X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penjagaan Bayi Ketika Pandemik, Ini Nasihat Pakar, Ibu Bapa Baru WAJIB TAHU

5 min bacaan
Penjagaan Bayi Ketika Pandemik, Ini Nasihat Pakar, Ibu Bapa Baru WAJIB TAHU

Penjagaan bayi baru lahir kini lebih mencabar dengan situasi sekarang, ini yang ibu ayah patut tahu mengenai temu janji vaksin bayi dan sebagainya.

Ibu bapa baru kini menghadapi cabaran tambahan semasa pandemik koronavirus dalam menjaga bayi baru lahir. Bagi yang masih ragu-ragu dan risau, ini antara nasihat yang diberikan oleh pakar untuk memastikan bayi anda kekal selamat dan membesar dengan sihat.

Cara penjagaan bayi baru lahir ketika pandemik

penjagaan, penjagaan bayi baru lahir

Foto: Sirap Limau

Untuk mempelajari bagaimana menjadi ibu bapa kepada bayi baru lahir di waktu bebas pandemik pun boleh dikatakan mencabar apatah lagi di musim wabak yang berleluasa ini.

Memang cabaran ibu bapa baru di waktu ini berganda-ganda sukarnya. Tapi percayalah alah bisa tegal biasa, anda mampu mengharunginya jika tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah membeli barang keperluan bayi yang mana kebanyakan ibu ayah membuat ‘stok bekalan’ sehinggakan sukar untuk orang lain mendapatkannya. 

Ada yang sampai perlu membeli secara online, namun itulah perlu dilakukan seawal mungkin agar tidak perlu menunggu lama. 

Dan paling utama adalah kebimbangan membawa anak keluar untuk temu janji doktor bagi pemeriksaan berkala. Risaunya bukan kepalang, yalah perlu bawa ke klinik atau hospital yang mana penuh dengan orang-orang yang tidak sihat. 

Kalau di luar negara, pemeriksaan bayi dilakukan secara visual melainkan untuk temujanji vaksin bayi. Di Malaysia masih lagi mengekalkan pemeriksaan seperti biasa. 

“Selepas melahirkan anak biasanya dipenuhi dengan kegembiraan bagi kebanyakan ibu bapa baru, tetapi dalam senario sekarang ini, kebanyakan kita menghadapi cara hidup baru, dan terdapat peningkatan tahap kegelisahan dan kemurungan,” kata Navya Singh, Psy.D., seorang psikologi dan pengasas dan ketua pegawai klinikal wayForward, platform digital dalam menyelesaikan kesihatan tingkah laku dan mental.

Berita baiknya anda semua patut tahu bahawa anda tidak bersendirian. Pakar memberi nasihat bagaimana anda boleh menyesuaikan diri sebaiknya dalam keadaan terdesak ini.

#1. Hadkan lawatan ke pakar

penjagaan, penjagaan bayi baru lahir

Foto: Pa&Ma

Pakar pediatrik anda boleh memberi nasihat sama ada anda masih boleh membawa bayi anda ke klinik atau tidak perlu begitu kerap. Beberapa doktor di Amerika Syarikat telah pun beralih sepenuhnya ke lawatan virtual melalui Skype, Zoom, atau platform lain, bahkan untuk bayi baru lahir, kata Matt Dougherty, M.D., pakar pediatrik di St. Louis. 

“Walaupun tidak dapat menjalani ujian yang kami inginkan, kami masih memiliki alat untuk melihat apakah bayi memiliki pertumbuhan otot yang betul, berat badan bayi yang ditimbang sendiri oleh ibu ayah, dan tidak memiliki kesukaran, seperti masalah bernafas, “kata Dr. Dougherty.

Kunjungan secara virtual lebih ideal daripada panggilan telefon, kata Dr Dougherty, kerana ia membolehkan doktor melihat interaksi antara ibu bapa dan bayi, bertanya. Malah segala persoalan mengenai penyusuan juga lebih mudah diadakan. 

#2. Temujanji vaksin

Walaupun lawatan ke doktor boleh dilakukan secara online, namun untuk imunisasi anda mungkin masih perlu membawa bayi anda ke klinik untuk mendapatkan vaksin mereka. Menunda temujanji vaksin mereka bukanlah pilihan yang tepat, biasanya tidak disarankan kerana pada waktu beginilah penting untuk melindungi mereka daripada penyakit- penyakit serius lain seperti meningitis dan batuk rejan, jelas Dr. Dougherty.

Namun, memandangkan tahap risiko semasa (terutama untuk bayi yang dilahirkan sebelum waktunya atau dengan keadaan kesihatan yang lain), dia menambahkan, beberapa temujanji vaksin mungkin perlu ditunda. Anda dan pakar pediatrik anda boleh berbincang dan membuat garis masa paling selamat untuk si kecil anda.

#3. Masih perlu keluar seketika untuk mendapatkan udara segar

Sekarang adalah waktu yang tepat untuk bersantai di rumah dengan selamat sambil menikmati waktu perintah kawalan. Jika boleh, bawa bayi anda bersiar-siar berdekatan dengan rumah, pastikan kawasan yang dibawa terbuka dan lapang serta jauh daripada orang ramai. Ini juga bagus untuk kesihatan mental anda serta bagus untuk penjagaan bayi.

Ia juga bagus untuk mengurangkan jaundis bayi, ini kerana penjagaan bayi yang mengalami demam kuning sepatutnya mendapat matahari yang cukup

Dougherty mengatakan bahawa risiko untuk bayi anda terkena jangkitan agak rendah kerana mereka akan berada di dalam stroller bayi dan tidak menyentuh permukaan. Namun, dia mengatakan yang terbaik adalah mengelakkan bayi anda masuk ke kedai runcit dan farmasi kerana mungkin lebih sukar untuk menjaga jarak dari orang lain.

#4. Dapatkan bekalan yang diperlukan

penjagaan, penjagaan bayi baru lahir

Ibu bapa baru di seluruh negara juga mungkin menghadapi kekurangan bekalan kritikal yang mereka perlukan seperti lampin, tisu, dan susu formula. Terutamanya bagi keluarga yang bergantung pada jenis formula alahan khas dan keluarga yang tidak mampu menyimpan banyak produk sekaligus.

sekiranya anda tidak dapat mencari apa yang anda perlukan di kedai atau dalam talian, cuba hubungi pembekal atau pengeluar secara langsung. Mereka mungkin mempunyai lebih banyak stok dan boleh menghantarnya terus kepada anda. Sekarang ini kan apa yang diinginkan boleh kata semuanya ada di atas talian atau media sosial.

Sekiranya anda berada dalam keadaan darurat, anda juga boleh meminta pejabat pakar pediatrik anda jika mereka mempunyai sampel tambahan atau jika ada jenama alternatif yang akan berfungsi untuk bayi anda buat masa ini.

#5. Penjagaan mental ibu ayah juga penting

Untuk mendapat pertolongan dalam penjagaan anak sekarang mungkin agak sukar. Itulah sebabnya perancangan yang teliti lebih penting daripada sebelumnya untuk memastikan anda mempunyai apa yang anda perlukan sepanjang hari, kata Dr. Singh.

Memang boleh dikatakan 80% rakyat Malaysia sekarang perlu bekerja dari rumah, jadi jadual harian sangatlah penting, anda juga perlu tahu rutin bayi anda pada masa ini agar lebih mudah merancang. 

Bincang dengan pasangan mengenai jadual kerja anda, ambil giliran untuk menjaga bayi, untuk makan dan sebagainya. Sekiranya masih tidak berdaya hubungilah keluarga dan dapatkan pertolongan daripada pihak tertentu. 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

“Buatlah senarai perkara yang akan dilakukan setiap orang, dan waktu-waktu di mana seseorang dapat berehat, termasuk pergantian semalam.”

Dan penting untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental anda juga. Sekiranya anda mula merasa sedih dan emosi tidak terkawal atau mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, hubungi bantuan profesional. Ahli terapi secara atas talian menawarkan sesi dalam talian sehingga ibu bapa baru masih boleh mendapatkan sokongan yang mereka perlukan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parents 

Baca juga: 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Semua Ibu Ayah Patut Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Penjagaan Bayi Ketika Pandemik, Ini Nasihat Pakar, Ibu Bapa Baru WAJIB TAHU
Kongsikan:
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama

    Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama

  • Tanya Kat Mana Sangkut Tuala Dalam Group, Netizen Pakat Kongsi 'Realiti' Lucu Di Rumah

    Tanya Kat Mana Sangkut Tuala Dalam Group, Netizen Pakat Kongsi 'Realiti' Lucu Di Rumah

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama

    Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama

  • Tanya Kat Mana Sangkut Tuala Dalam Group, Netizen Pakat Kongsi 'Realiti' Lucu Di Rumah

    Tanya Kat Mana Sangkut Tuala Dalam Group, Netizen Pakat Kongsi 'Realiti' Lucu Di Rumah

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.