Pengalaman Mengandung Dekat, Mula-Mula Dapat Tahu Nangis Teruk Sebab Tak Sedia

Pengalaman mengandung dekat boleh jadi mimpi ngeri untuk sesetengah wanita. Anak pertama baru saja masuk 3 bulan, dah mengandung lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi yang ada pengalaman mengandung dekat, pasti teringat-ingat kengerian bila melihat alat ujian kehamilan tunjuk hasil positif. Anak pertama baru saja masuk tiga bulan tapi dah mengandung anak kedua!

Rasa bagai nak gugur jantung bila tengok kit UPT keluar double line. Masa itu, rasa nak gugurkan kandungan pun ada kerana rasa tak mampu nak jaga. Mujur juga iman masih kukuh di dada. 

Macam-macam perkara melintas di fikiran. Takut kena marah dengan nurse dan doktor, suami boleh terima ke, mak bising tak, mampu ke jaga anak, cukup ke sumber kewangan, office mesti bising kena cuti bersalin lagi dan pelbagai lagi.

Pengalaman Mengandung Dekat: Bagaimana Ia Terjadi

Walau apa pun, semuanya sudah terjadi dan memang sudah disahkan hamil anak kedua walaupun tak sampai enam bulan melahirkan anak pertama. Mahu atau tidak, terpaksa jugalah meneruskan kandungan walaupun pelbagai kerisauan timbul di hati.

Pelbagai cerita di media sosial mengenai ibu yang mempunyai pengalaman mengandung dekat, termasuklah dimarahi dan disindir nurse. Debaran untuk buat buku pink jangan ceritalah, berdebar sangat rasanya. Masa nak buat check up baby kali pertama tu rasa macam pergi menyerah diri untuk dimarahi.

Namun, semua sangkaan itu meleset apabila disambut baik saja oleh jururawat dan juga doktor, malah diberi tips bagaimana untuk jaga diri dan kandungan sebaiknya. Namun diselitkan juga nasihat supaya perlu merancang sebaiknya untuk kandungan seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bagaimana sebenarnya mengandung jarak dekat ini boleh terjadi? Anda sebenarnya boleh hamil seawal tiga minggu selepas kelahiran bayi, walaupun anda sedang menyusu dan haid anda belum bermula lagi selepas bersalin.

Jadi memang bukan mustahil sekiranya anda boleh hamil lagi walaupun bayi sebelumnya baru berusia tiga bulan. Disebabkan itu adalah penting untuk menggunakan beberapa jenis kontraseptif setiap kali anda melakukan hubungan seks selepas bersalin.

Apa Perlu Dilakukan Jika Mengandung Dekat

Jadi apa perlu buat jika hamil jarak dekat? Pakar mengesyorkan menunggu 18 bulan selepas kelahiran sebelum hamil semula. Hamil awal daripada tempoh itu boleh meningkatkan risiko komplikasi, termasuk kelahiran pramatang dan berat lahir rendah.

Badan anda memerlukan masa untuk pulih antara kehamilan jika boleh. Tubuh wanita hamil memerlukan masa untuk pulih daripada kehamilan itu sendiri, menormalkan berat badan, mengoptimumkan pemakanan dan menyelesaikan keadaan perubatan yang berkaitan dengan kehamilan.

Selain itu, terdapat bukti peningkatan kematian ibu dan morbiditi dengan jarak kehamilan yang sangat rapat ini. Justeru ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda hamil jarak dekat terutama jika pernah alami pengalaman keguguran. 

Jika anda fikir anda hamil, berbincanglah dengan doktor anda. Ini kerana anda memerlukan penjagaan pranatal untuk membantu memantau kehamilan dan bayi serta meminimumkan risiko. Perkara yang anda perlu buat adalah:

#1. Dapatkan penjagaan pranatal secepat mungkin

Pastikan anda mendapat penjagaan pranatal secepat mungkin bagi memastikan anda dan kandungan terjaga kerana ia mungkin berisiko untuk kedua-duanya. 

#2. Tentukan apa perlu dilakukan untuk penyusuan ibu

Sekiranya ada sedang menyusukan bayi, tentukan apa yang paling selamat dan selesa untuk anda. Adalah mustahil untuk menyusu sepanjang kehamilan berikutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kehamilan biasa, penyelidikan mencadangkan bahawa penyusuan sepanjang masa adalah selamat dan tidak meningkatkan risiko untuk orang hamil atau anak sedia ada.

Namun anda mungkin melihat penurunan dalam bekalan susu anda disebabkan perubahan hormon yang dijangkakan semasa kehamilan.

Ia juga boleh menjadi lebih tidak selesa dan sukar untuk meneruskan penyusuan susu ibu disebabkan oleh gejala kehamilan seperti payudara sensitif, keletihan dan loya.

