X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ayah, Peluk Anak Setiap Hari, Ini 3 Kesan Negatif Jika Mereka Kurang Kasih Sayang Dari Anda!

3 min bacaan
Ayah, Peluk Anak Setiap Hari, Ini 3 Kesan Negatif Jika Mereka Kurang Kasih Sayang Dari Anda!

Peranan ayah sangat penting dalam keluarga, tetapi kesibukan kerja atau perceraian boleh menyebabkan anak-anak hilang kasih sayang seorang ayah...

Perkembangan anak tanpa ayah akan memberi kesan negatif yang berpanjangan kepada mereka hingga dewasa, terutama apabila mereka menyedari betapa kurangnya peranan ayah dalam hidupnya.

Anak yang dibesarkan bersama seorang ayah akan selalu didampingi, dipeluk, dimanja dan membantu mereka supaya tidak mengalami depresi apabila dewasa kelak.

Meskipun ayah tinggal bersama keluarga di rumah, namun kesan yang diterima anak tetap sama jika ayah tidak mempedulikan kehadiran anak-anak ini dan tidak memberi kasih sayang yang sewajarnya kepada mereka.

Ayah, Peluk Anak Setiap Hari, Ini 3 Kesan Negatif Jika Mereka Kurang Kasih Sayang Dari Anda!

Peluklah mereka dengan lebih kerap

Walaupun ramai yang kata anak-anak lebih berdikari tanpa ibu bapa, namun anda tidak boleh ketepikan kesan sampingan yang dirasai mereka jika rasa diri diabaikan.

Lebih menyedihkan apabila ibu diceraikan oleh ayah, dan anak-anak akan menerima tempiasnya lalu bersedih apabila tidak punya keluarga bahagia seperti rakan-rakannya yang lain.

3 Kesan negatif perkembangan anak tanpa ayah di sisi

#1. Tidak percaya dengan diri sendiri

perkembangan anak tanpa ayah, peranan ayah, anak tanpa kasih sayang ayah, anak tanpa ayah, anak sunyi tanpa ayah, ayah terlalu sibuk, ayah tak luang masa dengan anak, anak tak cukup kasih sayang, anak kurang kasih ayah

Advertisement

Anak yang diabaikan oleh ayah cenderung mempunyai ketidakpercayaan pada diri sendiri. Lantas mereka merasakan dirinya tidak cukup baik dan tak layak diberi perhatian oleh orang sekeliling.

Selain itu, mereka juga merasakan tidak layak hidup bahagia seperti orang lain.

#2. Takut jika ditinggalkan pasangan

Apabila dewasa, anak-anak yang kekurangan kasih sayang ayah akan menjadi takut jika ditinggalkan oleh orang lain.

Mereka juga berasa orang di sekeliling seperti rakan baik atau suami akan meninggalkan dirinya seperti mana ayah mereka buat semasa dirinya masih kecil.

#3. Sukar berdampingan dengan orang lain

perkembangan anak tanpa ayah, peranan ayah, anak tanpa kasih sayang ayah, anak tanpa ayah, anak sunyi tanpa ayah, ayah terlalu sibuk, ayah tak luang masa dengan anak, anak tak cukup kasih sayang, anak kurang kasih ayah

Kredit: Kompas lifestyle

Sikap anak yang kurang mesra dan selalu berperasaan curiga membuatkan pasangannya rasa tidak seronok untuk mengenalinya lebih jauh, meskipun pasangan mereka itu sudah berusaha menjadi individu yang baik.

Baginya, semua orang sama akan memperlakukan pasangan seperti mana yang pernah dilakukan oleh ayahnya.

Malah, ada juga anak yang kekurangan kasih sayang ayah cenderung memilih pasangan suami yang jauh lebih tua kerana mungkin si dia boleh menggantikan peranan ayahnya.

Tips jika anak kurang kasih sayang ayah

  • Ibu wajib memberikan anak sokongan moral jika mereka kehilangan kasih sayang ayah.
  • Jika anak merasa sakit hati dengan sikap ayah, bawa berbincang dengan terapi professional. 
  • Untuk para ayah, ingatlah jangan abaikan anak-anak anda dan sentiasa mengajak mereka berbicara dari hati ke hati.

Jika anda adalah seorang ayah yang membaca artikel ini, maka belum terlambat untuk anda peluk dan berbual dengan anak sekarang.

Percayalah, kasih sayang dan kepercayaan anak adalah harta yang paling bernilai di hari tua nanti.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Suarakan pendapat anda!

Kredit gambar: Orami.co. id 

Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapatkan keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ayah, Peluk Anak Setiap Hari, Ini 3 Kesan Negatif Jika Mereka Kurang Kasih Sayang Dari Anda!
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham