10 Jenis Makanan Yang Tak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk, Ini Sebabnya

Ini senarai penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang tak sepatutnya dibiarkan, jadi ibu-ibu cepat asingkan sekarang mana yang tak perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang beranggapan bahawa penyimpanan makanan dalam peti sejuk adalah tempat terbaik supaya memastikan makanan yang dibeli kekal segar dan tahan lebih lama.

Namun, tidak semua jenis makanan memerlukan penyejukan, malah ada yang lebih baik jika disimpan dalam suhu bilik kerana suhu sejuk menghilangkan nutrisi dalam makanan menyebabkan ia cepat rosak.

Sudahkah anda tahu jenis makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk? Jika dibiarkan penyimpanan makanan dalam peti sejuk ini terlalu lama sehingga berminggu-minggu, khuatir berisiko menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan pada usus.

Berikut merupakan senarai makanan yang tak sepatutnya berada dalam peti sejuk di rumah anda:

1. Bawang 

Bawang akan cepat berair dan mudah berkulat jika disimpan dalam peti sejuk. Lebih baik keluarkannya sekarang sebelum peti sejuk anda berbau busuk.

Sebaiknya letakkan bawang di dalam jaring yang biasa supaya tahan lebih lama.

2. Kentang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kentang adalah makanan berkanji jadi sesuai disimpan pada suhu bilik. Suhu sejuk di dalam peti sejuk akan menyebabkan kanji terurai sehingga hilang manisnya apabila dimasak. Cuba perhatikan juga warna kulit kentang, ia akan berubah menjadi gelap jika kentang sejuk. 

3. Tomato

Antara kesilapan yang ramai buat adalah menyimpan tomato dalam peti sejuk. Tomato tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana akan mengubah rasa dan tekstur yang asli. 

4. Timun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama seperti tomato, timun adalah sayuran yang berair jadi tidak boleh disimpan dalam peti sejuk terlalu lama. Jika kulitnya sudah sejuk, jangan tanya kenapa timun cepat layu dan rosak. 

5. Bawang putih

Selain bawang besar, bawang putih juga memerlukan peredaran udara kerana jika dibiarkan berada dalam peti sejuk hanya membuatnya bercambah dan mengubah tekstur menjadi liat dan bergetah.

6. Madu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sebabnya kenapa sejak zaman nenek moyang lagi, madu asli diletakkan diluar sahaja. Ini disebabkan kandungan gula di dalamnya membuatkan ia tahan bertahun-tahun. Jika disimpan dalam peti sejuk hanya menjadikan madu keras dan tidak boleh dimakan. 

7. Kopi

Rasa pahit kopi akan berkurangan jika diletakkan pada suhu peti sejuk. Sebaiknya, biji kopi disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kualitinya dari segi rasa dan tekstur. 

8. Roti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun menyimpan roti di dalam peti sejuk boleh mencegah pertumbuhan bakteria, tetapi cara ini hanya mengeringkan roti. 

9. Tembikai

Tembikai memang sedap dimakan sejuk-sejuk tetapi membiarkan terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menghilangkan antioksida. Sebaiknya, kalau nak makan baru potong tembikai sebelum dimasukkan dalam peti sejuk seketika. 

10. Coklat

Untuk mengekalkan rasa sedap, coklat perlu disimpan pada suhu bilik di tempat yang gelap. Menyimpan coklat di dalam peti sejuk hanya akan menjadikan tekstur keras dan timbul bintik-bintik putih pada sekitar coklat.

Sekarang, dah tahu kan jenis makanan yang anda tak perlu pun simpan dalam peti sejuk? Tunggu apa lagi, cepat-cepat asingkan sekarang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makanan Segar Cepat Rosak? Ini Cara Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama

Baca juga: Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

Baca juga: Susun Atur Barang Dapur Jadi Lebih Mudah Dengan 6 Produk Ini, Barulah Peti Sejuk Sentiasa Kemas!

Penulis

Noorhidayah