Proses melahirkan bayi merupakan saat yang paling ditunggu oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Bahkan dengan penyusuan susu ibu, ia akan mendekatkan masa bonding dengan bayi.
Walaupun peringkat proses kelahiran akan menyebabkan bentuk fizikal wanita berubah, namun ibu tak pernah rasa sesal untuk melahirkan seorang cahaya mata yang diimpikan setiap pasangan suami isteri.
Kemudian ia bersambung pula dengan penyusuan susu ibu, di mana seorang ibu sanggup melakukan apa saja demi si manja agar dapat khasiat yang diperlukan dari penyusuan susu ibu itu.
Disebabkan itu, sepanjang hamil, doktor akan menyarankan ibu mengamalkan minum susu atau produk tenusu untuk bantu membekalkan kalsium pada tubuh ibu kerana ia akan diambil oleh bayi untuk perkembangannya sehingga usianya mencapai dua tahun.
Sebab itu pengambilan kalsium tidak boleh dipandang ringan. Berikut merupakan enam fakta tentang penyusuan susu ibu yang wanita perlu tahu.
6 fakta penyusuan susu ibu yang akan berjalan lancar
1. Permintaan tinggi terhadap kalsium
Penyusuan susu ibu akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap kalsium. Sebab itu, para ibu memerlukan pengambilan kalsium yang lebih efisien dan konsisten.
Satu kajian telah dilakukan di India dan mendapati wanita di sana tidak mengambil kalsium dalam pemakanan mereka seharian. Hal ini akan menyebabkan penyusuan susu ibu terbantut atau ibu akan mengalami kekurangan kalsium pada tubuh.
Apatah lagi di sana, wanita India dikatakan hanya mengambil sebanyak 400 mg kalsium walhal tubuh seorang ibu hamil memerlukan sebanyak 1200 mg kalsium setiap hari.
2 Permintaan kalsium terhadap bayi
Penyusuan susu ibu bagi seorang bayi memerlukan anggaran antara 200 ke 300 mg kalsium semasa si kecil minum susu ibu selama enam bulan pertama selepas kelahiran.
Hal ini kerana, kalsium tersebut penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Apatah lagi, kedua-duanya memerlukan khasiat kalsium yang paling tinggi sebanyak 99 peratus.
3. Kehilangan kalsium selepas bersalin adalah lebih tinggi
Di samping itu, kehilangan kalsium akan bertambah sebanyak empat kali ganda selama sembilan bulan penyusuan susu ibu berbanding ketika ibu sedang hamil.
Jika ibu mengambil kalsium dengan lebih konsistem, masalah tulang akan dapat dicegah.
Mungkin ibu akan berkata begini “ala…tak apa tak ambil kalsium pun, baby tetap lahir sihat”.
Jangan berkata begitu, komplikasi mungkin tak nampak sekarang tapi bila sudah meningkat usia, anda akan dapat melihat kesan-kesan negatif itu jika kalsium tak cukup dalam tubuh.
Kalsium memang sangat penting sepanjang kehamilan dan selepas bersalin bagi memastikan ibu dan bayi cukup kandungan kalsium dalam tubuh.
Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi maklumat yang lebih tepat dan terperinci.
Semoga artikel ini memberi galakan pada ibu untuk teruskan menyusu bayi hingga umurnya cukup. Kongsikan di laman Facebook anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mom Junction
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/penyusuan-susu-ibu-yang-salah/