X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ukuran Perut Hamil 1 Minggu Hingga 1 Bulan, Ciri Ciri Kandungan Awal Trimester Yang Anda Perlu Peka

4 min bacaan
Ukuran Perut Hamil 1 Minggu Hingga 1 Bulan, Ciri Ciri Kandungan Awal Trimester Yang Anda Perlu PekaUkuran Perut Hamil 1 Minggu Hingga 1 Bulan, Ciri Ciri Kandungan Awal Trimester Yang Anda Perlu Peka

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan perut hamil 1 minggu hingga 1 bulan? Tak banyak beza, tapi anda boleh rasa perubahan pada diri.

Ramai yang pasti tertanya-tanya, apakah ciri-ciri wanita hamil dengan usia kandungan seminggu kerana biasanya jika diketahui pun sudah berusia 1 bulan atau empat minggu. Kali ini kami kongsikan ciri-cirinya termasuklah ukuran perut hamil 1 minggu.

Ketika awal kehamilan iaitu minggu pertama hingga keempat, perut ibu tidak akan terlalu jelas kelihatan kerana keadaan janin yang tersangat kecil diibaratkan seperti biji popi. Kecil kan? Disebabkan itu ramai saja yang tidak perasan.

Paling anda boleh tahu pun jika anda perasan anda lewat datang haid atau merasakan perubahan pada payudara yang terasa penuh dan keadaan suhu badan yang sedikit panas dari biasa. 

Ciri-ciri & ukuran perut hamil 1 minggu – 1 bulan

Mungkin ramai yang sudah jelas bahawa bila hamil 1 minggu memang perut anda langsung tidak kelihatan perubahan. Disebabkan itu biasanya ibu mengetahui mengandung selepas usia kandungan tiga minggu.

Pada usia kandungan tiga minggu, sel sperma dan ovum yang bersatu akan membentuk zigot dan akan berkembang menjadi embrio. Seterusnya pada usia kandungan 4 minggu atau sebulan, embrio akan mula tertanam atau menempel di dinding rahim.

Kantung amnion atau ketuban akan mula terbentuk. Ini akan menjadi rumah kepada bayi anda hingga tiba masa mereka untuk lahir. Plasenta atau uri juga akan terbentuk untuk menghasilkan sel darah merah bayi anda dan bertanggungjawab menghantar nutrisi kepada bayi.

Ini adalah permulaan kepada aktiviti penting untuk bayi anda. Dari sekarang hingga 6 minggu yang berikutnya, semua organ akan mula terbentuk dan ada yang akan mula berfungsi!

Ukuran janin 1 bulan dianggarkan lebih kurang seperti sebutir beras atau sekitar 6-7 mm. Walaupun ukurannya masih kecil, tetapi janin sudah boleh dilihat di dalam kantung apabila di scan. 

Ciri-ciri hamil 1 minggu – 1 bulan

Kehamilan terjadi apabila sel sperma bersatu dengan sel ovum di dalam rahim. Seterusnya ia akan menempel di dinding rahim.

#1. Alami spotting (biasanya berwarna coklat pekat bercampur sedikit darah)

perut hamil 1 minggu

Namun, ciri kehamilan seminggu biasanya tidak jelas kelihatan kerana pada usia 1 minggu kehamilan, janin masih belum terbentuk dalam perut ibu. Bentuk perut hamil 1 minggu masih belum alami perubahan begitu juga dengan keadaan payudara. Ia mungkin masih belum membengkak atau rasa terlalu penuh. 

Pada seminggu kehamilan, anda mungkin alami spotting hasil daripada implantasi atau penempelan di dinding rahim. 

#2. Mual

perut hamil 1 minggu

Hormon kehamilan akan menyebabkan anda rasa mual dan juga pening kepala. Anda juga mungkin akan alami muntah-muntah pada peringkat ini. 

#3. Kembung

Anda mungkin akan rasa bloated. Ia berikutan hormon progesteron yang semakin meningkat. Jadi elak menggunakan seluar yang ketat. Lebih baik gunakan seluar yang longgar. 

#4. Kejang perut

Anda mungkin akan rasa kekejangan ringan pada perut seperti senggugut tetapi tidaklah terlalu kuat. Mungkin juga anda akan terasa senak perut dan perut rasa tidak selesa.

#5. Perubahan emosi

Mungkin anda tidak perasan, tetapi orang lain mungkin perasan. Anda mungkin akan jadi lebih sensitif daripada biasa atau cepat marah atau cepat sedih. Selalunya tak begitu pun, tetapi bila hamil, perubahan hormon akan menyebabkan perkara ini berlaku. 

#6. Cepat letih

Anda akan jadi seorang yang terlalu cepat letih. Mahu berjalan pun mungkin anda jadi malas. Tetapi tidak semua akan alami perkara ini, ada juga ibu yang rasa biasa saja.

Jadi sebab itu tidak pelik jika ada yang masih tidak sedar walaupun sudah mengandung 4 bulan!

Ukuran perut sepanjang kehamilan

perut hamil 1 minggu

Kredit foto: pantangplus

Ukuran ini tidak sama untuk semua wanita. Ia bergantung kepada sama ada ini adalah kandungan pertama atau sebaliknya dan juga jenis kulit wanita itu. 

Ibu mungkin belum boleh melihat dengan jelas perut hamil 1 minggu hingga sebulan dan akan kelihatan seperti tidak hamil. Perut akan mulai membesar di akhir trimester pertama atau ketika usia kandungan 3 bulan iaitu sekitar 12 minggu. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Bagi wanita yang sudah pernah hamil atau bukan kehamilan kali pertama, mungkin perutnya akan lebih mudah kelihatan. Ketika ini anda sudah boleh mula makan vitamin untuk ibu hamil.

Seluar skinny jeans atau seluar yang ada butang mungkin sudah tidak lagi boleh dibutang. Jadi sudah masanya untuk anda beli belah pakaian baharu yang mungkin lebih longgar. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Anda Besar Mana Pada Usia Kandungan Minggu Ke-4 Ini?

Baca juga: Kandungan Saya Masuk 5 minggu – Bayi Sekarang Besar Mana?

Baca juga: Apa Perkembangan Janin Dari Hari Pertama Hingga Minggu Ke-3 Kehamilan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ukuran Perut Hamil 1 Minggu Hingga 1 Bulan, Ciri Ciri Kandungan Awal Trimester Yang Anda Perlu Peka
Kongsikan:
  • 28 Pilihan Makanan Tinggi Serat Untuk Ibu Hamil - Elak Sembelit & Risiko Praeklampsia!

    28 Pilihan Makanan Tinggi Serat Untuk Ibu Hamil - Elak Sembelit & Risiko Praeklampsia!

  • Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

    Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

  • 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

    8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

app info
get app banner
  • 28 Pilihan Makanan Tinggi Serat Untuk Ibu Hamil - Elak Sembelit & Risiko Praeklampsia!

    28 Pilihan Makanan Tinggi Serat Untuk Ibu Hamil - Elak Sembelit & Risiko Praeklampsia!

  • Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

    Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

  • 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

    8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.