Setelah beberapa tahun permohonan Mykid untuk anak dihentikan buat seketika, kini ibu ayah sudah boleh buat permohonan buat kali pertama dan semakan mykid JPN serta status permohonan kad pengenalan anak.
Isi Kandungan
Semakan MyKid Anak 2024
Apakah MyKid?
MyKid adalah kad pengenalan bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Ciri-ciri MyKid adalah serupa dengan MyKad, tetapi ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
“My” merujuk kepada “Malaysia,” manakala “Kid” adalah singkatan untuk “Kad Identiti Diri.” Nombor pengenalan diri pada MyKid digunakan untuk semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Terdapat tiga aplikasi utama pada cip iaitu Aplikasi JPN (data kelahiran), Maklumat kesihatan dan Maklumat pendidikan.
Kelebihan MyKid
1. Saiz Kecil dan Mudah Dibawa
Kad ini bersaiz kecil dan mudah dibawa, sesuai dengan keperluan kanak-kanak.
2. Kegunaan Urusan Rasmi
MyKid boleh digunakan untuk menyediakan maklumat yang diperlukan sangat memudahkan proses pendaftaran di sekolah, hospital dan urusan rasmi lain tanpa perlu membawa sijil kelahiran yang asal.
3. Tidak Perlu Isi Borang
Penggunaan MyKid mengurangkan keperluan untuk mengisi borang kertas setiap kali berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta kerana maklumat yang diperlukan sudah tersedia dalam cip.
4. Maklumat Mudah Dibaca & Dikemaskini
Teknologi cip membolehkan maklumat dalam MyKid dibaca dengan mudah menggunakan peranti khas, dan maklumat tersebut boleh dikemaskini secara elektronik tanpa perlu mengeluarkan kad baru.
5. Ciri Keselamatan Elak Pemalsuan & Penyalahgunaan
MyKid dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti cip yang sukar untuk dipalsukan, memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan.
6. Bentuk Cantik dan Menarik
MyKid direka dengan grafik yang mesra kanak-kanak, menggunakan warna-warna terang yang menarik.
Cara Permohonan MyKid 2024
MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.
Ramai ibu ayah tertanya-tanya bilakah boleh dapat buat Mykid anak, pihak JPN memaklumkan melalui portalnya bahawa permohonan boleh dilakukan mulai 27 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid adalah seperti berikut:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
- Salinan kad pengenalan bapa
- Salinan kad pengenalan ibu
- Salinan asal sijil nikah / sijil lahir
Tempoh Semakan MyKid 2024
Tempoh semakan MyKid JPN dan pengesahan adalah dari 29 Julai hingga 31 Oktober 2024, iaitu selama tiga bulan sahaja. Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Sistem Pengesahan Cetakan MyKid
Sistem ini digunakan untuk mendapatkan pengesahan pemohon bagi cetakan semakan MyKid JPN yang dimohon pada tahun 2023 dan sebelumnya. Sebarang penukaran pusat kutipan MyKid tidak dibenarkan
Tempoh pengesahan adalah dari 29 Julai hingga 31 Oktober 2024.
Sila scan QR kod di bawah atau layari
Link : https://spcmykid.jpn.gov.my
Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat atau UTC berhampiran.
Senarai cawangan boleh didapati melalui pautan : Direktori Cawangan JPN
Cara Semakan Status MyKid Online
- Layari laman web rasmi JPN di [jpn.gov.my](www.jpn.gov.my/my/).
- Pilih menu “e-Services”.
- Klik “Semakan Status Permohonan”.
- Masukkan No. MyKid dan CAPTCHA yang dipaparkan.
- Klik butang “Semak” untuk mendapatkan status terkini permohonan MyKid.
Jika status psemakan MyKid JPN menunjukkan “MyKid sedia untuk diambil”, anda boleh terus ke cawangan JPN untuk mengambil MyKid anak anda.
Berikut adalah penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang status permohonan dan kutipan MyKid:
- Sudah buat permohonan MyKid (ada slip) – Status: Sedia diambil
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status: Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan MyKid
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MyKid – Status: Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
- Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran dan permohonan MyKid di JPN
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: Portal JPN
Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama
Perkongsian salah seorang pengguna Facebook, Aishah Jaafar, dia mengatakan bahawa permohonan Mykid sudahpun dibuka semula.
Permohonan Mykid untuk kali pertama sahaja dah boleh buat. Bagi memudahkan ibu ayah mendapat nombor giliran, anda perlu bawa:
- Kad pengenalan pemohon ibu atau ayah (asal dan salinan)
- Sijil kelahiran anak (asal dan salinan)
Adalah lebih baik jika anda menghubungi dahulu cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan sama ada mereka boleh buat atau tidak Mykid anak.
Harap ini membantu ada semua. Semalam saya buat dekat UTC Keramat, Kuala Lumpur. Saya call dulu tanya boleh buat ke tidak Mykid. Dia cakap sekarang dah boleh, sebab 4/4/2022 baru JPN start balik keluarkan Mykid.
Jadi saya terus gerak ke sana. Boleh terus walk in tanpa perlu appoinment. Dapat info Mykid ni limit jugak. Jadi kira siapa cepat, dia dapatlah. So semua good luck untuk buat Mykid anak ini, btw anak saya lahir Mac 2021.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidak Perlu Janji Temu, Ini Cara Lengkap Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Secara Online
Baca juga: Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi
Baca juga: Malunya Bila Bersalin Ada Doktor Lelaki, Apakah Hukum Doktor Lelaki Sambut Kelahiran?