X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya Ketika Pandemik, Lebih 24 Jam Kena Melayan Contraction, Nasib Nurse Baik-Baik

4 min bacaan
Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya Ketika Pandemik, Lebih 24 Jam Kena Melayan Contraction, Nasib Nurse Baik-Baik

Pengalaman ibu ini bersalin di Hospital Putrajaya ketika pandemik, terpaksa melayan kontraksi selama lebih 24 jam, nasib nurse dan staf baik melayan.

Ketika pandemik ini tentu ramai ibu-ibu yang sedang hamil membuat percaturan hospital mana nak bersalin nanti, kalau hospital putrajaya  apa prosedurnya? kena buat ujian swab dulu ke? suami boleh teman ke?

Banyak persoalan bermain di fikiran. Relaks ya ibu-ibu, ketika pandemik ini memang berlainan sikit prosedur nak check in bila tiba masa bersalin. 

Antaranya ya, memang kena melakukan ujian swab, dan ya, suami tak boleh check in sekali di hospital kerajaan, melawat pun tidak boleh, suami boleh datang ambil ketika waktu discaj sahaja. 

Seorang ibu yang bernama Nur Amina baru-baru ini ada berkongsi kisahnya bersalin di hospital putrajaya, lebih 24 jam perlu menahan kesakitan kontraksi sendiri tanpa sokongan suami, tapi nasib dia ditemani jururawat yang sangat baik dan prihatin di hospital putrajaya. 

Pengalaman bersalin di hospital putrajaya

hospital putrajaya

Foto: Sirap Limau

Kata Puan Nur Amina dia mempunyai GDM on DC, iaitu Diabetis gestasi, ia adalah diabetis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dan dia berjaya melahirkan bayi lelaki secara normal sebelum 40 minggu kehamilan di Hospital Putrajaya. 

Assalamualaikum. Saya dh selamat melahirkan seorg bayi lelaki secara normal dgn berat 3.42kg pada 11 Jun 2021 di Hospital Putrajaya.

Saya ada GDM DC jadi kena admit sebelum 40w utk induce. 3hr sebelum admit kena buat swab test di bangunan ONN sebelah Emergency. Eloklah pergi dlm kul 9-9.30pagi sbb ramai ibu2 menunggu turn utk swab. Hospital Putrajaya (Hospital Putrajaya) mmg katil penuh. Jadi pada hari diarahkan admit, sy mai HPJ jam 11pagi dan staf minta balik dahulu. Pihak HPJ akan call jika katil ada kekosongan.

Saya check in pada jam 9 malam dgn mild contraction. Setelah scan, Dr nk buat VE dan laluan dh 2cm dgn mild contraction. Dr buka laluan sikit.. time ni rase mcm 🥲🥲🥲..1 mlm xtido sbb tahan sakit then esok pg VE lg baru 3cm tp xinduce sbb dh ada natural contraction.Dr bukakkan lagi laluan …sakit nyer🥲.

Bersalin selepas 3 hari menahan kontraksi

hospital putrajaya

Foto: Nur Amina

Plan asal nak induce belon sbb ada previous scar dan tak digalakkan guna induce pil. Bila ada natural contraction, Dr suh continue dan observe smpi esok. Mean 24hr dgn natural contraction kalau tak bersalin juga, kena plan lain.

1hari lagi melayan contraction..bdn mula dh rasa penat..Then hari ketiga Dr cek dh 4cm then suh booking Labour Room. Jam 11am pecah ketuban, tolak ke LB. Dlm LB, Dr beri option nak ubat tahan sakit …gas sedut, painkiller atau epidural. Saya pilih epidural sbb few days bdn dh penat tahan sakit contraction then last makan pun 8.30am sekeping roti dan secawan susu..

Pilihan ambil epidural, saya dapat rehat setelah 2hari keletihan. Then saya dapat stabilkan emosi saya semula sbb bsalin kali ini seorg diri tanpa ditemani suami…dpt berzikir dan fokus kpd contraction .saya fikir selepas bsalin nanti saya nak handle baby dan diri sendiri sbb baby risk GDM kena observe gula utk 24hr.

Alhamdulilah jam 5.25ptg saya selamat melahirkan seorg hero…stgh jam kemudian nurse bagi baby utk bonding dan minta suami azankan melalui VC. Utk uri kalau husband dh berada di sekitar dewan bersalin, nurse boleh serah terus tp kalau suami tiada, nurse minta collect di wad melalui security. kita jumpa suami ketika discaj sahaja. Suami ambil di wad.
Selepas bius epidural habis, saya masih lagi cergas, sakit masih boleh bertahan dan yg penting emosi saya masih tenang..

hospital putrajaya

Foto: Harian Metro

Semoga ibu-ibu lain dapat mengharungi fasa ini dengan tenang 😁😁😁 goodluck semua😉😉😉
Btw jgn stress bila berada di hospital sbb nurse and Dr di wad dan di LB sangat2 baik dan membantu… Ucapan berbanyak terima kasih kpd staf Wad 2A Hospital Putrajaya dan Staf yg Handle Labour Room bilik 10 pada 11 Jun 2021.

Jgn bawak baju byk2.. masa di LB cukup sehelai baju tido lengan panjang (HPJ mmg sejuk mcm duk dlm peti ais), bedung, minyak bayi dan pampers utk set baby. Utk mommy pula bawak spenda dgn pad atau panties pad (yg ini recommended utk 3hr pertama selepas bsalin)…lepas tu kalo ada GDM tu banyak2 la minum air kosong, xyah bawak biskut2 maneh, 3in1 karang kantoi kt bacaan BSP.

Nur Amina sempat berpesan pada ibu-ibu supaya tidak membawa barang yang banyak, cukup sekadar barang yang penting dan baju lengan panjang kerana di hospital memang sejuk. 

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Sumber: Nur Amina 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Hospital Kerajaan Terbaik Untuk Bersalin di Kuala Lumpur & Selangor

Baca juga:  4 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta Pilihan Ibu-Ibu Berdasarkan Pengalaman Sendiri

Baca juga:  Senarai Hospital Terbaik Di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya Ketika Pandemik, Lebih 24 Jam Kena Melayan Contraction, Nasib Nurse Baik-Baik
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham