Asas dalam pembelajaran anak-anak amat menekankan kemahiran menulis dan membaca. Seawal usia, ibu ayah hendaklah memastikan si manja terbiasa dengan alat tulis seperti pensil, krayon, buku serta kertas bagi merangsang kemahiran belajar mereka.
Hal yang merisaukan ibu ayah pada masa kini apabila menyedari anak tidak pandai pegang pensil dan gunting meskipun sudah memasuki alam persekolahan. Penyebab utama yang umum sudah mengetahui adalah disebabkan waktu skrin yang tiada had dan bebas.
Periksa cara anak pegang pensil atau pensel, elakkan terlalu beri tekanan tinggi
Menurut terapi cara kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, ibu ayah kena perhatikan cara anak pegang pensel. Hal ini kerana pegangan yang kurang efisien menyebabkan mereka mengambil masa yang begitu lama untuk menulis, menyalin dan membuatkan tulisan sukar dibaca.
Nampak cara anak ni pegang pensel?
Ni namanya High Pressure Tripod grip. Kenapa saya kata high pressure atau tekanan tinggi? Tengok cara dia bengkokkan jari dia. Itu tanda dia gunakan tenaga dan tekanan yang tinggi.
Kalau tengok belakang kertas tu, memang berkesan sampai ke 2 muka surat tulisannya. Tahu apa kesannya kalau sampai ke zaman nak tulis karangan nanti dia masih guna high pressure tripod ni?
Dia akan:
1. Cepat rasa penat semasa menulis.
2. Lambat nak siap bila buat aktiviti menulis.
3. Selalu tak sempat nak salin di papan hitam.
Tahu apa akibatnya nanti? Dia akan rasa aktiviti menulis menggunakan pensel sangat memenatkan. Dia akan de-motivated.
Sayang… Ramai anak-anak yang pandai-pandai sebenarnya. Tapi, de-motivated nak belajar, sebab kemahiran tulisan tangan mereka rendah. Bukan tak boleh menulis. Tapi, kerja menulis menjadi lambat dan begitu memenatkan.
Cara yang boleh ibu ayah buat untuk bantu anak yang ada masalah High Pressure Tripod grip
Jadi, nak buat apa kalau anak ada High Pressure Tripod grip ini? Sebenarnya, masih boleh diterima jika cara pegang pensel anak jenis high pressure grip sampai umur 7-8 tahun.
Sebab tu anak-anak darjah 1 & darjah 2 ramai yang ada masalah tidak sempat salin di papan hitam. Dan mereka juga tidak berapa minat nak menulis.
Tapi, bukan bermakna kita kata “haa…ok lah tu sebab acceptable”… Kalau tak dilatih, tak dibantu, sampai sekolah menengah nanti nak buat karangan 1119 anak mengadu penat sebab cara pegang pensel kurang efisien!
Jadi, apa yang mereka perlukan? Dan macam mana kita nak bantu mereka menulis dengan lebih cepat dan kurang pressure?
1. Banyakkan latihan motor halus. Ada antara kita ni, anak pandai je tulis A-Z, dah tak ajak anak buat aktiviti motor halus. Kesian anak. Dia masih lagi perlu latihan gitu sebenarnya.
2. Berikan lebih banyak aktiviti motor kasar yang melibatkan “upper limbs”. Contohnya macam bergayut di monkey bar, main badminton. Semua ini menguatkan otot bahagian atas tubuh anak. Jadi, nanti mereka lebih mudah nak kawal pergerakan jari.
3. Berikan anak latihan menulis pelbagai corak. Contoh macam dalam gambar tu. Corak-corak pra-menulis ni, sebenarnya penting untuk bantu anak koordinasikan pergerakan jari halus dia, dan buat dia selesa untuk mengawal pensil. Nanti, anak dah pandai guna pensel, dia akan kurang guna tekanan tinggi sebab dah lebih baik.
Namun sebagai ibu ayah kena ingat, jangan memaksa anak ketika proses belajar. Nak latih membaca atau menulis di rumah, setkan masa 10 hingga 15 minit sehari sudah cukup.
Bukan itu sahaja anda juga perlu tahu kekurangan dan kelebihan yang dimiliki setiap anak. Paling penting ibu jangan cepat stres dan konsisten bantu mereka.
Cara menulis tulisan cantik memerlukan latihan setiap masa. Ibu ayah hendaklah menyediakan alat tulis yang sesuai dengan usia si manja.
Biasalah jika pada awalnya tulisan tidak berapa kemas, lama-kelamaan nanti tahulah anak tentang cara tulisan cantik dan teratur. Yang penting luangkan masa bersama mereka, perbaiki mana yang kurang.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Beri Peluang Anak Explore & Bebas, Ibu Ini Kongsi 7 Tips Beriadah Di Taman Ketika Hujung Minggu
Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highland, ‘Hidden Gems’ Yang Wajib Dikunjungi!
Baca juga: Deco Hari Jadi DIY Yang Bajet & Guna Modal Rendah, Ikut Tema Kesukaan Anak Lebih Meriah!