Pengalaman Anak Speech Delay, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai 1000 Perkataan Dalam Masa 6 Bulan

Pengalaman anak speech delay ini dikongsi oleh seorang ibu di laman Facebook boleh menjadi panduan untuk ibu ayah yang melalui perkara sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk ibu ayah ketika melalui pengalaman anak speech delay. Sudahlah perlu mendengar komen-komen orang sekeliling, tambahan pula hendak memastikan si manja mendapat bantuan terbaik yang dia perlukan. Memang runsing!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman anak speech delay, dari 10 perkataan kepada 1,000
  • Kenalpasti tanda-tanda anak mengalami kelewatan bertutur untuk bantuan awal
  • Ikhtiar sendiri untuk membantu si manja mengatasi masalah kelewatan bertutur
  • Perkembangan kanak-kanak yang mempunyai isu pertuturan berbeza

Ibu ayah mana yang tidak risau apabila si manja mereka lambat bertutur. Manakala anak orang lain sudah boleh bercakap dengan petah, bersesuaian dengan perkembangan usia mereka tetapi anak kita masih hanya mampu mengeluarkan sekadar perkataan mudah-mudah.

Pengalaman anak speech delay, dari 10 perkataan kepada 1,000

Seorang ibu yang dikenali dengan nama Wan Fikriah telah berkongsi kisahnya bersama anaknya Adam yang menghadapi speech delay. Menurut ibu ini, anaknya telah mula bertutur dengan petah selepas hanya bertutur sebanyak 10 perkataan sahaja sebelum ini!

Menurut ibu ini, dia bukanlah seorang pakar terapi pertuturan ataupun pernah mendaftar anaknya ke mana-mana kelas terapi bertutur sebelum ini. Wan Fikriah hanya ikhtiar dengan cara sendiri dengan berusaha di rumah sahaja.

Namun, menurut Wan Fikriah, tips yang telah dia kongsikan di laman Facebooknya bolehlah dijadikan sebagai panduan asas untuk ibu ayah yang mengalami masalah yang sama bersama anak mereka.

Kenalpasti tanda-tanda anak mengalami kelewatan bertutur untuk bantuan awal

Untuk mengetahui sekiranya si manja anda mungkin mengalami masalah kelewatan bertutur, ambil tahulah tentang perkembangan-perkembangan lazim mengikut usia anak. 

Contohnya, bagi Wan Fikriah, dia mula perasan bahawa Adam tidak bertutur petah menurut perkembangan usianya. Pada waktu sambutan hari lahir Adam yang kedua, ibu kepada kanak-kanak ini mula perasan bahawa Adam hanya bertutur lebih kurang dalam 10 perkataan, itupun tidak jelas dan jarang-jarang didengari.

Berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan Adam, mereka sudah sepatutnya boleh bertutur sehingga 50 patah perkataan sekurang-kurangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu ayah lain, mungkin tanda-tanda anak anda mengalami kelewatan bertutur berbeza berbanding si manja puan ini.

  • Tidak menggunakan isyarat-isyarat tangan seperti melambai atau menunjuk pada barang yang dihendakinya.
  • Tidak boleh meniru bunyi-bunyian.
  • Hanya boleh meniru pertuturan dan gaya tetapi tidak boleh mengeluarkan ayat secara sendiri.
  • Hanya boleh mengulang bunyian atau perkataan yang sama, dan tidak boleh menggunakan percakapan lisan untuk berkomunikasi lebih lanjut.
  • Tidak memahami arahan mudah.
  • Ton suara yang tidak biasa (sengau atau serak-serak).

Sekiranya ibu ayah perasankan tabiat-tabiat ini pada diri si manja, inilah masanya untuk anda campur tangan untuk beri anak bantuan yang diperlukan.

Ikhtiar sendiri untuk membantu si manja mengatasi masalah kelewatan bertutur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkongsian Facebook ibu Adam juga, dia telah berkongsi langkah serta tindakan yang diambil untuk membantu puteranya bertutur seperti kanak-kanak lain yang mempunyai perkembangan lazim.

Apabila mendapati puteranya mengalami masalah bertutur, Wan Fikriah terus menggali ilmu dari pelbagai sumber: Google, YouTube, buku-buku serta laman-laman terapi. Satu-satunya perkara yang wanita ini telah bayar demi anaknya ialah sebuah seminar atas talian yang berharga RM10.

Semoga dengan perkongsian Wan Fikriah yang telah kami adaptasi ini dapat menjadi panduan, dan memberi bantuan yang bermanfaat kepada para ibu ayah di luar sana.

  • Minta anak sebut apa yang dia mahukan. Jika ibu ayah hendak anak mula bertutur, galakkanlah mereka! Jika anak meminta sesuatu, galakkan mereka untuk menyebut barangan yang mereka mahukan. Jangan pedulikan air mata atau rajuk anak jika anda hendak dia amalkan pertuturan yang lancar.
  • Menggunakan intonasi yang bersesuaian. Kanak-kanak memang lebih cenderung menonton kartun. Jadi, anda boleh meniru intonasi kartun sekali-sekala untuk menarik minat si manja untuk berbicara dengan anda. Intonasi yang dikenali oleh anak boleh membantu anak menghafal perkataan dan ayat dengan lebih mudah.
  • Banyakkan bermain. Sejujurnya, ibu ayah zaman sekarang terlalu taksub dengan penggunaan gajet bagi menarik perhatian anak sambil-sambil ibu ayah pun boleh layan sosial media. Pada usia anak masih kecil inilah ibu ayah perlu banyak bermain dengan anak agar perkembangan mereka berlaku dengan pantas. Lagipun, pada usia 3 hingga 5 tahun, ia memang fasa bermain untuk si manja.
  • Ambil DHA dan EPA. Sekiranya doktor anda mencadangkan si manja anda makan lebih banyak ikan, atau lebih sayur untuk perkembangan anak, dengarlah kata mereka! Ini sebagai suplemen untuk membantu otak si manja bekerja dengan lebih cerdas supaya dapat berkembang dengan baik.
  • Ibu ayah perlu lakukan dulu. Anak-anak kan cerminan ibu ayah. Jadi, jika anda hendak anak anda bertutur petah dan fasih, anda kenalah tunjukkan contoh yang anda mahukan! Sekiranya anda lebih gemar menggunakan telefon bimbit dan melayan sosial media, maka anak anda juga akan membesar taksub kepada gajet-gajet.

Perkembangan kanak-kanak yang mempunyai isu pertuturan berbeza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di akhir perkongsian Facebook Wan Fikriah, dia telah memaklumkan bahawa perkembangan anaknya dan anak-anak di luar sana lain-lain. Kerana kanak-kanak akan maju dengan cara tersendiri.

Ada betulnya juga! Kita jangan terlalu berharap bahawa anak kita akan cepat maju seperti anak-anak orang lain.

Setiap manusia itu kan berbeza keunikan dan sifatnya, jadi ibu ayah tidak perlu risau jika anak sedikit lambat hendak tangkap didikan untuk bertutur. Lama-lama bolehlah tu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berkomunikasi Dengan Anak Speech Delay, Mereka Perlu 4 Perkara Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Latih Fokus Anak Speech Delay Dengan 3 Cara Ini, Ada Ibu Yang Dah Buat & Ia Berkesan!

Baca juga: 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan