Pernafasan Normal Bayi Mengikut Usia, Ibu Ayah Wajib Tahu! Elak Bahaya Pada Si Manja

Pernafasan normal bayi mengikut usia hendaklah dipantau oleh ibu ayah bagi memastikan si manja sentiasa dalam keadaan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menguruskan bayi memerlukan ibu ayah belajar pelbagai perkara baharu setiap hari. Mana tidaknya agak sukar untuk memastikan si manja dalam keadaan baik ataupun tidak. Lebih-lebih lagi bila bab pernafasan normal bayi, kadang-kadang risau kalau tengok nafasnya agak laju kan?

Adalah normal jika anda berasa agak keliru dalam memantau pernafasan normal bayi baru lahir kerana si manja memiliki corak pernafasan tidak teratur seperti terlalu laju, ataupun mengeluarkan bunyi yang luar daripada kebiasaannya.

Pernafasan normal bayi mengikut usia

Walau bagaimanapun ibu ayah dinasihatkan agar tidak perlu risau kerana ia adalah perkara biasa. Corak pernafasan bayi akan menjadi lebih baik selepas beberapa bulan pertama kelahirannya.

Berikut kadar pernafasan normal bayi

  • Kadar pernafasan normal bayi baru lahir (nafas bernafas) biasanya 40-60 nafas seminit.
  • Apabila memasuki usia enam bulan ke atas, biasanya bayi bernafas kira-kira 20-30 nafas seminit.
  • Apabila kanak-kanak mencapai umur 6 tahun, purata adalah kira-kira 12-20 tarikan seminit. Pada remaja, angka ini biasanya 12-16 tarikan seminit.

Apabila bayi berasa letih atau panas, bayi akan bernafas lebih cepat, dan biasanya melebihi 60 nafas.

Punca bayi bernafas dengan laju

Pernafasan bayi baru lahir sering dirujuk sebagai pernafasan berkala. Sebabnya, kerana bayi biasanya menggunakan diafragma iaitu otot besar di bawah paru-paru untuk bernafas.

Ada beberapa sebab mengapa pernafasan bayi normal namun kelihatan berbeza iaitu:

  • Bernafas lebih banyak melalui hidung daripada mulut.
  • Saluran pernafasan jauh lebih kecil.
  • Dinding dada lebih fleksibel
  • Masih mempunyai cecair amniotik dan mekonium dalam saluran pernafasan.

Cara mengetahui nafas bayi normal ataupun tidak

Bagi mengetahui kadar pernafasan normal bayi ataupun tidak, ibu ayah boleh mengira bilangan nafas si manja dalam satu minit. Selain itu lakukan beberapa cara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Meletakkan telinga di antara mulut dan lubang hidung bayi. Pernafasan normal bayi biasanya lembut, tiada bunyi ‘krohh’ atau mencicit.

#2. Perhatikan pergerakan turun naik dada bayi ketika bernafas. Jika ia normal, tiada tarikan berlebihan pada bahagian dada.

#3. Letakkan pipi di sebelah mulut dan lubang hidung bayi. Rasakan nafasnya pada kulit anda. Jika normal, tiada getaran berlaku sewaktu si manja menarik dan mengembus nafas. 

Nota: Untuk bayi baru lahir, ibu ayah perlu periksa kadar pernafasan si manja dengan lebih kerap pada waktu malam. Hal ini kerana bayi berisiko mengalami sindrom kematian mengejut (SIDS) sewaktu tidur.

Justeru, kami menyarankan anda tidur sebilik dengan bayi dan posisi tidurnya dalam keadaan terlentang.  

Tanda lekuk di dada bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda menyedari ada tanda lekuk di dada bayi, ia mungkin menunjukkan adanya masalah pernafasan.

Biasanya gejala ini membuatkan hidung anak kembang kempis, dada dan perut berombak turun naik dengan laju. Kesukaran si manja untuk bernafas memerlukan otot-otot sampingan dari dada, perut dan tengkuk untuk menyedut udara.

Antara penyebab bayi sesak nafas ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam. Peningkatan kadar pernafasan dengan demam adalah percubaan badan untuk kehilangan haba dengan bernafas lebih cepat. Ini penting kerana kadar pernafasan yang meningkat boleh menjadi tanda jangkitan yang semakin teruk.
  • Asma. Semasa serangan asma, kadar pernafasan sering meningkat. Walaupun peningkatan kecil dalam kadar pernafasan boleh menjadi tanda semakin teruk, dan harus dipantau dengan teliti jika ini berlaku.
  • Jangkitan kuman. Bayi yang mengalami kesukaran bernafas juga disebabkan oleh adanya jangkitan kuman seperti selesema, radang paru-paru atau batuk.

Tanda pernafasan bayi tidak normal

#1. Hembusan nafas berbunyi pelik

Bunyi hembusan nafas yang kuat daripada kebiasaan seperti mendengus adalah salah satu mekanisma badan untuk memastikan saluran ruang pernafasan kekal utuh dan bekalan oksigen tidak terputus.

Hembusan kuat melalui ruang peti suara yang tertutup menghasilkan bunyi.

#2. Pembukaan lubang hidung yang agak ketara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila terdapatnya masalah sistem pernafasan yang menyebabkan nafas bayi dan anak laju seperti jangkitan paru-paru dan sebagainya, saiznya akan mula mengembang dan melebar.

Ia adalah petanda pernafasan bayi tidak normal, si manja sedang mengalami kesukaran untuk bernafas seperti biasa dan memerlukan rawatan segera.

#3. Kadar pernafasan bayi tidak normal, laju daripada biasa

Dalam dunia perubatan, nafas bayi laju seperti tercungap-cungap digelar sebagai Tachypnea. Bagi golongan dewasa kadar pernafasan yang melebihi 20 kali dalam tempoh seminit dikira sebagai Tachypnea.

#4. Warna kulit bayi berubah

Cara lain untuk mengetahui sama ada nafas bayi anda normal atau tidak adalah dengan melihat warna kulitnya.

Jika terdapat perubahan warna kebiruan pada kulit (sianosis), ia adalah petanda bayi tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Bukan sahaja pada kulit, kawasan bibir, lidah, jari dan kuku menjadi pucat atau biru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Cuma Tahu Bernafas Melalui Hidung, Jika Terlalu Laju Ia Tanda Tidak Normal & Bahaya

Baca juga: Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

Baca juga:  Mengapa Bayi Tidur Berdengkur? Adakah Ini Masalah Pernafasan Ibu Perlu Risau?