91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini

Perkembangan otak manusia pada tahap tertinggi adalah ketika mereka berusia 4-6 tahun. Jadi ibu ayah jangan abaikan golden age anak ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harus diketahui perkembangan otak manusia ada fasanya dan pelbagai peringkat perkembangan. Jadi pada fasa yang tertinggi perkembangan otak, harus diambil perhatian. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perkembangan otak manusia tahap tertinggi pada usia 4-6 tahun
  • Manfaatkan sepenuhnya golden age anak!
  • Sebab itulah kenapa kita kena jauhkan anak kecil kita daripada 3 perkara ini 
  • Apakah aktiviti yang sesuai untuk anak 4-6 tahun?
  • Lukisan cat
  • Membiak rama-rama
  • Baking

Kajian mendapati, otak manusia berkembang pada tahap tertinggi iaitu 91 peratus pada usis 4 hingga 6 tahun. Justeru, ibu ayah tidak boleh mengabaikan fasa ini kerana otak anak anda berkembang dengan pesatnya pada usia ini.

Gunalah sebaiknya fasa ini untuk membentuk otak anak dan manfaatkanlah sebaiknya fasa ini sebaiknya untuk masa depan anak yang gilang gemilang.

Perkembangan otak manusia tahap tertinggi pada usia 4-6 tahun

Semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 bilion neuron. Melalui penyelidikan otak membuktikan, persekitaran mempunyai kesan kepada perkembangan otak bayi dan kesihatan secara keseluruhan.

Ini bermakna anda sebagai ibu bapa perlu memberikan rangsangan kepada anak.

Pada tahun pertama kehidupannya, anak akan mengembangkan trilion sambungan sel otak yang dikenali sinapsis saraf. Sangat mengagumkan!

Jumlah rangsangan yang diterima oleh bayi secara langsung akan mempengaruhi berapa banyak sinapsis yang terbentuk.

Manfaatkan sepenuhnya golden age anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rangsangan berulang dan konsisten dapat menguatkan hubungan ini dan menjadikannya kekal, manakala sambungan yang tidak digunakan mungkin terputus.

Ibu ayah perlu memainkan peranan penting untuk membantu perkembangan otak anak. Lebih-lebih pagi pada usia mereka 4-6 tahun. Waktu inilah dipanggil golden age anak.

Berikut adalah perkongsian Dr Taufiq Razif mengenai perkembangan otak anak yang ibu ayah perlu ambil perhatian.

  • Newborn – 26%
  • Anak 1 tahun – 67%
  • Anak 2 tahun – 77%
  • Anak 3 tahun – 88%
  • Anak 4-6 tahun – 91%
  • Dewasa – 100%

Cuba lihat, 91% perkembangan otak anak kita berlaku pada umur 3-4 tahun! Itulah Golden Age anak kita yang mana kita dah tak boleh nak patah balik dah.

Sebab itulah kenapa kita kena jauhkan anak kecil kita daripada 3 perkara ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Ada beberapa perkara yang perlu dijauhkan daripada anak pada usia ini, ia termasuklah:

  1. Jajan ( makanan tinggi kalori, tak ada nilai nutrisi ) – Kesannya : Boleh jejaskan IQ anak & penyumbang pelbagai penyakit dan obesiti
  2. Selalu pukul & cubit anak – Kesannya : Otak bahagian emosi anak akan aktif hingga menyebabkan anak mungkin makin agresif dan susah kawal emosi
  3. Selalu abaikan anak – Kesannya : Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan dan dicuaikan lebih kecil berbanding otak anak yang normal

Apakah aktiviti yang sesuai untuk anak 4-6 tahun?

#1. Lukisan cat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dan ibu boleh melukis atau mengecat menggunakan pelbagai medium seperti cat air, cat akrilik, cat minyak, dan bermacam-macam lagi yang boleh dijumpai di kedai seni dan kraf.

Beri anak peluang untuk memilih medium yang menarik perhatian mereka dan tunjukkan semangat supaya mereka berasa tak sabar untuk mencuba jika ini kali pertama mereka.

Bahan-bahan:

  • Medium cat – cat air, cat akrilik, atau cat minyak
  • Kertas lukisan atau kanvas
  • Berus untuk cat
  • Kain lap
  • Cawan dan air

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk anak-anak di tempat bersesuaian
  2. Biarkan anak meneroka cara menggunakan cat dan berus

#2. Membiak rama-rama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukanlah seperti buka taman rama-rama. Hanya seekor dua saja. Memang seronok aktiviti membiak rama-rama di rumah.

Tidak susah pun, kerana ia lebih kurang seperti bercucuk tanam juga! Aktiviti ini akan mengajar anak tentang pembiakan dan juga kepentingan menjaga alam sekitar termasuk flora dan fauna.

Bahan-bahan:

  • Set kepompong rama-rama
  • Botol spray yang diisi air bersih

Cara-cara:

  1. Setelah mendapat set atau kit rama-rama, ikut arahan yang disediakan seperti memastikan tali dalam balang diikat dengan betul dan kepompong diposisikan dengan betul atas tali
  2. Kekalkan kelembapan kepompong dengan menyembur air dengan kerap
  3. Apabila rama-rama sudah dibiak, anak boleh lepaskan rama-rama di kawasan hijau berdekatan

#3. Baking

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak resipi yang ibu boleh dapatkan yang mudah, dan untuk kanak-kanak dalam usia empat hingga enam tahun, mereka juga boleh cuba untuk menghias atau membuat corak yang cantik atas kek tersebut.

Ini menggalakkan anak untuk berfikir sendiri atau di luar kotak.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan membuat kek atau biskut seperti tepung, mentega, telur, dan gula
  • Bahan-bahan untuk menghias kek seperti icing dan sprinkles
  • Mangkuk
  • Spatula
  • Loyang untuk membakar
  • Sarung tangan ketuhar
  • Ketuhar

Cara-cara:

  1. Bergantung kepada resipi yang dipilih, Ibu perlu mengikut resipi tersebut dengan betul dan teratur
  2. Sediakan peralatan membuat kek dan bahan-bahan di atas meja supaya senang untuk anak menyukat, mencampur, dan memasukkan ke dalam loyang
  3. Pastikan anak tidak berdekatan dengan ketuhar yang panas dan beri amaran kepada mereka tentang penjagaan dalam menggunakan peralatan dapur
  4. Sediakan bahan-bahan untuk menghias kek dan biarkan anak dan ibu menghias kek mengikut citarasa mereka

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Google image

Baca juga: “Ibu, Saya Makin Besar! Apa Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 4 Bulan Yang Ibu Perlu Tahu?”

Baca juga: Anak Terlalu Nak Tahu Sesuatu, Adakah Ia Sebahagian Dari Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 2 Bulan?

Baca juga: Fasa Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 10 Bulan, Banyak Perkara Best Berlaku Waktu Ini!

Penulis

Lala Annuar