100 Perkataan Bahasa Inggeris & Melayu Yang Ibu Ayah Boleh Ajar Anak, Biasakan Si Kecil Sebut Dengan JELAS

100 Perkataan Bahasa Inggeris & Melayu Yang Ibu Ayah Boleh Ajar Anak, Biasakan Si Kecil Sebut Dengan JELAS

100 perkataan pertama anak yang sepatutnya mereka sudah boleh sebut dan ibu bapa harus mulakan semasa usia anak masih kecil.

"Eh, anak kau dah boleh sebut perkataan apa?

Selalu kita akan tanyakan soalan ini kepada mak-mak yang ada anak kecil, kan? sebabnya rasa teruja nak tahu perkataan pertama si kecil yang sudah mampu mereka sebut dan kelihatan comel saja bila mereka menyebut perkataan itu.

Walaubagaimanapun, ibu jangan terlalu risau jika anak belum pandai menyebut apa-apa perkataan kerana setiap perkembangan anak adalah berbeza-beza.

Mungkin si kecil anda mendahului perkembangan yang lain terlebih awal berbanding kanak-kanak yang lain.

Misalnya ada baby yang boleh berjalan dahulu, ada yang sudah boleh bercakap awal dan tak kurang juga yang boleh berlari dahulu sedangkan bayi yang lain masih menapak satu satu.

perkataan Kredit: Udermy

Pun begitu, kalau anak boleh mengeluarkan perkataan pertama tentunya kita sebagai ibu akan berasa teruja, bukan?

Bayangkan si comel itu sudah tahu menyebut pa atau ma (merujuk pada papa dan mama). Selain sudah pandai panggil bu atau yah (merujuk pada ibu ayah).

Tentu ibu masa itu terbeliak biji mata sambil tangan pantas memaut si kecil dan mencium pipinya.

Tambahan pula, itu anak sulung lagi terujalah ibu nak ajar perkataan yang lain pada si kecil.

Jadi apakah perkataan pertama yang harus diajar pada anak seawal usia mereka masih kecil? Mari kami kongsikan bersama anda!

100 perkataan dalam Bahasa Inggeris yang patut diajar pada si kecil

The Was  That  What Not Do Look Get Put If
And You With There Then Me Don't Just Could Help
A They All  Out Were Down Come Now House Mrs
To On We  This Go Dad Will Came Old Called
Said She  Can Have  Little Big Into Oh Too Here
In Is  Are Went As When Back About  By Off
He For Up Be No It's From Got Day Asked
I At  Had Like Mum See Children Their Made Saw
Of  His  My  Some One  Looked Him People Time Make
It  But Her So  Them  Very Mr Your I'm An

Dari 100 perkataan Bahasa Inggeris ini, mana satu yang anak-anak ibu ayah dah pandai sebut?

Kalau masih belum, apa kata ibu ayah mulakan pada hari ini sekaligus dapat menambah kosa kata anak sedari awal.

Mulakan sekurangnya satu perkataan dalam satu masa terlebih dahulu dan biarkan anak ikut gerak mulut ibu atau ayahnya. Lama-lama tentu dia pandai sebut!

Perkataan dalam Bahasa Melayu 

perkataan pada anak

Berikut ini pula antara Bahasa Melayu yang si kecil boleh belajar dari rumah. Antara perkataannya seperti berikut:

1) Sudah boleh memanggil ibu atau ayah, mama atau papa. Nak berbahasa Arab pun boleh seperti abi dan ummi.

2) Meminta anak untuk menyampaikan maklumat seperti nak, atau tak nak. Sambil menunjukkan ke arah apa yang dia mahu. Paling tidak dia mengatakan ya atau tak sambil angguk dan menggelengkan kepala. Ha...masa ini dapat melihat perkembangan mereka.

3) Keperluan asas si kecil seperti makanan, nasi, susu, air. Biar mereka sebut perkataan tersebut.

4) Menyebut rutin harian yang wajib dilakukan setiap hari seperti nak makan, nak tidur, nak susu, nak main, nak kencing dan lain-lain.

5) Sudah tahu memanggil ahli keluarga seperti abang, kakak, opah, nenek, atuk dan lain-lain. Namun mungkin kedengaran seperti pelat tapi ibu ayah kena sebut dengan bahasa yang betul.

6) Menamai setiap anggota badan seperti mana hidung sambil menunjuk ke arah itu.

7) Mengambil dan menyebut benda yang berada di sekelilingnya seperti baju, seluar, pinggan dan lain-lain. Kemudian ibu ayah boleh beri arahan sedikit sedikit dan lihat perkembangan si kecil dari situ dan asah secara perlahan tapi jangan sampai buat anak tertekan jika mungkin dia belum memahami beberapa arahan.

perkataan pada baby

Sebenarnya kalau mahu anak lebih petah bercakap sejak dari awal, ibu ayah kena selalu berkomunikasi dengan mereka setiap hari dan setiap masa. Tanyakan apa saja soalan dan lihat interaksi mereka yang mungkin cuba untuk menjawab.

Dengan cara ini anak sangat mudah untuk belajar, mengenali dan memahami arahan yang akan diutarakan kepada mereka.

Walaubagamainapun, ibu ayah kena sentiasa niatkan dalam hati bahawa apa yang anda ajar pada anak itu adalah untuk memudahkan anak kelak dan bukannya untuk bersaing dengan ibu bapa lain atau membandingkan siapa yang lebih cepat pandai.

100 Perkataan Bahasa Inggeris & Melayu Yang Ibu Ayah Boleh Ajar Anak, Biasakan Si Kecil Sebut Dengan JELAS

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: High Frequency Words 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner