Dumbo yang menyayat hati.

“Badan kerangka beliau jelas menunjukkan bahawa dia tidak sihat, keletihan dan mengalami kekurangan zat makanan. Tetapi zoo itu tidak melakukan apa-apa sehinggalah menerima kritikan dari seluruh dunia!”

“Di bawah penjagaan zoo ini, anak gajah ini patah kedua-dua kaki belakangnya, dan tidak disedari pihak zoo selama 3 hari. Saya tidak dapat bayangkan penderitaan yang ditanggung Dumbo selama itu,”

Diharap Dumbo akan mendapat pembelaan atas kejadian yang menimpa dirinya. Amy Jones juga berharap agar kisah tragis ini akan menggesa pihak berkuasa Thailand untuk menamatkan kezaliman haiwan yang dikira sudah terlalu lama dijalankan ini!

penderaan haiwan, hidupan liar, dumbo phuket zoo, penganiayaan terhadap haiwan, animal cruelty, persembahan gajah, kezaliman terhadap haiwan, berita viral 2019

Sumber: Moving Animals

Namun apa yang memeranjatkan, pihak zoo tidak akan didakwa kerana menurut undang-undang negara tersebut, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, malah boleh mendapatkan anak gajah yang lain untuk menggantikan Dumbo.

Peranan Masyarakat Terhadap Kes Penderaan Haiwan

Penderaan haiwan yang berlaku khususnya yang disebabkan paksaan untuk menarik perhatian orang ramai sering tidak disedari masyarakat.

Kebanyakkan daripada kita terus menikmati persembahan tanpa pernah berfikir, “Apa yang membuatkan haiwan-haiwan ini boleh melakukan pergerakan sebegini?” walhal ada di antara haiwan-haiwan ini hakikatnya dizalimi untuk melakukannya!

Jadi apa yang boleh kita lakukan bagi menghindari kes sebegini berlaku lagi?

Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan mengurangkan permintaan untuk persembahan sebegini dijalankan, terutamanya yang melibatkan pergerakan yang agak mustahil bagi haiwan tersebut. Marilah kita hentikan kegiatan ini, yang dilakukan semata-mata untuk meraih keuntungan.

Hidupan liar bukannya penghibur!

Benarkah saya tidak boleh melihat haiwan ketika hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Baca juga:

Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!