Perkembangan Janin 1 Hingga 3 Minggu, Ini Yang Bakal Anda Lalui Pada Minggu Awal Kehamilan

undefined

Ketika perkembangan janin 1 hingga 3 minggu anda mungkin belum merasainya. Namun ia mungkin akan lebih kelihatan pada minggu ketiga.

Tahniah, ibu. Kini anda sedang berbadan dua! Namun pasti ada ibu hamil yang bimbang dan keliru tentang apa akan berlaku seterusnya. Di sini kami akan jelaskan mengenai perkembangan janin 1 hingga 3 minggu untuk memudahkan pemahaman anda.

Memahami perkembangan janin membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan pada peringkat ini. Malah anda juga sudah boleh merancang pemakanan apa yang sesuai untuk anda makan pada peringkat ini. 

Namun yang paling penting, anda harus tahu tanda tanda awal kehamilan agar anda dapat merancang kehamilan dengan lebih baik.

Perkembangan janin 1 hingga 3 minggu 

perkembangan janin 1 hingga 3 minggu

Dalam perkembangan janin 1 hingga 3 minggu, anda akan lihat janin membentuk seperti bulatan kecil di kawasan rahim atau plasenta.

Namun begitu, pada minggu pertama dan kedua ia belum lagi kelihatan dan doktor akan meminta anda lakukan scan buat kali kedua bagi memastikan usia kandungan yang sebenar dan due date

Pada minggu ketiga, embrio akan nampak lebih jelas tapi hanya bersaiz halus dan kecil. Ini antara perkembangan perut ibu hamil yang anda wajib tahu. 

#1. Minggu satu hingga kedua

Pada minggu satu hingga kedua, anda masih belum nampak tanda-tanda sedang hamil. Tetapi tubuh anda sedang ‘bersiap’ untuk ovulasi dan rahim sedang bersiap bagi ketibaan telur yang disenyawakan. 

#2. Minggu ketiga

Menjelang minggu ketiga, tanda-tanda hamil mulai kelihatan. Telur yang telah disenyawa kini bergerak ke arah rahim dan melalui sepanjang tiub falopio.  

Apabila sel telur mencapai rahim, ia akan menjadi jisim yang mengandungi lebih daripada 100 sel dan dipanggil sebagai embrio. Embrio kecil itu akan mengalir dalam lapisan rahim anda dan proses ini dikenali sebagai implantasi. 

Simptom kehamilan 1 hingga 3 minggu

Sekiranya anda rasa diri sendiri sudah hamil namun tidak tahu usia kandungan anda, ini beberapa tanda awal kehamilan yang anda perlu tahu. Antara tanda tanda awal kehamilan termasuk:

  • Dalam minggu pertama dan kedua, anda belum ‘diketahui’ mengandung secara rasmi. Tapi ini merupakan haid terakhir anda sebelum disahkan hamil. Tubuh juga sedang bersiap sedia untuk titik permulaan kehamilan bermula. 
  • Selepas haid habis, anda mungkin mengalami perubahan mukus serviks bermula dengan warna yang tebal, meleket dan berkrim. 
  • Menjelang akhir minggu ketiga, embiro yang berada dalam rahim akan mengeluarkan sedikit ‘spotting’ yang dikenali sebagai pendarahan implantasi. 
  • Mengalami payudara lembut dan bengkak.
  • Anda mungkin rasa lebih letih daripada biasa. 
  • Masalah bau juga semakin menular. Jika dulu minyak wangi itu kegemaran tapi kini tidak lagi. 
  • Suhu badan tinggi walaupun mendapatkan rehat yang cukup.
  • Jika anda membuat ujian kehamilan UPT (Urine Pregnancy Test) mungkin anda akan dapat keputusan positif dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera. 

Apa anda perlu lakukan sekiranya dapat tahu hamil 1 minggu

Pada hari-hari dan minggu awal kehamilan, anda mungkin tidak tahu anda sedang hamil. Tetapi perkembangan janin dari minggu ke minggu tetap akan berlaku.

Justeru, apa yang anda boleh lakukan adalah sekiranya anda rasa anda hamil tetapi masih belum mendapat kepastian adalah:

  • Ambil suplemen asid folik sebanyak 400 mikrogram sehari semasa anda cuba hamil dan sehingga minggu ke-12 kehamilan.
  • Ambil suplemen vitamin D sebanyak 10 mikrogram sehari.
  • Elakkan beberapa makanan untuk melindungi daripada jangkitan.
  • Berhenti merokok adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesihatan bayi anda.

Semua ini anda boleh dapatkan di farmasi atau klinik dengan mendapatkan preskripsi yang betul daripada ahli farmasi. Namun, jika anda ingin mendapatkan vitamin D atau asid folik anda daripada tablet multivitamin, pastikan tablet itu tidak mengandungi vitamin A (atau retinol).

Oleh sebab itu, penting untuk anda mengenal pasti perkembangan perut ibu hamil agar tidak terlepas mengambil ubat-ubatan penting.

Penjagaan awal kehamilan

Awal kehamilan, memang perkara biasa untuk ibu-ibu hamil lebih khuatir kerana ketika ini bayi anda adalah sangat fragile. Jadi penjagaan di awal kehamilan amat penting. 

Ada baiknya anda lebih prihatin ketija di awal kehamilan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. 

