Salah satu tugas yang susah dan mencabar untuk ibu bapa adalah memupuk tabiat baik pada anak sebelum mereka meningkat remaja. Namun, kajian baru-baru ini mendedahkan, ada tiga tabiat baik yang boleh meningkatkan perkembangan otak anak!
Kajian: 3 tabiat baik yang boleh meningkatkan perkembangan otak anak
Dalam kajian ini, matlamat pengkaji adalah untuk memerhati kesan tiga tabiat baik ini kepada perkembangan otak anak semasa menjalani rutin harian: tidur yang mencukupi, senaman, dan masa skrin yang terhad.
Mereka menggunakan garis panduan untuk kanak-kanak dan remaja dari Kanada, yang diterbitkan pada 2016 sebagai panduan kajian mereka.
Panduan ini mencadangkan tempoh masa berikut untuk setiap tiga tabiat ini untuk kanak-kanak berusia lapan ke 11 tahun:
- senaman sekurang-kurangnya satu jam sehari
- maksimum dua jam masa skrin (menonton tv, telefon bimbit dsb) untuk hiburan
- dan tidur selama sembilan ke 11 jam sehari
Pengkaji kemudian mengkaji 4,524 kanak-kanak di A.S berusia lapan ke 11 tahun, sambil mengambil kira tabiat dan perkembangan otak mereka.
Dua dari tiga kanak-kanak mempunyai masa skrin lebih dua jam sehari. Malah, dari 4,524 kanak-kanak, hanya 5% dari mereka yang mengikut garis panduan yang diberikan.
Seramai 29% kanak-kanak pula tak boleh untuk mengikut walaupun satu tabiat ini.
Kanak-kanak yang mempunyai masa skin lebih dari dua jam setiap hari menunjukkan prestasi yang paling lemah dalam ujian ini berbanding rakan-rakan mereka yang menonton skrin kurang dari mereka.
Secara purata, kanak-kanak yang mengikut garis panduan adalah 4% lebih baik dalam prestasi mereka semasa melakukan tugasan mental dari kanak-kanak yang tak mengikut langsung panduan ini.
Perkembangan otak anak: Kebaikan tabiat baik pada anak
Kajian juga menemui, kanak-kanak yang memperbaiki tabiat mereka dengan mengikut panduan yang diberikan juga akan memperbaiki perkembangan otak mereka.
Ini bermakna, masa skrin yang berlebihan sahaja boleh memberi kesan kepada perkembangan otak anak dengan ketara.
Kajian mencadangkan, ibu bapa perlu mengamalkan tiga tabiat baik ini. Dengan cara ini, kanak-kanak boleh memasuki alam remaja dengan daya fikiran yang tajam.
Hanya mengetahui tentang perkara ini saja tak cukup. Cabaran sebenar adalah untuk mengamalkan tabiat ini dalam rutin harian anak anda.
Jika anda tak pasti bagaimana untuk mula, jurulatih kesihatan, Chris Freytag boleh membantu anda ke arah yang betul.
Dia mencadangkan ibu bapa untuk menjadi contoh pada anak-anak mereka. Contohnya, apabila anda bersenam dengan konsisten, anak-anak anda juga akan mengikut tabiat anda.
Jika anda tidur awal juga akan membantu anak anda untuk memenuhi masa tidur yang cukup juga.
Jika anda tak mengambil masa yang lama untuk melihat telefon bimbit anda juga mungkin akan membuatkan anak anda kurang merungut bila anda hadkan penggunaan masa skrin mereka.
Chris menerangkan,
“Anda tak boleh suruh anak anda buat sesuatu yang anda tak buat.” Ini termasuk menyuruh mereka makan makanan yang sihat jika anda tak makan makanan yang sihat. Anak anda memerhatikan anda, perbuatan anda juga lebih berkesan dari perkataan anda,” tegas Chris.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan keizinan oleh theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/perbezaan-perkembangan-otak-kanak-kanak/