Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Ibu menyusu bayi tentu sahaja berdepan pelbagai pengalaman baru. Memandangkan anak semakin membesar, ragam mereka juga berubah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu menyusu bayi selalunya mempunyai pelbagai pengalaman unik tersendiri. Si manja yang sedang membesar cenderung memiliki karenah tertentu apabila tibanya waktu menyusu. Ada yang comel, mencuit hati, ada yang membuatkan kita geram, malah ada yang menyakitkan!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu menyusu bayi berdepan banyak ragam, si manja anda yang mana satu?

Berikut adalah perkongsian dari Ask Dr Sears tentang bagaimana personaliti bayi menyusu badan, dan cara menangani ragam si manja ini tanpa membuatkan bayi anda marah semasa proses penyusuan.

Ibu menyusu bayi berdepan banyak ragam, si manja anda yang mana satu?

#1 Si Marathon

Si Marathon ialah bayi yang sentiasa lapar. Mereka seperti mahu disusukan sepanjang masa dan susu seperti tidak cukup. Ini selalunya terjadi apabila bayi sedang mengalami ‘growth spurt’ yang menyebabkan badan mereka memerlukan lebih nutrien.

Bayi juga akan melalui satu durasi di mana mereka perlu menghisap puting serta dipeluk lebih lama atau lebih kerap. Dan sekiranya bayi anda sedang mengalaminya, jangan rasa bersalah mengenepikan hal lain. Bayi anda lebih penting dari kerja rumah yang lain.

Curi sedikit masa untuk berehat semasa bayi anda tidur. Jangan gunakan waktu ini untuk menyelesaikan tugasan rumah. 

#2 Si penghisap sedikit, dan pengintai sedikit

Personaliti ini akan muncul di antara dua hingga enam bulan. Si kecil ini mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, jadi selepas menghisap susu sedikit, dia akan mengintai sekeliling sekejap, sambung menyusu dan ulang mengintai semula. Dan gerakan ini berulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ini terjadi kerana bayi mula mendapat penglihatan yang lebih jelas dan mereka mula mengenal pasti persekitaran mereka.

Jadi mereka menjadi sangat ini tahu dengan setiap perkara di sekeliling mereka. Ayah lalu, pandang, binatang peliharaan lalu, pandang.

Jadi, penyelesaiannya, cuba menyusukan bayi anda di dalam bilik atau ruang yang lebih malap atau gelap. Malah menyusukan di dalam gendongan juga dapat membantu melindungi bayi anda dari ‘gangguan’ sekelilingnya.

#3 Si penyusu yang suka tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah personaliti yang gemar tidur di waktu ‘makan’nya. Dia akan menyusu sekejap, kemudian ambil masa untuk tidur sekejap, kemudian bangun semula untuk menyambung penyusuan.

Selalunya di awal usia, bayi memang akan lebih gemar tidur menyusu. Namun, semakin dia membesar, dia akan menghabiskan sesi penyusuan sebelum tidur.

#4 Si pemakanan beradab

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ha…! Personaliti bayi menyusu badan ini adalah dia sukakan waktu makan yang panjang. Pelbagai aksi dilakukan bagi memanjangkan waktu ‘makan’nya. Bermain, menghisap, minta diusap, semata ingin memanjangkan waktu menyusu.

Jika anda mempunyai masa, ikutkan kehendaknya, kerana fasa penyusuan ibu akan berakhir dengan cepat. Hargai setiap saat bersama.

#5 Si pengemudi

Personaliti bayi menyusu badan ini agak menyakitkan si ibu. Si kecil akan bergerak ke sini sana namun mulut masih menyusu. Menyebabkan puting si ibu ditarik ke sana sini juga.

Awalnya, ia kelihatan kelakar, namun sebenarnya ia menyakitkan. Pegang leher bayi anda bagi mengurangkan keinginannya untuk menggerakkan kepala secara berlebihan. Menyusukan di dalam alat gendongan juga membantu.

Namun sentiasa berjaga-jaga. Jika bayi anda bergerak berlebihan, masukkan jari kelingking ke dalam mulutnya atau picit hidungnya agar dia melepaskan puting anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Si Penggigit

Ini hampir sama menyakitkan seperti si pengemudi. Personaliti ini akan menggigit semasa sesi penyusuan. Selalunya terjadi pada bayi yang mula merasakan sakit gusi sekitar usia lima atau enam bulan.

Mereka akan menggigit apabila mula rasa tidak selesa di gusi mereka dan menggigit untuk mengurangkan rasa itu. Sebelum waktu penyusuan, biarkan bayi anda menggigit jari telunjuk anda atau mainan gigit untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu terlebih dahulu.

#7 Si pencubit

Kadang-kala mereka ini menghiburkan, namun ada juga masa mereka ini menggeramkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekitar usia enam dan sembilan bulan, bayi gemar menggunakan jari mereka untuk mencubit dada atau mencubit muka. Elakkan hal ini dengan meletakkan mainan ditangan mereka bagi memastikan tangan mereka ‘sibuk’.

#8 Si Gimnas

Personaliti yang paling banyak gerakan fizikal. Kadang-kala kali perenang menendang anda dan ia menyakitkan. Penyusuan di dalam alat gendongan dapat membantu mengelak dari hal ini terjadi kerana kaki bayi anda akan memeluk badan anda.

Menyepit bayi anda juga dapat membantu mengelak kaki mereka dari menendang anda. Bayi mula menendang jika mereka merasakan kaki mereka ‘tergantung’.

#9 Si snek

Personaliti ini akan muncul apabila bayi anda semakin besar (sekitar dua tahun). Dia akan suka ‘makan’ sambil bermain atau berlari. Dia akan menjadikan waktu menyusu sebagai ‘pit stop’ semasa bermain. Jadi waktu menyusu menjadi lebih panjang.

Cuba menyusu di dalam bilik khas supaya mereka tidak dapat bermain dan terpaksa menghabiskan waktu menyusu jika ingin bermain.

#10 Si pelayan diri

Si kecil anda yang sudah sedikit matang. Mereka akan mula mengganggu anda jika anda sedang berehat dan membuka sendiri baju anda untuk menyusu. Ia sangat memenatkan kerana mereka ‘tidak’ boleh melihat anda berehat.

Kadang-kala mereka akan menyusu di tempat yang tidak sesuai. Mereka sudah mula faham apa yang anda ingin sampaikan. Jadi anda boleh menerangkan kepada mereka tentang bila masa yang sesuai untuk menyusu.

Menarik bukan pelbagai personaliti bayi penyusuan ibu yang ada. Ini hanyalah senarai secara am. Si kecil anda yang mana? Atau mungkin ada personaliti lain yang anda ingin kongsikan? Kongsikan juga cara anda menanganinya.

Baca juga: Ibu Menyusu Kena Selalu Happy & Positif, Ia Milk Booster SEBENAR & Terbukti Berkesan

Baca juga: Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan, Pakar Laktasi Jelaskan Ini Sebabnya

Baca juga: Isteri Yang Menyusu Badan Tiada Waktu Rehat, Setiap Masa Perlu Berkorban Demi Anak