#1. Makan zincofer

Ini masa yang sesuai untuk anda mula makan vitamin kehamilan seperti zincofer dan asid folik. Mengapa zink sangat penting semasa kehamilan?

Zink, mineral yang terdapat dalam banyak makanan, memainkan peranan penting dalam pembinaan sel dan DNA bayi anda semasa kehamilan. Ia diperlukan untuk pembahagian sel dan pertumbuhan tisu, menyokong perkembangan normal semasa bayi anda membesar.

#2. Berhenti merokok dan minum minuman keras

Amalkan diet sihat dan minum enam gelas air setiap hari. Ia bagi memastikan perkembangan janin sihat dari minggu ke minggu.

Merokok semasa mengandung boleh menyebabkan kerosakan tisu pada bayi dalam kandungan, terutamanya di paru-paru dan otak akibat daripada bahan kimia yang terkandung dalam rokok. 

Karbon monoksida dalam asap tembakau boleh menghalang bayi yang sedang membesar daripada mendapat oksigen yang mencukupi. Asap tembakau juga mengandungi bahan kimia lain yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan

Selain itu, beberapa kajian menunjukkan hubungan antara ibu merokok dan bibir sumbing pada bayi yang dilahirkan. Ada juga kajian yang mendapati merokok meningkatkan risiko keguguran janin. 

#3. Ambil asid folik

perkembangan janin 1 hingga 3 minggu

Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat yang digunakan oleh tubuh badan untuk untuk penghasilan sel baharu setiap hari.

Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD). 

Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Ia juga boleh terjadi sebelum ibu menyedari kehamilan mereka.

Ini merupakan punca mengapa asid folik untuk ibu mengandung amat penting dan disebabkn kerana hampir separuh kehamilan adalah tidak dirancang, jadi asid folik untuk hamil juga penting bagi memastikan wanita mempunyai tahap asid folik yang mencukupi.

#4. Elak kafein

Hindari minuman berkafein tinggi kerana ia tak bagus untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Oleh sebab kafein akan meningkatkan kadar jantung dan metabolisme anda, serta menjadikan anda lebih berjaga-jaga, pengambilannya boleh juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan anda.

Bayi anda akan rasa sedikit kurang tenteram selepas anda minum kopi. Pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak boleh memberi impak negatif kepada bayi anda.

Ada juga kajian menunjukkan bayi yang ibunya minum lebih daripada 500mg kafein sehari semasa hamil mempunyai tinggi risiko kadar jantung lebih laju dan kadar pernafasan meningkat.

Bagaimanapun, satu atau dua gelas teh atau kopi sehari tidak akan menjejaskan kandungan anda.

#5. Elak aktiviti lasak, angkat berat

perkembangan janin 1 hingga 3 minggu

Pada awal kehamilan atau peringkat yang lebih lama, elakkan daripada melakukan aktiviti lasak atau angkat berat kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Dikhuatiri aktiviti lasak boleh menyebabkan ibu hamil terjatuh dan menyebabkan kecederaan dan sebagainya. Ada baiknya anda tunggu sehingga bayi dilahirkan untuk membuat sebarang aktiviti lasak terutama yang menggunakan banyak kemampuan fizikal anda. 

Senarai semak yang anda patut lihat

Selain daripada menjaga pemakanan semasa kehamilan, perkembangan perut ibu hamil lain yang anda perlu ambil tahu adalah:

  • Sila teliti sama ada anda sudah ambil vaksinasi rubella dan demam campak atau belum. Jika belum, doktor akan menasihatkan anda untuk ambil vaksinasi tersebut sebelum mengandung. 
  • Pertimbangkan untuk anda membuka buku merah di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Dalam masa yang sama, anda akan dapat melihat perkembangan bayi dari minggu ke minggu hingga bersalin. 
  • Ketika temu janji dengan doktor, anda boleh bertanya dan membincangkan bersama doktor tentang tahap kesihatan dan cara pemakanan yang sihat untuk perkembangan janin. 
  • Sekiranya anda ada ambil sebarang ubat-ubatan atau jamu herba tertentu, dapatkan kepastian daripada doktor sama ada ia boleh diambil atau tidak sekiranya masih di awal kehamilan itu.
  • Banyakkan membaca tentang kehamilan dan perkembangan janin 1 bulan untuk persediaan akan datang.

Sekiranya anda sudah semak tanda tanda mengandung dan doktor mengesahkan anda baru sahaja hamil, tahniah kami ucapkan dan kami harap kandungan anda sihat sihat sahaja. Jangan lupa untuk amalkan doa sepanjang kehamilan ini!

Semoga pengisian kami ini memberi manfaat kepada anda!

  1. Centre for Disease and Prevention (n.d). Smoking During Pregnancy. www.cdc.gov/tobacco/basic_information/health_effects/pregnancy/index.htm#:~:text=Smoking%20during%20pregnancy%20can%20cause,maternal%20smoking%20and%20cleft%20lip.&text=Studies%20also%20suggest%20a%20relationship%20between%20tobacco%20and%20miscarriage.
  2. National Library of Medicine (February 2, 2015). Zinc supplementation for improving pregnancy and infant outcome. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7043363/
  3. nhs.uk (October 21, 2021). You and your pregnancy at 1 to 3 weeks. www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/1-to-12/1-2-3-weeks/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!