#3. Jangan takut untuk menambah berat badan

Mungkin anda sebenarnya sedang fikir untuk kurus balik selepas hamil anak pertama. Namun, adalah perkara biasa untuk seorang ibu hamil alami kenaikan berat badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Ambil berat mengenai diet anda

Kehamilan jarak dekat mungkin menjadikan badan anda kurang nutrisi sebab itu pentingnya mengambil makanan dengan betul. Nutrien tertentu seperti kalsium dan zat besi mesti ditambah semula selepas bersalin dan itu mengambil masa kira-kira enam bulan.

Diet yang kaya dengan kalsium dan zat besi sangat diperlukan. Anda juga memerlukan kira-kira 1,000 mg kalsium, 27 mg zat besi, dan 600 mg asid folik setiap hari sepanjang kehamilan.

#5. Bersedia untuk lebih penat

Disebabkan ehamilan kedua berlangsung dalam persekitaran yang berbeza kerana ada pendatang baharu yang menuntut perhatian anda, jadi anda perlu mengambil masa rehat yang mencukupi.

Sekurang-kurangnya, pertimbangkan untuk tidur setiap kali bayi anda yang pertama itu tidur. Jika boleh, hantar anak pada pengasuh  dan jangan malu untuk meminta bantuan pasangan atau keluarga.

#6. Teruskan bersenam

Senaman sentiasa disyorkan semasa hamil. Senaman sangat bagus untuk kesihatan orang hamil dan mengurangkan risiko beberapa keadaan perubatan semasa kehamilan. Terdapat juga bukti yang baik bahawa ia mengurangkan tempoh bersalin.

Sama ada anda memilih yoga pranatal atau berjalan kaki pastikan anda kekal terhidrat.

#7. Berhati-hati bila dukung bayi

Mendukung bayi lain semasa hamil boleh menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan di leher anda, masalah bahagian bawah belakang dan ketidakselesaan lain.

Sentiasa angkat dengan bentuk yang betul iaitu pastikan anda bengkokkan lutut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Jauhkan diri dari risiko penyakit

Cuba elakkan mana-mana orang atau situasi yang boleh menyebabkan anda lebih cenderung untuk dijangkiti virus. Ramai orang hamil mendapati bahawa kehamilan berulang kali melemahkan sistem imun mereka, menjadikan mereka lebih terdedah kepada selsema dan penyakit lain.

Makan secara sihat dan banyakkan berehat adalah strategi pencegahan terbaik anda. 

#9. Tenang

Kehamilan kedua yang dekat mendatangkan mungkin mendatangkan masalah kepada anda tetapi cuba lihatnya daripada sudut positif. Jangan cuba untuk menjadi sempurna. Ingat pelajaran daripada kehamilan pertama: Setiap fasa yang mencabar akan berlalu.

Risiko Mengandung Dekat

Ini kerana mengandung terlalu cepat selepas bersalin boleh berisiko untuk anda dan bayi anda. Mengandung semula dalam tempoh setahun selepas bersalin meningkatkan peluang bayi baru anda dilahirkan terlalu cepat atau pramatang. Bayi yang dilahirkan terlalu awal boleh mengalami masalah kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda melahirkan bayi anda melalui pembedahan risiko untuk hamil semula dengan segera adalah lebih besar.

Penyembuhan keseluruhan amat penting bagi mereka yang pernah menjalani pembedahan c-section. Kelahiran yang berlaku 18 bulan atau kurang mempunyai risiko lebih tinggi untuk pecah rahim, keadaan kecemasan di mana parut pada rahim terbuka sebelum bersalin.

Namun, apa yang penting jika sudah termengandung ibu ayah perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan anda alami kehamilan yang sihat. 

Kebaikan Mengandung Dekat

Sudah tentu, membesarkan dua anak kecil sekaligus boleh jadi mencabar, tetapi terdapat banyak perkara menarik yang mungkin diperolehi daripada kehamilan jarak dekat ini. Antaranya termasuklah:

  • Anak anda akan mempunyai adik-beradik yang hampir sebaya
  • Jimat, semua peralatan anda boleh gunakan semula tanpa perlu menyimpan balik
  • Anda hanya penat beberapa tahun pertama secara sekaligu, dan selepas itu boleh bereha
  • Anak kecil anda, mereka sangat lebih berkemungkinan mempunyai minat yang sama dan bermain bersama jika umur mereka hampir

Sekiranya ibu-ibu di luar sana juga mempunyai pengalaman mengandung dekat, jom kongsikan bersama kami di ruangan kominiti dalam aplikasi kami theAsianparent ya!

  1. parents ( August 12, 2022) Surviving a Second Pregnancy That’s Right After Your First. www.parents.com/pregnancy/my-body/pregnancy-health/surviving-back-to-back-pregnancies/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Period Tidak Hadir, Hakikatnya Ada Banyak Lagi Tanda Tanda Awal Kehamilan Yang Sering Disalah Sangka

Baca juga: Ujian Kehamilan Positif, Namun Tidak Hamil? Ini 7 Sebab Yang Mungkin Jadi Puncanya

Baca juga: Apa Tanda Hamil 1 Minggu? Ada Beberapa Tanda Mengandung Seawal 1 Minggu Yang Boleh Rasa Pada Perubahan Diri

Penulis

Lala Annuar