Kulit Jadi Sensitif Ketika Hamil, Begini Cara Penjagaan Kulit Agar Kekal Sihat & Berseri

Penyakit kulit sensitif ketika tempoh kehamilan biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh. Ada beberapa cara mengatasinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui perjalanan kehamilan selama 9 bulan mendedahkan ibu dengan pelbagai perubahan emosi dan fizikal. Ini termasuklah penyakit kulit sensitif disebabkan oleh hormon ketika mengandung.

Mengikut kepercayaan masyarakat kita, ibu yang memiliki kulit wajah sihat dan berseri adalah tanda hamil bayi lelaki. Manakala jika perempuan, anda cenderung berwajah kusam serta mungkin tiada mood untuk bersolek.

Penyakit kulit sensitif ketika mengandung

Semasa mengandung, kulit anda boleh menjadi lebih sensitif, dan adalah penting untuk mengambil berat tentang perkara ini agar ia sihat dan berseri.

Memandangkan badan sedang mengalami turun naik hormon dan bersedia untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan, adalah penting mengambil berat mengenai rutin penjagaan kulit sensitif ketika mengandung.

Ada beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab penyakit kulit sensitif semasa kehamilan iaitu:

  • ketidakseimbangan hormon
  • peningkatan pigmentasi kulit
  • tekanan

Dalam hal ini, hormon boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan peningkatan melanin boleh menyebabkan bintik-bintik gelap muncul di muka, lengan dan kaki.

Tekanan juga boleh menyebabkan keradangan dan ruam, menjadikan kulit berasa gatal dan tidak selesa. 

Penjagaan kulit ketika mengandung

#1. Pilih produk penjagaan kulit dan sabun yang lembut

Bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit kulit sensitif semasa hamil, penjagaan khas perlu diambil semasa memilih produk penjagaan kulit dan sabun pakaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dinasihatkan memilih formulasi lembut yang bebas daripada bahan kimia  dan pewangi tiruan, yang boleh merengsakan kulit dan memburukkan lagi keadaan.

Jika produk mempunyai bau yang kuat, elakkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan kulit sensitif semasa hamil.

#2. Pertimbangkan alternatif semula jadi untuk penjagaan kulit

Bagi wanita yang mempunyai kulit sensitif semasa mengandung, pilihan penjagaan kulit semula jadi mungkin merupakan cara terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alternatif semulajadi seperti aloe vera, madu, dan oat boleh membantu menenangkan dan melembapkan kulit.

Terdapat juga essential oil seperti lavender dan chamomile yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan kerengsaan.

Selain itu kebanyakan bahan semulajadi mengandungi antioksidan, yang boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar.

Pilihan penjagaan kulit semulajadi ini menjadi cara yang berkesan dan selamat untuk mengatasi masalah penyakit kulit sensitif semasa kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Melindungi kulit daripada cahaya matahari

Bagi ibu yang mengalami masalah kulit sensitif, anda juga perlu melindungi kulit daripada pendedahan matahari.

Ini termasuklah memakai topi, pakaian longgar berlengan panjang dan memakai krim pelindung matahari dengan SPF minimum 30 — walaupun pada hari mendung.

#4. Minum air kosong yang mencukupi

Air kosong sangat diperlukan untuk tubuh badan manusia. Bagi ibu mengandung, pengambilan air sejuk terutamanya dapat membantu merangsang pergerakan bayi dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, minum air putih 8 gelas sehari akan membantu kulit kekal lembap dan sihat. Malah ia boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit muka yang disebabkan oleh radikal bebas (habuk dan asap) dan lain-lain. 

#5. Dapatkan nasihat perubatan jika perlu

Jika anda mengalami penyakit kulit sensitif yang teruk semasa mengandung, hentikan penggunaan sebarang produk kosmetik buat sementara waktu.

Adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. Doktor akan menilai keadaan dan mencadangkan rawatan yang terbaik agar masalah kulit dapat diatasi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, ibu perlu menjaga kesihatan kulit ketika mengandung agar ia tidak menjejaskan mood harian anda. Perubahan hormon boleh menyebabkan peningkatan sensitiviti, menjadikannya lebih terdedah kepada tindak balas dan kerengsaan.

Mengekalkan kulit terhidrat dengan baik dan menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi adalah selamat untuk ibu serta bayi dalam kandungan.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Melasma Atau Tompok Gelap Pada Kulit Ibu Hamil, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bahaya?

Baca juga: 10 Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung Agar Kulit Bayi Cerah & Bersih Ketika Lahir

Baca juga: Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan