Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama

Penjagaan bayi baru lahir boleh memberikan kesukaran bagi anda yang tiada pengalaman. Justeru ikut beberapa panduan lengkap dan mudah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan teruja dikurniakan cahaya mata akan dirasai oleh kebanyakan pasangan suami isteri. Antara perkara penting yang perlu anda belajar dengan lebih awal adalah penjagaan bayi baru lahir.

Menjaga bayi baru lahir tidak semestinya terletak pada bahu isteri sahaja. Para suami juga hendaklah mainkan peranan. Justeru nanti tidak adalah episod memberi alasan 'takut nak pegang baby'.

Penjagaan bayi baru lahir di hospital

Jika bayi lahir dalam keadaan yang sihat dan tak memerlukan bantuan perubatan, badan bayi akan dikeringkan dengan tuala hangat.

Kemudian, bayi selepas lahir akan dipindahkan ke kain kering untuk mengelak hiportemia. Proses pengeringan juga dilakukan untuk buat bayi menangis.

Doktor kemudian akan buat pemeriksaan fizikal untuk melakukan ukuran bayi, periksa alat kelamin mereka, keabnormalan kongenital atau masalah lain.

Tali pusat bayi selepas lahir kemudiannya akan diikat dan kemudian doktor akan meletak bayi ke atas perut atau dada ibu untuk sentuhan kulit ke kulit dan menstimulasi penyusuan.

Semasa dalam rahim, bayi berada pada suhu hangat dan bila mereka dilahirkan, suhu turun lebih rendah hingga mereka mempunyai risiko untuk mendapat hiportemia.

Kerana ini, sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sangat penting. Bayi akan dapat menghangatkan badan mereka secara semula jadi dengan suhu kulit anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika bayi diletakkan di dada, bayi anda akan mencari puting untuk melakukan proses stimulasi penyusuan. Proses ini dapat meningkatkan sistem imunisasi bayi dan merangsang pelepasan oxytocin pada ibu.

Apabila anda sudah boleh pulang ke rumah, bersiap-sedia untuk melakukan 8 tips penjagaan bayi baru lahir ini pula! ;)

Panduan penjagaan bayi baru lahir yang betul

1. Rambut dan kulit kepala

Asas penjagaan bayi yang pertama adalah cara memandikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuci rambut bayi baru lahir menggunakan syampu yang khas untuk bayi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok rambut bayi baru lahir perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya!

Jika anda lihat kulit kepala bayi berkerak, ia normal dan dipanggil sebagai cradle cap.  Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby oil.

Caranya, letak baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan dengan kapas atau cotton bud perlahan-lahan dan kemudian cuci hingga bersih.

2. Mata bayi

Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata yang ada pada baby newborn, basahkan kapas bersih dengan air masak.

Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata bahagian lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Hidung dan telinga

Sebenarnya hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus.

Tapi jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar dari hidung bayi selepas lahor, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung si manja saja.

Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.

4. Mulut

Jika lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, bersihkan dengan kapas yang dibasahkan dengan air masak.

Jangan lupa untuk pastikan tangan anda bersih sebelum membersihkan mulut bayi baru lahir.

5. Tali pusat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda perlu berhati-hati dengan tali pusat bayi kerana ia mudah terkena jangkitan.

Jika tali pusat bayi selepas lahir terkena air semasa mandi, keringkan dengan kapas atau kain bersih. 

Tali pusat bayi biasanya akan tanggal dengan sendirinya antara satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tanggal, anda boleh bersihkan kotoran dengan baby oil.

6. Cara penjagaan kulit bayi

Cara penjagaan kulit bayi hendaklah dilakukan dengan teliti dan penuh berhati-hati. Hal ini kerana kulit mereka lebih sensitif berbanding orang dewasa.

Ibu ayah hanya boleh mandikan bayi newborn sekali sehari di tab mandi atau lap mereka dengan tuala basah. Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda adalah suam.

Setelah selesai, lap kering seluruh tubuh bayi dan pakaikan losen yang sesuai bagi mengekalkan kelembapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Kuku

Kuku bayi selepas lahir biasanya nipis, panjang dan tajam. Walau bagaimanapun ibu ayah dinasihatkan untuk potong kuku si manja selepas usianya mencecah seminggu atau dua minggu.

Hal ini kerana bagi mengelakkan luka pada kulit jari tangan dan kaki anak.

