Pengalaman Bersalin Normal Anak Kembar Dengan Mudah, Ibu Ini Kongsi Rahsianya!

Pengalaman bersalin normal ketika musim PKP ini menjadi harapan oleh setiap ibu. Bagi anda yang baru pertama kali, ambil tahu beberapa info penting ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses melahirkan anak di hospital tanpa ditemani suami atau ahli keluarga memberikan sedikit kesukaran buat bakal ibu, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak yang pertama. Rata-rata ibu berkongsi pengalaman bersalin normal dan caesar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggap begitu mencabar.

Setiap perjalanan hidup hendaklah dihadapi dengan tenang. Meskipun tiada peneman di sisi, mudah-mudahan segala proses kehamilan dan kelahiran bayi berjalan dengan lancar kerana setiap hospital memiliki pakar dan jururawat yang berpengalaman.

Pengalaman bersalin normal anak kembar ketika PKP

Kehamilan anak kembar menjadi idaman bagi setiap pasangan berkahwin. Ia dianggap sebagai rezeki berganda yang tidak diperoleh oleh kebanyakan suami isteri dan anugerah tidak terhingga.

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Mas Ayu melalui salah sebuah kumpulan di Facebook, dia menceritakan pengalaman bersalin normal anak kembarnya ketika pandemik Covid-19 ini.

Catatan 15 Februari 2021

Pada jam 10 pagi, saya sudah sampai di hospital. Tidak pergi awal sangat sebab nak tunggu anak-anak semua bangun dan nak peluk cium semua dahulu. Sampai sahaja di kaunter pendaftaran lebih kurang jam 11.30 pagi, saya perlu menunggu sebentar untuk melakukan ujian swab.

Alhamdulillah tepat jam 1.30 petang, hasil ujian tersebut adalah negatif. Jururawat terus ajak masuk wad, rehat dan baring-baring sahaja setelah duduk dekat kerusi dari jam 10 pagi untuk menunggu keputusan swab test tersebut.

Pengalaman bersalin normal, kedua-dua bayi keluar dengan mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Catatan 16 Februari 2021

Jam 7.20 pagi, doktor check bukaan pada masa tu sudah 2 cm. Tapi bila doktor stretch jadi 4cm dan buat keputusan untuk memasukkan ubat induce juga. Lepas tu kena baring selama 1 jam.

Selepas 6 jam masukkan ubat, doktor check semula bukaan. Tapi lewat sikit check sebab mommy makan dahulu untuk kumpul tenaga. Jam 2.30 petang macam tu baru check bukaan lagi, ‘okay, dah 5cm. Saya hantar awak ke labour room terus.’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun malangnya waktu ni penuh pula, kena tunggu sekejap dan dalam jam 3 petang baru dapat bilik. Masa 5cm tu sudah ada rasa sakit sikit-sikit, tapi masih boleh tahan lagi. Skala sakit tu dalam 5/10.

Bila dalam labour room, dah mula rasa sakit kontraksi. Doktor buat persediaan CTG dan prepare scan sebab nak tengok kedudukan bayi betul atau tak. Bila doktor dah pecahkan air ketuban kembar 1, masa tu dah sakit dah tapi belum rasa nak teran lagi.

Kemudian doktor minta izin nak masukkan camera internal dari bawah untuk pantau kedua-dua bayi. Tak sempat masukkan kamera tu, mommy dah rasa nak teran dan terus bagitahu doktor.

Pengalaman bersalin ketika PKPP dengan sekali teran 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada bukaan sepenuhnya 10cm dan sekali teran sahaja, keluarlah kembar pertama jam 3.50 petang dengan berat 2.04kg. Dapatlah rehat sekejap.

Kemudian, rasa nak teran lagi. Tapi air ketuban kembar kedua belum dipecahkan. ‘kejap puan, saya pecahkan air ketuban dulu,’ kata doktor.

Belum sempat pecah, dah terteran keluar sekali dengan kantung ketuban. Pecah dekat luar je. Maka keluarlah kembar kedua jam 3.52 petang seberat 2.4kg.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alhamdulillah selang masa 4 minit sahaja, kedua-dua bayi kembar ini selamat dilahirkan. Masa di labour room juga sangat singkat, dari jam 3 hingga 3.50 petang sahaja.

”Tips saya sama je macam ibu-ibu yang lain. Ketika mengandung lagi saya banyak mengamalkan doa Nabi Yunus dan ambil 3 biji buah kurma sebelum masuk ke bilik bersalin. Walaupun rasa sakit kontraksi begitu kuat, saya tetap kuatkan semangat dan sentiasa baca  lailahailla anta subhanakainnikuntuminazzolimin.”

”Bila rasa nak keluar, pastikan teran bersungguh-sungguh, jangan tahan, elakkan menjerit atau mengeluarkan suara. Yang penting juga ibu kena sentiasa kuat semangat, berfikiran positif dan sentiasa berdoa agar dimudahkan urusan serta dapat merasai proses bersalin secara normal,” kongsi Mas Ayu.

Sumber: Mas Ayu

Kredit foto: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!