8 Perkara Ini Penyebab Utama Susah Hamil Anak Kedua! Adakah Anda Alaminya?

Kali ini kami kongsikan penyebab susah hamil anak kedua yang mungkin ada pasangan mengalaminya. Perlu tahu sekiranya anda sedang TTC ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan pasti ada bilangan anak yang diimpikan. Tetapi ada yang hingga kini masih mencuba dan belum lagi dikurniakan rezeki menimang anak kedua. Jadi kali ini kami kongsikan penyebab susah hamil anak kedua yang mungkin boleh bantu anda hindarinya.

Tidak salah untuk kita berusaha ke arah sesuatu yang baik. Sudah pasti ada ikhtiar yang perlu dilakukan dalam usaha menimang cahaya mata selepas hadirnya anak pertama

Jadi jom kita lihat apakah yang menjad penyebab susah hamil anak kedua yang mungkin ada kaitannya dengan anda.

Penyebab susah hamil anak kedua

Masih menunggu dengan sabar untuk hamil anak kedua, dan hingga kini masih belum dikurniakan rezeki. Jom ketahui apa yang menyebabkan berlakunya perkara ini:

#1. Ibu alami polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Jika anda mengalami PCOS dan menunggu lama untuk hamil anak pertama, keadaan itu juga boleh menjadi penyebab anda susah hamil anak kedua.

Penghidap PCOS memiliki folikel ovum yang belum matang sekaligus menyebabkan ia tidak mampu melepaskan telur pada ketika waktu ovulasi.

Keadaan kesihatan ini akan menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan paras hormon androgen (hormon lelaki) meningkat melebihi paras normal.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom seperti hirsutisme (tumbuh misai, janggut, bulu dada), keguguran rambut dan jerawat berlaku.

Walaupun wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada rawatan dan kaedah yang mampu meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menimang cahaya mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Peningkatan umur lelaki dan wanita

Risiko masalah kesuburan pada wanita akan meningkat sekitar 25 hingga 30 peratus pada usia 35 tahun ke atas. Ini disebabkan oleh penghasilan jumlah sel telur yang berkurang secara drastik kerana proses penuaan sejak usia 30-an.

Selain itu, seiring bertambahnya umur, wanita akan lebih berisiko mengalami penyakit yang menjadi penyebab susah hamil seperti fibroid dan endometriosis.

Selain itu, bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas, penurunan kualiti sperma akan berlaku dan pergerakan sperma juga menjadi semakin perlahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kualiti sperma yang tidak optimum menyebabkan sukarnya berlaku kehamilan anak kedua. 

#3. Sperma tidak berkualiti

Sperma yang tidak berkualiti akan menurun prestasinya untuk persenyawaan dengan ovum. Jadi peluang untuk hamil anak kedua lebih tipis.

Sperma yang berkualiti adalah sperma yang normal dari segi bentuknya dan kelajuan pergerakannya. Kualiti sperma juga banyak berkait dengan kehidupans seharian seorang lelaki termasuklah pengambilan makanannya dan gaya hidup yang diamalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Masalah berat badan

Kredit : inews

Bagi pasangan yang sedang berusaha hamil anak kedua, ada baiknya untuk anda lebih peka mengenai berat badan terutama jika anda tergolong dalam mereka yang obesiti.

Berdasarkan Journal of the Turkish-German Gynecological Association, wanita yang mengalami obesiti lebih cenderung mengambil masa yang lama untuk hamil setelah berkahwin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah ada wanita yang mengalami obesiti memiliki risiko masalah kesuburan lebih tinggi daripada wanita yang memiliki berat badan normal. 

Obesiti menyebabkan tubuh mengalami rintangan insulan akibat lemak yang berlebih. Rintangan ini mampu meningkatkan hormon androgen yang menyebabkan sel telur tidak dapat dihasilkan. 

Tetapi wanita yang terlalu kurus pula dikatakan turut mengalami masalah untuk hamil anak kedua kerana tubuh yang terlalu kurus akan kurang menghasilkan hormon estrogen iaitu hormon yang mengatur kitaran haid dan pelepasan sel telur. 

Selain itu, lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan memilik hormon leptin yang tinggi yang boleh merosakkan kualiti sel sperma. 

#5. Lelaki mengalami varicocele

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Varicocele adalah keadaan di mana aliran darah pada saluran sperma menjadi perlahan sekaligus mengganggu usaha untuk hamil anak kedua. Berdasarkan kajian jurnal Nature Reviews Urology, varicocele menyebabkan suhu pada skrotum meningkat sehingga menganggu penghasilan sperma yang berkualiti. 

#6. Merokok dan alkohol

Mereka yang merokok dan mengambil alkohol memang akan memberi kesan kepada kesuburan tidak kira lelaki mahupun wanita. Menurut Reproductive Biology and Endocrinology pengambilan alkohol dan merokok akan menurunkan jumpa sperma, dan penurunan rangsangan pada testis yang akhirnya menyebabkan menurunnya libido.

Alkohol juga mampu menganggu proses ovulasi sehingga menyebabkan sel telur gagal dihasilkan dan sukar untuk matang. 

Merokok juga menyebabkan masalah ketidaksuburan dan menurunkan fungsi ovari sekaligus menyebabkan perubahan abnormal pada tiub falopio serta rahim. 

#7. Jarang berhubungan seks

Ada juga yang mengatakan kekerapan melakukan hubungan seks terutama ketika waktu subuh meningkatkan peluang untuk hamil berbanding jarang melakukan hubungan seks.

#8. Stres

Jangan tak tahu ya. Stres juga boleh menjadi penyebab wanita sukar untuk hamil. Tidak kiralah stres dengan pertanyaan sekeliling yang bertanya ‘bila nak mengandung lagi?’ atau ‘lambatnya dapat anak kedua’. Jadi elakkan stres jika anda sedang cuba hamil anak kedua. Selamat berjaya ibu ayah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

kredit foto: diadona.id

Baca juga: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Sebenarnya Mungkin Sudah Hamil!

Baca juga: Yay, Positif Hamil! Ini 8 Perkara Anda Perlu Buat Sebaik Saja Disahkan Hamil

Baca juga: 7 Cara Cepat Hamil Yang Terbukti – Bukan Mitos Semata-Mata Ya!

Penulis

Lala Annuar