Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja

Penyediaan makanan bayi untuk ke rumah pengasuh perlulah dengan cara yang betul bagi mengelakkannya rosak atau basi. Ini panduan untuk ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi sudah boleh diberi makan, namun memandangkan baru pertama kali bergelar ibu, anda tidak tahu dari segi jenis makanan, kuantiti atau sama ada ia cukup untuk keperluan tenaganya. Justeru ini perkara penting yang perlu ibu ambil maklum berhubung penyediaan makanan bayi berdasarkan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil oleh Kementerian Kesihatan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis dan kuantiti dalam  penyediaan makanan bayi
  • Keperluan nutrien dalam prinsip penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak
  • Tekstur makanan dan kekerapan pemberian
  • Cadangan makanan bayi untuk ke rumah pengasuh

Jenis dan kuantiti dalam penyediaan makanan bayi

  • Bayi dan kanak-kanak seharusnya diberi makanan yang padat tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian antaranya kentang dan ubi keledek.
  • Ia dimulakan dengan kuantiti sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti tersebut secara beransur-ansur mengikut usia.
  • Untuk bayi 6 hingga 8 bulan, perlu diberi 1/2 cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan. Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada usia 9 hingg 11 bulan.
  • Bagi kanak-kanak 1 hingga 3 tahun seharusnya diberi 1/2 cawan nasi pada hidangan utama. Selain itu, 1 hingga 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.

Keperluan nutrien dalam penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak

 

  • Makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrien harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.
  • Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan dan telur perlu diberi setiap hari kerana merupakan sumber utama zat besi dan zink.
  • Untuk yang berumur 6 bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu, susu daripada sumber lain perlu diambil setiap hari. Jenis susu yang boleh diberi termasuk rumusan bayi, rumusan susulan, susu penuh krim dan susu suhu ultra tinggi atau susu UHT manakala susu segar mentah tidak disyorkan.
  • Jika susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan dengan mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap hari.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C harus dimakan setiap hari

Tekstur makanan dan kekerapan memberi anak makan

  • Bayi 6 hingga 8 bulan: dipuri, dilecek atau makanan separa pejal.
  • Usia 9 hingga 11 bulan: makanan dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.
  • 12 bulan: boleh makan makanan keluarga.

Kekerapan pemberian makanan mengikut usia

  • 6 hingga 8 bulan: 2-3 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat
  • 9 hingga 11 bulan: 3-4 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat
  • 1 hingga 3 tahun: 4-5 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat

Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang dimakan cair (kepadatan tenaga rendah).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cadangan menu makanan bayi untuk ke rumah pengasuh

Seperti dikongsikan oleh seorang ibu menerusi blog beliau berhubung makanan yang dibekalkan untuk anaknya di rumah pengasuh. Menu lauk ini boleh dicampurkan di dalam bubur nasi serta diberikan kepada bayi.

Lauk untuk bubur nasi

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bawang kecil, bawang putih, ikan bilis, ayam, lobak, kacang pis dan air

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Masak air secukupnya di dalam periuk.
  • Masukkan bahan-bahan tersebut mengikut yang paling lambat empuk. Masak sehingga mendidih atau sudah cukup masak semua bahan.
  • Sambil tunggu sup atau lauk masak, sediakan bekas-bekas kecil untuk disimpan.

  • Apabila sup sudah masak, biarkan sejuk sekejap. Masukkan ke dalam pengisar basah dan kisar mengikut kemahuan anda sama ada lembut atau separa lembut.
  • Isikan di dalam bekas, tunggu sehingga betul-betul sejuk. Tutup bekas dan masukkan ke dalam tempat sejuk beku.
  • Untuk beri bayi makan, boleh keluarkan dan panaskan ketika awal pagi serta dicampurkan dalam bubur nasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Ke Letak Kicap Dalam Makanan Bayi? Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga: Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan