X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sayu Melihat Wajahnya, Kanak-Kanak 2 Tahun Penghidap Kanser Positif Covid-19

4 min bacaan
Sayu Melihat Wajahnya, Kanak-Kanak 2 Tahun Penghidap Kanser Positif Covid-19

Ujian yang cukup berat bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ini apabila bukan saja menghidap penyakit cancer darah malah positif Covid-19 di Kelantan.

Selain keluarga dan staf perubatan yang merawat, tiada siapa yang tahu bahawa si comel ini mempunyai penyakit cancer dalam pada usianya yang baru berumur dua tahun apabila dia disahkan menghidap kanser darah.

Tak cukup dengan penyakit cancer yang digalas, kanak-kanak ini juga merupakan pesakit yang positif Covid-19 di Kelantan.

Budak 2 tahun menghidap penyakit cancer positif Covid-19

hidap kanser

Kanak-kanak tersebut bernama Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Namun, doktor terpaksa menangguhkan proses tersebut selepas mendapati ujian darah yang dilakukan mengeluarkan keputusan positif Covid-19.

Malah, kisah kanak-kanak pesakit kanser ini mula tular dalam laman Facebook selepas didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona). 

Berikut adalah status yang dimuat naik oleh pihak berkenaan:

Mohon anda mendoakan anakanda Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee, yang baru berumur 2 tahun 4 bulan yang telah disahkan positif covid-19 atau corona virus.

Selain itu, kanak-kanak ini juga merupakan pesakit yang menghidap kanser darah Leukemia, yang sepatutnya menjalani kitaran kimoterapi mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian. Akan tetapi, ujian yang dilakukan itu
mendapati Fateh positif Covid-19.

Mohon anda terus mendoakan anakanda Fateh sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya dalam melawan kanser leukemia ini.

Terdahulu, Fateh, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu Kelantan dan dipercayai mendapat Covid-19 yang dijangkiti daripada keluarga.

Mengundang simpati masyarakat

covid-19

Kisah adik Fateh yang tular itu mengundang simpati orang ramai dan sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semasa dihubungi para media turut mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

Info extra:

Leukemia merupakan barah sel darah putih yang boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih dalam sum sum tulang. Ia dihasilkan secara semula jadi.

Bagi pesakit leukemia, proses pengeluaran sel darah putih akan terganggu dan tidak matang seterusnya membahagi serta membiak.

Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi.

Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapatkan rawatan. Sel darah ini boleh dilihat melalui mikroskop dari ujian darah yang dijalankan.

Meskipun itu, sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi bagi mengawal jangkitan dalam darah.

Tanda dan gejala Leukemia

  • Bilangan sel darah putih yang tinggi dan berkumpul dalam sum sum tulang.
  • Platelet yang rendah dan mengakibatkan pendarahan hingga berlaku lebam, bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.
  • Boleh menyebabkan anemia hingga kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.
  • Lemah dan letih
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan
  • Sakit kepala
  • Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limfa
  • Sakit tulang yang boleh menyebabkan badan lemah
  • Sakit sendi
  • Kalenjar membengkak yang boleh menyebabkan darah tersekat.

Leukemia dirawat oleh ramai pakar 

leukemia

Ada beberapa cara yang akan dilakukan oleh pasukan perubatan dalam merawat pesakit Leukemia ini yang akan dikelolai oleh Pakar Onkologi Pediatrik iaitu seorang doktor yang merawat kanak-kanak yang menghidap kanser.

Pakar Onkologi ini akan bekerjasama dengan doktor dan kakitangan hospital yang lain seperti hematologist, Pakar bedah kanak-kanak, radiation onkologist, Pakar Endokrin, Pakar Saraf, Pakar Radiologi, pekerja sosial, jurupulih, pakar psikologi dan dietetik.

Dalam pada itu, rawatan bagi penyakit cancer ini diberikan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun oleh kerana kanak-kanak lelaki secara umumnya menunjukkan tindak balas yang lebih rendah berbanding kanak-kanak perempuan.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Ini kerana, kanak-kanak lelaki memerlukan rawatan yang lebih lama.

Walaubagaimanapun, terdapat kesan sampingan yang boleh berlaku sama ada jangka masa pendek mahupun panjang.

Misalnya terapi radiasi di atas kepala boleh menyebabkan kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan punca kepada barah lain.

Sebab itu, doktor akan memberi pemeriksaan secara berkala kepada setiap pesakit.

Sayu Melihat Wajahnya, Kanak-Kanak 2 Tahun Penghidap Kanser Positif Covid-19

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Says.com, Harian Metro, Malaysia Kini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-malang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Sayu Melihat Wajahnya, Kanak-Kanak 2 Tahun Penghidap Kanser Positif Covid-19
Kongsikan:
  • Breast Cancer: What You Eat Really Matters

    Breast Cancer: What You Eat Really Matters

  • 6 Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser, Dan Cara Menghadapinya - Jangan Give Up!

    6 Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser, Dan Cara Menghadapinya - Jangan Give Up!

  • Breast Cancer: What You Eat Really Matters

    Breast Cancer: What You Eat Really Matters

  • 6 Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser, Dan Cara Menghadapinya - Jangan Give Up!

    6 Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser, Dan Cara Menghadapinya - Jangan Give Up!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.