8. Punggung bayi

Punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif. Jika tak dibersihkan dengan betul, ruam akan mula timbul di kawasan tersebut.

Ketika menukar lampin bayi, adalah lebih baik anda menggunakan air dan kapas berbanding tisu basah bagi mengelakkan berlakunya iritasi pada kulit.

Seterusnya pastikan punggung bayi sentiasa kering dan bersih. Anda juga boleh menggunakan diaper cream sebelum memakai lampin.

Cara menyusukan bayi baru lahir

Bagi ibu kali pertama, adalah normal jika anda berasa kekok untuk menyusu badan. Ditambah pula dengan masalah puting melecet. 

Cara menyusukan bayi baru lahir sepatutnya diberi secara on demand iaitu mengikut permintaannya. Berikut cara menyusukan bayi baru lahir dengan betul:

  1. Pastikan ibu duduk dengan selesa dan ada sokongan pada bahagian belakang dan tangan.
  2. Pastikan anda mendukung bayi dengan mulut dan hidungnya menghala ke arah payudara. Ini supaya bayi tidak perlu pusingkan kepala semasa menyusu.
  3. Duduk dengan selesa sebelum mula menyusu bayi.
  4. Anda mungkin perlu menyokong payudara semasa menyusu. Ini supaya payudara anda tidak sentuh atau menghalang pergerakan dagu bayi yamg boleh menjejaskan penyusuan.
  5. Apabila cuba memberi susu, galakkan anak untuk membuka mulut dengan besar supaya dia dapat melekap dengan baik pada puting ibu.
  6. Dekatkan bayi sehingga hidungya menyentuh payudara dan jangan lupa untuk menyokong bahagian belakangnya.

Kekerapan bayi menyusu

Dalam hal ini, ibu ayah perlu tahu bahawa corak penyusuan dan kekerapan bayi menyusu tidak sama bagi setiap bayi. Tetapi jangan bimbang, anda akan lebih biasa dengan corak ini selepas beberapa minggu.

Walau bagaimanapun anggaran kekerapan bayi menyusu di bawah ini boleh menjadi panduan buat para ibu:

  • Minggu pertama: Anda sepatutnya tahu cara menyusukan bayi baru lahir sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari. Pada waktu siang, kejutkan bayi setiap dua jam untuk menyusu. Untuk waktu malam, susukan bayi setiap 4 jam
  • Minggu kedua hingga enam: Apabila bayi semakin besar, anda boleh mengurangkan kekerapan menyusu dalam sehari ke sekitar 8 hingga 12 kali. Sesetengah bayi masih perlu menyusu setiap 2 jam, jadi ikutlah naluri diri dan terus menyusu mengikut permintaan bayi anda.

Cara banyakkan susu badan

  • Kerap menyusu atau mengepam susu badan
  • Menyusu dengan kedua-dua belah payudara
  • Cara banyakkan susu badan: Elakkan tekanan dan dapatkan sokongan orang terdekat
  • Ambil milk booster untuk meningkatkan pengeluaran susu
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan sayur-sayuran dan buah

Susu baby newborn

Tidak semua ibu dikurniakan rezeki dapat menyusu badan dengan baik. Ada sesetengahnya berdepan masalah tersendiri sehingga terpaksa memilih susu baby newborn formula.

Disebabkan ini pengalaman kali pertama, tentu sahaja anda tertanya-tanya susu new born manakah yang terbaik buat si manja.

Berikut beberapa cadangan yang menjadi pilihan kebanyakan ibu:

  • Susu S26 newborn. Susu premium S26 SMA Gold Step 1 ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi.  productnation
  • Frisolac. Susu formula ini mengandungi kalsium tertinggi dan diperoleh dari ladang lembu Holland
  • Nestle NAN Pro Step 1 Infant Formula Milk Powder. Ia mengandungi probiotik untuk kesihatan perut si manja
  • Lactogen. Susu ini mudah untuk dicerna perut si manja 
  • Dumex Dupro

Dalam mendapatkan susu baby newborn yang sesuai, ibu perlulah try and error. Pastikan anda beli pek kecil terlebih dahulu dan perhatikan sebarang perubahan pada bayi seperti tekstur najis, penyebab sembelit atau pun tidak.

Ragam bayi dalam pantang

Dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran, ia boleh menguji kekuatan fizikal dan mental para ibu.

Lebih-lebih lagi jika anda berpantang sendirian dan jauh dari keluarga. Ada beberapa ragam bayi dalam pantang yang perlu ibu ayah tahu iaitu:

  • Susah tidur dan suka berjaga malam

Bayi biasanya memerlukan sedikit waktu untuk membiasakan diri dengan persekitaran mereka. Justeru ibu kena bezakan waktu siang dan malam, pastikan lampin bersih, berikan susu yang cukup. Jika perlu, cuba bedung bayi dan berikannya puting kosong ketika waktu tidur.

  • Ingin sentiasa dukung atau beriba

Bayi baru dilahirkan telah menghabiskan 9 bulan dalam rahim ibunya. Keadaan dalam rahim sempit dan tempat yang paling selamat untuk bayi, jadi tidak hairanlah anak rindu perasaan yang sama apabila dilahirkan.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh perlu memenuhi deria yang diperlukan si manja iaitu:

  1. Deria sentuhan (tactile). Pakaikan losen dan belai seluruh badan bayi, usapkan kepalanya dan biarkan bayi genggam jari ibu
  2. Deria keseimbangan (vestibular). Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa dia sedar
  3. Deria sendi (joint sense). Lakukan urutan selepas mandi dan pakaikan bedung untuk bayi baru lahir
  • Masalah perut kembung

Kembung perut adalah masalah yang paling kerap berlaku pada bayi baru lahir. Sekiranya si manja menangis seperti meronta, ibu perlu memeriksa bahagian perutnya.

Bagi mengatasi masalah ini, sapukan beberapa titik minyak telon dan lakukan urutan 'I love you'. Selain itu jika menyusu badan, ibu perlu mengelakkan makanan yang boleh menjadi penyebab angin.

  • Kerap membuang air besar

Bayi yang baru lahir akan banyak membuang air besar dan agak kerap. Dalam beberapa hari pertama, adalah normal jika najisnya berwarna hijau tua atau hitam (meconium).

Bayi yang menerima penyusuan ibu secara eksklusif akan membuang najis dalam 5 ke 6 kali sehari. Selain itu, najis bayi yang diberikan susu ibu lebih cair berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.

Jumlah jam tidur kanak-kanak dan bayi baru lahir

Dalam proses perkembangan si kecil, mereka akan menghabiskan banyak masa dengan tidur. Bagi memudahkan kerja ibu ayah, adalah penting untuk anda menetapkan rutin dan waktu tidur bayi.

Jumlah jam tidur kanak-kanak dan bayi baru lahir adalah:

  • Waktu tidur bayi 0-3 bulan ialah bayi memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari. 
  • Jadual tidur bayi berusia empat hingga 11 bulan sebaiknya mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari. 
  • Kanak-kanak yang mencapai usia dua tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuk tidur siang.

Cara menenangkan bayi menangis menurut Islam

Apabila bayi menangis, mungkin mereka sebenarnya tahu bahawa ibu ayah menghadapi masalah. Perasaannya sangat sensitif dapat mengesan perasaan orang lain, boleh membuatkannya menangis lebih kuat.

Sekiranya tidak dapat mengawal keadaan ini, ada cara menenangkan bayi menangis menurut Islam yang boleh ibu ayah amalkan.

Antaranya adalah membaca doa dari ayat-ayat suci al-Quran iaitu dari surah At-Takwiir ayat 20.

“ Dzii quwwatiin 'inda dzil'arsyi makiin ”.

Maksudnya:

“Siapa yang berkuasa, yang tinggi kedudukannya di sisi Allah yang mempunyai ‘Arasy,” (QS. At-Takwiir: 20)

Kemudian tiup ke tapak tangan anda dan sapu pada muka bayi, dan juga tiupkan ke telinga bayi yang menangis. Ulang beberapa kali sehingga bayi anda mula tenang.

Kesimpulannya, dalam penjagaan bayi baru lahir memerlukan kerjasama yang baik antara suami isteri. Bukti sayang seorang lelaki dapat dilihat melalui bagaimana layanannya ketika isteri dalam pantang.

Ambil peluang ini untuk sama-sama jalankan tanggungjawab. Barulah isteri tidak tertekan menguruskan bayi seorang diri.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau Tapi Sebenarnya Normal

Baca juga: Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga:  Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan