Kenapa lelaki tak pandai multitasking dan wanita lebih mahir buat banyak kerja dalam satu masa?

lead image

Kalau kita faham tentang perbezaan lelaki dan perempuan secara psikologi, pasti para isteri dan suami akan mudah untuk memahami antara satu sama lain.

Ramai isteri mengadu yang suami mereka tidak pandai uruskan anak sambil kemas rumah. Lelaki pula merungut yang dia rimas isteri asyik suruh uruskan banyak hal pada satu masa. Sebenarnya, kalau kita tahu perbezaan lelaki dan perempuan – cara berfikir selain beza fizikal – pasti pertelingkahan sebegini tidak berlaku!

Kajian tentang perbezaan lelaki dan perempuan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/beza lelaki dan perempuan multitasking.jpg Kenapa lelaki tak pandai multitasking dan wanita lebih mahir buat banyak kerja dalam satu masa?

Kredit: Infobae.com

Selain daripada sudut fizikal, sains juga melihat perbezaan lelaki dan perempuan dari sudut pemikiran.

Para psikologi dari UK ada melakukan beberapa ujian untuk melihat bagaimana kemampuan seorang lelaki melakukan multitasking, atau buat banyak kerja dalam satu masa.

Menurut laporan dari journal BMC Psychology, lelaki lebih perlahan dan kurang tersusun berbanding perempuan.

Dalam ujian yang kedua, lelaki dan wanita diberi beberapa tugasan untuk disiapkan dalam beberapa minit (antaranya mencari kunci yang hilang dan melihat peta untuk ke restoran). Hasilnya, wanita lebih berjaya dalam tugasan tersebut!

Menurut Profesor Keith Laws dari University of  Hertfordshire:

“Wanita lebih organised. Mereka merancang gol mereka. Lelaki pula impulsif. Mereka cenderung untuk terus buat!”

Perbezaan proses kognitif mungkin memainkan peranan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/perbezaan lelaki dan wanita multitasking.jpg Kenapa lelaki tak pandai multitasking dan wanita lebih mahir buat banyak kerja dalam satu masa?

Kredit: Dailymail.co.uk

Kajian biologikal juga menyokong kajian di atas. Dr. Ragini Verma dari University of Pennsylvania ada melakukan kajian pada 428 orang lelaki dan 521 orang wanita.

Mereka mendapati yang lelaki mempunyai hubungan dominan di bahagian cerebrum otak yang khusus untuk pemikiran logik.

Wanita pula mempunyai keseimbangan hubungan pada cerebrum dan cerebellum, iaitu bahagian pemikiran intuitif.

Maka, keseimbangan ini membantu para wanita untuk mahir multitasking. Manakala, lelaki pula lebih cenderung untuk pemikiran satu hala, atau buat satu kerja pada satu masa.

Apa maknanya kajian ini untuk kita sebagai suami isteri?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/lelaki tidak pandai multitasking.jpg Kenapa lelaki tak pandai multitasking dan wanita lebih mahir buat banyak kerja dalam satu masa?

Kredit: Mirrordaily.com

Untuk para isteri:

  • Jika anda perasan yang anda sedang membebel pada suami kerana tak mampu buat banyak kerja pada satu masa, berhenti dan tarik nafas panjang seketika. Ingat, cara mereka berfikir memang begitu secara lumrahnya!
  • Duduk sekejap dan cari jalan untuk bantu suami anda menguruskan tugasan yang telah diberikan kepadanya. Dan, sentiasalah berkompromi.

Untuk para suami:  

  • Kurangkan merungut tentang tabiat isteri anda yang suka sangat multitasking. Itulah perbezaan lelaki dan perempuan, mereka memang mahir memasak sambil buat banyak perkara lain lagi pada masa yang sama (umpama ninja!).
  • Apabila anda lihat isteri anda keletihan melakukan banyak perkara di rumah, tawarkan diri anda untuk membantunya dalam salah satu tugasan. Jaga anak, kemas rumah, memasak, lipat baju – pilih satu yang anda suka!

Jadi, diharapkan dengan kajian ini, kita lebih mampu untuk saling memahami antara satu sama lain. Perbezaan antara lelaki dan perempuan inilah yang mewarnai kehidupan berumah tangga kita!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, Top Health News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tak salah isteri minta bantuan suami. Ikuti surat terbuka dari isteri ini yang akan membuka mata anda…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!