Jom Semak Jadual Lengkap Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Ini!

Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan berat badan bayi dan ketinggiannya mengikut umur ini. Jangan sampai anak terlalu kurus dan kesihatan merosot!
Perkembangan berat badan bayi sering kali membuatkan ibu bapa risau. Takut kalau bayi ringan sangat atau terlampau “bam bam” berat (obesiti).
Kemudian ada pula orang di sekeliling cakap yang bukan-bukan. Contohnya:
“Eh, anak kau ni kurus sangat [email protected]” atau “Gemuknya anak dia!”
Bila keluar dua statement di atas ini, ibu mula ‘sentap’ dan gelabah tentang perkembangan berat badan bayi yang sepatutnya.
Benar, mengetahui perkembangan berat badan bayi yang sesuai dengan usia dan jantina boleh membantu ibu ayah dalam memantau perkembangan mereka.
Jadi hari ini, kami akan menyediakan panduan lengkap jadual perkembangan berat badan bayi yang setiap ibu bapa harus tahu. Jom kita semak!
Perkembangan berat badan bayi normal dan ketinggiannya mengikut umur
1 – Jadual berat normal bayi baru lahir umur 0 hingga 11 bulan
Ini merupakan jadual berat dan ketinggian bayi lelaki dan perempuan bermula umur baru lahir sehingga 11 bulan.
Kalau berat anak anda seperti tercatat dalam jadual di atas, tak perlu risau semuanya normal sahaja.
2 – Jadual berat badan anak usia 1 hingga 5 tahun
Jadual yang seterusnya ini untuk anak berumur satu hingga lima tahun.
Kalau berat anak kurang daripada yang tertera dalam jadual, jangan bimbang. Ada pelbagai cara yang boleh anda buat untuk menambah berat badan anak seperti menyediakan makanan yang dapat menambahkan berat badan anak ini.
Selain menggunakan jadual di atas, anda juga boleh mengira sendiri berat ideal anak yang sesuai mengikut panduan dari WHO ini.
Formula mengira perkembangan berat badan bayi & berat normal bayi baru lahir
- Formula mengira perkembangan berat badan bayi umur bawah 12 bulan
- BBI = (n: 2) + 4 atau (umur) (bulan) : 2) + 4
- Formula mengira berat anak umur 1 hingga 10 tahun
- BBI = (2 x n) + 8 atau (2 x umur (tahun)) + 8
Contoh mengira perkembangan berat badan bayi dan kanak-kanak
- Kanak-kanak umur 2 tahun 10 bulan
N=2,10 dan selanjutnya didarabkan dengan 2. Jadi bersamaan dengan 4,20.
Tapi jangan ditambah dengan 8 kerana 4,20 bermaksud 4 tahun 20 bulan.
20 bulan maksudnya 1 tahun 8 bulan jadi 4 + 1,8 = 5.8
4,20 berubah menjadi 5,8 baru kemudian ditambah dengan 8. Maka berat badan idealnya adalah 13.8 kg.
Mengukur berat, ketinggian dan ukur lilit kepala bayi
Ada tiga perkara yang boleh anda lakukan bagi mengetahui apakah perkembangan bayi normal atau sebaliknya. Ia boleh diketahui melalui berat badan, tinggi dan ukuran lilit kepala bayi.
- Ukuran lilit kepala: Melalui pengukuran kepala ini, doktor dapat mengetahui sebarang tanda yang tidak normal pada bayi.
Jika si manja anda masih belum memiliki berat badan yang ideal atau berat badannya di bawah normal.
Apa yang boleh dilakukan adalah memastikan si kecil dapat nutrisi dengan lengkap apabila usianya sudah mencapai satu hingga tiga tahun. Nutrisi yang diperlukan seperti ini :
- Tenaga 1000 kkal
- Protein 25 gram
- Kalsium 500 mg
- Zat besi 8 mg
Berikan anak anda makanan yang padat dan mengandungi kesemua nutrisi di atas supaya si kecil mencapai berat badan dan tinggi yang sesuai dengan umurnya.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Bayi terlalu kurus? Ini 5 cara berkesan untuk gemukkan bayi anda!