X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

15 Nov, 2017
Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena HalloweenDoktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween

Seorang ibu menempuh pengalaman bersalin anak ketiga yang menarik dan sukar dilupakan. Doktor yang menyambut kelahiran bayinya lengkap berpakaian seperti The Joker!

Detik pengalaman bersalin anak ketiga semasa Halloween

Di negara kita, perkara sebegini mungkin takkan berlaku. Tapi di Amerika Syarikat, ia berlaku ketika si ibu berkongsi pengalaman bersalin anak ketiga. Dan kebetulan pula, waktu itu adalah Hari Halloween!

Seorang bayi yang istimewa ini pasti akan mempunyai cerita yang ‘cool’ untuk beritahu kepada kawan-kawan apabila dia besar kelak.

Seorang doktor pakar telah berpakaian seperti The Joker dan menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di Hospital Tennessee di US.

Brittany Selp, si ibu yang berusia 32 bercerita kepada Huffington Post.

“Ia agak menyeronokkan. Pada waktu itu, saya tak kira siapa yang ada di bilik bersalin tersebut, yang saya tahu, saya sudah bersedia untuk bersalin. Dan…melihat The Joker berada di depan saya, ia agak lucu dan mengurangkan sedikit tekanan saya!”

Pengalaman bersalin anak ketiga - the joker

Kredit: Huffington Post

Ibu yang berkongsi detik pengalaman bersalin anak ketiga memberitahu yang dia sebenarnya ada 5 hari hari sebelum tarikh bersalin. Namun, air ketuban mula pecah pada hari Selasa.

“Tarikh bersalin saya adalah pada 5 November. Bukannya, Selasa iaitu hari Halloween.”

Jadi pagi itu, apabila dia pergi ke hospital dengan suaminya, Justin Selph 33 tahun, dia berjumpa dengan Dr. Paul Locus.

Doktor tersebut lengkap mengenakan makeup The Joker dengan bibir merah serta rambutnya yang berminyak dan berwarna hijau!

Untuk keluarga ini, kostum doktor tersebut agak cool!

brittany pengalaman bersalin anak ketiga

Kredit: Huffington Post

Brittany dan Justin tergelak-gelak apabila doktor tersebut berjalan masuk ke dalam bilik mereka.

“Isteri saya berfikiran terbuka orangnya. Dia pun memang kelakar, jadi baginya pengalaman ini sungguh melucukan dan ia adalah satu momen bersalin yang unik.”

Dr. Locus selamat menyambut kelahiran bayi mereka yang kemudiannya dinamakan Oaklyn pada pukul 8pm.

Bagi Brittany, ia adalah satu proses bersalin yang mudah baginya.

Sehari selepas hari bersalin. Dr. Locus kembali bertemu pasangan ini dan mula buat kelakar tentang peristiwa yang berlaku semalam semasa Hari Halloween. Dia berkata:

“Saya minta maaf saya tak dapat datang semalam. Nasib baik The Joker dapat menggantikan saya!”

Doktor tersebut juga memberikan kad tahniah dan menurunkan tandatangan sebagai: The Joker.

Menurut pihak hospital, ia adalah karakter sebenar Dr. Locus. Dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk pesakitnya.

Menurut Rhonda Crossett, pengarah di Pusat Wanita HCMC:

“Dr. Locus gemar memberikan sesuatu yang unik dan pengalaman bersalin yang tenang dan menyeronokkan. Beliau mengingatkan kita tentang kebaikan, sentuhan peribadi dan detik indah ketika menyambut kelahiran seorang bayi.”

pengalaman bersalin anak ketiga halloween joker

Kredit: Huffington Post

Pengalaman bersalin anak ketiga yang menarik!

Wah, memang unik sekali kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini. Mungkin ada ibu bapa di luar sana yang tidak bersetuju dengan tindakan doktor ini.

Ada para ibu bapa yang memberikan komen dengan mengatakan bahawa langkahnya sebagai tidak profesional.

Tetapi, jika si ibu dan ayah tidak kisah tentangnya, malah memberikan reaksi positif, maka sudah tentu Doktor Locus tetap melakukan yang terbaik semasa proses kelahiran, dan bukannya semberono.

Walaupun mungkin, keadaan pakaiannya ketika itu mungkin di luar norma kebiasaan atau nampak seperti tidak serius!

Anda pula bagaimana? Sanggup tak terima The Joker sebagai doktor bersalin anda?

Sumber: Huffingtonpost.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Build Your Child's Immunity To Fight Infections

Pengalaman Bersalin Yang Ngeri: “Saya Hampir Mati Semasa Beranak Kerana Uri!”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Doktor Berpakaian The Joker Sambut Kelahiran Bayi Sempena Halloween
Kongsikan:
  • Pengalaman Bersalin Yang Ngeri: "Saya Hampir Mati Semasa Beranak Kerana Uri!"

    Pengalaman Bersalin Yang Ngeri: "Saya Hampir Mati Semasa Beranak Kerana Uri!"

  • Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

    Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Pengalaman Bersalin Yang Ngeri: "Saya Hampir Mati Semasa Beranak Kerana Uri!"

    Pengalaman Bersalin Yang Ngeri: "Saya Hampir Mati Semasa Beranak Kerana Uri!"

  • Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

    Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.