TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

2 Kali Swab Baru Tahu Positif Covid-19, Ibu Ini Pergi Tanpa Sempat Susukan Bayi Baru Lahir

12 Aug, 2021
2 Kali Swab Baru Tahu Positif Covid-19, Ibu Ini Pergi Tanpa Sempat Susukan Bayi Baru Lahir

Penyakit paling bahaya pada ketika ini adalah Covid-19. Siapa sangka wanita ini telah menemui ajal selepas beberapa hari keputusannya didapati positif

Memandangkan seluruh negara dilanda penyakit paling bahaya, Covid-19, prosedur bersalin ketika pandemik telah mewajibkan kesemua para ibu untuk melakukan ujian saringan. Kebiasaannya, anda perlu menunggu keputusan ujian ini keluar terlebih dahulu sebelum mendapat katil di dalam wad bersalin.

Tiada siapa yang tahu sama ada diri sendiri dijangkiti wabak ini ataupun tidak. Sesetengah kes ibu mengandung hanya menyedari positif Covid-19 setelah ujian calitan dibuat ketika ingin melahirkan bayi.

Penyakit paling bahaya meragut nyawa ramai ibu mengandung 

penyakit berjangkit

Sejak kebelakangan ini kes jangkitan Covid-19 melibatkan ibu mengandung semakin membimbangkan ramai.

Selain isteri kepada selebriti terkenal, Siti Sarah Raisuddin yang menjadi korban wabak ini, ada seorang lagi ibu mengandung yang turut meninggal dunia pada hari yang sama.

Izzati Najah Amran berusia 26 tahun tidak berkesempatan untuk menatap wajah anak sulungnya. Menurut kakak iparnya, Izzati Najah telah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu sebagai persediaan kerana dia telah hampir tiba masa untuk bersalin.

Bagaimanapun hasil ujian saringan yang dijalankan di hospital telah mendapati dia positif Covid-19.

''Sehari sebelum itu (Rabu), Izzati Najah dan suaminya telah ke hospital untuk melakukan ujian calitan. Suaminya telah positif, namun arwah Izzati negatif.''

''Keesokan harinya, arwah sekali lagi ke hospital kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. Disebabkan oleh perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu, keputusannya adalah positif Covid-19 dan Izzati Najah dimasukkan ke unit rawatan rapi,'' katanya.

Keadaan Izzati Najah yang mengandung telah menyebabkan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dalam kandungan secara pembedahan kira-kira jam 5 pagi pada Jumaat yang lalu.

Penyakit paling bahaya Covid-19 tidak menjangkiti bayi baru lahir

covid-19 ibu mengandung gambar sekadar hiasan

Ceritanya lagi, pada keesokan harinya Izzati Najah telah diintubasi untuk membolehkannya mendapat bantuan pernafasan dengan mesin ventilator kerana paras oksigen mula menurun.

''Alhamdulillah, arwah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan diberi nama Lily Ellyyna. Bayi dalam keadaan sihat, bebas Covid-19. Namun dia masih berada di hospital untuk rawatan.''

''Apa yang menyedihkan, arwah tidak sempat menatap dan memangku anak sulungnya kerana dia tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.'' katanya.

Suami Izzatu antara yang palin terkesan kerana tidak dapat menatap wajah dan menguruskan jenazah isteri kesayangannya buat kali terakhir kerana perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Katanya, hanya abang kepada Izzati Najah, Mohd Izhar, 30 dan adiknya, Mohd Izham Amran, 20 dibenarkan menguruskan jenazah dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE). Beberapa ahli keluarga lain yang turut hadir ke tanah perkuburan, namun perlu berada pada jarak jauh.

''Amat sedih mereka berdua baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu. Kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.''

''Allah lebih menyayanginya. Mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu redha dan bersyukur kerana dapat mengajar Izzati Najah mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.'' kongsinya.

70 kes kematian membabitkan ibu hamil akibat jangkitan Covid-19

Sejak Mac 2020 sehingga 8 Ogos lalu, sebanyak 70 kes kematian melibatkan ibu mengandung disebabkan oleh komplikasi jangkitan penyakit paling bahaya, Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah 3,396 kes Covid-19 dalam kalangan ibu mengandung di negara ini dilaporkan dalam tempoh berkenaan. 

bahaya covid-19 ibu hamil credit to sources

Ini menunjukkan hampir satu peratus ibu mengandung di Malaysia telah dijangkiti Covid-19. Analisa terperinci menunjukkan nisbah ibu mengandung yang menerima rawatan rapi berbanding jumlah pesakit Covid-19 kritikal ialah 1 dalam 20.

Justeru Dr Noor Hisham menyarankan langkah pencegahan perlu diambil. Antaranya kekal berada di rumah, amalkan norma baharu dan mematuhi SOP.

Perlu sentiasa diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil sekiranya ahli keluarga perlu keluar rumah. Jika ada yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya terhadap prosedur kuarantin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 2 Kali Swab Baru Tahu Positif Covid-19, Ibu Ini Pergi Tanpa Sempat Susukan Bayi Baru Lahir
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham